Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Wednesday, September 12, 2012

Kasih sepupu~ Damia & Azra

Tiba-tiba rasa touching pula tengok gambar ni. Diambil masa kami jemput abang yang sulung kat KLIA. Lepas tu kami terus ke Nilai 3 nak beli baju raya untuk keluarga abang. Sementara kakak ipar memilih baju. Abang dan hubby ke Giant survey tempat berbuka. Akulah jadi nanny pada kedua anak dara yang tak reti duduk diam ni. Berpeluh-peluh berlarian, menjerit, ketawa bagai itu tempat mereka saja yang punya. Sabar jelah....   Sempat ambil momen ini.

Tersentuh hati tengok cara dorang ekspresikan sayang antara sepupu tu. Azra ada abang sulung,  Nemi. Tapi beregu wanita tak boleh campur beregu lelaki. Kecoh. Bila berdua gini, barulah ceria haha... Damia pula anak tunggal. Tapi bila bertemu berdua macam bestfrend jadinya. Sikit-sikit "Mana Azra? Mana Azra?" Damia mencari. Sampailah hari ini. Bila tiba-tiba jadi terkenang dan rindu pada adik sepupunya tu. Damia mesti tanya pada aku pasal Azra. 

Nak buat macam mana.... abang aku bertugas nun jauh di Kota Kinabalu, Sabah. Setahun sekali dapatlah berjumpa. Kalau bernasip baik dua kali setahun pasti jumpa, sebab kami kalau ke Sabah balik kampung, memang cuba juga singgah ke KK. Harapan aku tahun ni, kalau tiket balik kampung berjaya diluluskan. Nak juga ke KK. Mendaki Kundasang ataupun menyelam di Manukan. 

Indahnya Sabah :)