Alhamdulillah... rezeki yang besar buat tahun ni. Wan menang hadiah grand prize Dazzling Giveaways anjuran SKINZ Malaysia. Keseluruhan hadiahnya bernilai RM3000! Syarat peraduan ni perlu membeli produk Skinz dan membuat tandatangan perkataan Skinz secara kreatif. Wan memang tak sangka terpilih sebagai GP winner. Sangkakan keputusan dah lama dibuat, dan Wan tak sangkut hadiah saguhati pun. Rupanya ganjaran lain yang diperolehi. Syukur alhamdulillah...
Kisahnya pada 3 Ogos 2012 lepas. Wan join geng opis buat jualan sempena gerai jualan Ramadhan di Anjung KPKK, Putrajaya. Wan menyelit sama buat garage sale hadiah yang Wan menang dulu. Tengah sibuk menyusun barang, dapat panggilan dari nombor yang tak dikenali. Awal-awal borak Miss Lim maklumkan Wan pemenang grand prize contest SKINZ Dazzling Giveaways! Melompat kat situ juga daku dek keterujaan. Lepas dapat surat dari seminggu selepas dapat panggilan tu, Wan pun ke pejabat Wipro Unza mengambil hadiahnya berupa voucher Diamond Platinum dan Guardian yang bernilai RM3K. Bersama Wan dalam gambar ni, Miss Lim, yang menguruskan bahagian hadiah untuk pemenang contest Skinz. Terima kasih atas layanan baik dan mesra dari wakil Wipro Unza :)
Inilah borang contestnya. Pertama kali tengok borang ni, hati terdetik kuat untuk mencuba. Walaupun tidak arif dalam contest siggy ni, tapi Wan berkeinginan sangat nak cuba nasip. Alhamdulillah... impian nak menang tercapai :) Malah melebihi dari sasaran sebenarnya. Bagi yang tak pernah mencuba produk ni, silalah dapatkan dipasaran. Memang berkesan terutama untuk menganjalkan kulit. Salah satu produk yang sangat Wan syorkan untuk mencuba :)
Pemenang grand prize mendapat voucher Diamond Platinum bernilai RM2500 dan voucher Guardian Malaysia bernilai RM500! Kenapa Wan bertangguh nak buat entry pasal contest ni? Sebab cadangnya Wan nak beli dulu barang kemas di Diamond Platinum ni. Kalau boleh nak letak bersama gambar hadiah yang Wan beli dengan voucher besh ni. Tapi sampai sekarang asyik bertangguh nak ke butik Diamond Platinum. Terletak di cawangan tertentu. Dan perempuan, bila pilih barang kemas tentunya mengambil banyak masa, kan.
Voucher Guardian Malaysia bernilai RM500! Dah banyak digunakan pada ketika entry ini ditulis. Sememangnya rezeki yang sangat membantu meringankan belanja bulanan. Terima kasih tidak terhingga kepada Skinz Malaysia dan Wipro Unza. Sangat hargai hadiah yang kalian berikan. Syukur alhamdulillah...
13 comments:
Wan...bestnyeee....tahniah:-)
Lepas baca nie..mood nak join contest dtg balik...hihi..
Wan..bestnyeee..tahniah2:-)
Lepas baca nie...mood nak join contest dtg lagi...hihihi..
tq kak ayu :) Tahniah pd kak ayu juga menang conso prize. product wort rm150 mmg berbaloi2 :)
gewecun ~ thanx gewe :) alhamdulillah nk jd rezki. xsangka juga sangkut GP :) jom join cnts gewe ^^
Salam Singgah & follow (^_^)....kalau sudi jenguklah ke http://shumie-dz.blogspot.com dan http://dzfingerprint.blogspot.com
congrats!!!
congrats...
best nye dpt hadiah GP.teringin nk join contest siggy tp tak kreatif la...
anyway,tgh cari nama sendiri kat website majalah eh!winner bln july..pastu nmpak kak wan..congrats lg skali! :)
tq kak suzi :)
tq aieza, akk sekadar comper picisan. menang sekali sekala. tq sudi inform ^^ good luck pada aieza juga dan tahniah in advance :D
waaa dont play play..grand prize tu!
Congrats! Blh berguru ngan u cemana nak menang siggy contest :)
mmg otai siggy contest.. grats wan..
mmg best voucer rm500..macam2 boleh beli kan?
Post a Comment