Nuffnang

Followers

Thursday, August 16, 2012

Won Wash & Win Contest P&G!

Syukur Alhamdulillah...  selamat terima hadiah sempena sertai Contest Wash & Win P&G. Hadiahnya berupa seunit 16kg Panasonic EcoNavi Inverter washing Machine Model NA-FS16X2. Rezeki penghujung Ramadhan yang penuh rahmat...

Saiznya tersangatlah besar.  Ini hadiah mesin basuh kedua Wan menang sempena join contest. Hadiah mesin basuh dulu cuma bersaiz 14kg saja. Ada Wan kisahkan kemenangan pertama kat blog ni dalam entry bertajuk; Won 88 PANASONIC Contest! Mesin basuh tu ngam-ngam diletakkan kat sudut kecil di tempat laundry. Tapi mesin basuh kali ni gedabak besarnya. Hanya jenis pintu dengan skala besar je boleh muat masuk. Pintu bilik tak lepas nak masuk. Maka tersergamlah mesin basuh ni di ruang tamu. Tak pastilah bila dapat dialihkan.

Nak join contest ni kena beli sebarang produk P&G berjumlah RM35 ke atas. Lengkapkan slogan berikut: I use P&G laundry products because... (kurang dari 15 patah perkataan). Macam biasa,  Wan cuma berkesempatan  hantar 2 penyertaan. Tak sangka naik pula nama hubby. Nak jadi rezeki keluarga kami... 

Terima kasih P&G! Memang rasa berbaloi sangat jadi pengguna setia produk P&G khususnya Dynamo sejak bertahun-tahun dulu untuk keselesaan keluarga :)


No comments: