Nuffnang

Wednesday, September 5, 2012

Baby bermarbahan

Tengah menggodek-godek album lama. Tup-tup terjumpa semula file yang dah lama dicari ni. Ingatkan terdelete sekali dengan file kat opis dulu. Alhamdulillah... masih tersimpan elok dalam pc di rumah. Kenangan masa Damia berusia 2 tahun. Masa ni cuti Raya Cina. So mestilah banyak kenduri kahwin kan. Nak meramaikan ahli, mak ajak kitorang ikut Kumpulan Mutiara Syifa bermarhaban ke kenduri kahwin. Sambil-sambil jadi ahli tidak sah tu, boleh bawa Damia berjalan sekali. 

Adegan yang tak disangka-sangka, bila Damia demand nak microfon dari opahnya! Puas mengelak, Damia nak juga. Ingatkan nak buat main je. Rupanya ada hati nak buat program marhaban sendiri. Jadi ketua marhaban lagi. Part besh tu boleh lak cari port baek punya, pastu terus marhaban sama. Sabar je la... Bila kenang-kenang memang boleh buat tergelak. Tapi rasa bersalah pun ya, ialah... majlis orang kan. Perkara ni pun bukan disengajakan. 

Sebabkan adegan tu, tiba-tiba Damia jadi ramai peminat pula tau! haha...

2 comments:

yumielufya said...

Damia yang bijak,,semua serba boleh..melukis boleh,marhaban pun boleh..serba serbi boleh..cayalah Damia..teringin nak jumpa lagi Damia yng comelll ni..bila agaknya ya?

Wansteddy Tales said...

masalahnya damia depan orang jd pemalu secara automatiknya ^^