Sejak jumaat lepas dah selamat tiba di Pulau Pinang. Sempena kursus ni, kitorang menetap kat Hotel Naza Talya, dengan Tanjung Bungah. Maaf kalau salah eja. Belum hafal betul namanya. Hubby dan Damia pula menginap di hotel lain. 5 minit saja dari tempat aku menginap, tapi yang buat lambat tu, kena buat pusingan U turn yang jauh. Selebihnya ok ok saja.
Awal pagi tadi, selepas tunaikan solat subuh. Hati terdetik nak baca facebook. Tiba-tiba nampak senarai pemenang yang kawan contest layangkan dalam facebook.. Rasa hampa bila tengok nama sendiri takde di minggu ke tiga. Belek nama hubby di senarai pemenang saguhati di minggu keempat pun takde juga. Terdetik rasa kecewa sikit. Tapi elok je terpandangkan nama kat senarai Grand Prize winner. Air muka terus berubah. Speechless. Rupanya nama hubby di dalam senarai pemenang GP minggu kedua! Dan lebih mengejutkan, kusangkakan, pemenang GP cuma dapat rm200. Rupa-rupanya.... Rm2500!
Ya Allah... Syukur alhamdulillah... Sungguh rezeki terpijak.
Senarai nama contest Peraduan Sakan Raya Harian Metro boleh dilihat dalam surat khabar Harian Metro hari ini. 22 september 2012. Alhamdulillah... Sekian lama henset menyepi dari khabar indah. Rupa-rupanya ada habuan lain Tuhan sediakan untuk kami sekeluarga.
Ini pertama kali aku join dan menang contest surat khabar. Hantar pun tak banyak. Minggu ketiga 1 entry atas nama sendiri. Kalah dengan jayanya. Manakala minggu ke-4, hantar 1 entry atas nama hubby dan menang Grand Prize. Syukur, alhamdulillah...
6 comments:
wow bestnye dapat cash..tahniah wan:-)
congrats!! banyak tu RM2500
kalau dah tertulis rezeki kita hantar 1 pun menang tau.. :)
tahniah..
wow wan, tahniah...
tak sangka2 cempedak menjadi nangka ye... seronok baca entry wan ni. saya doakan wan berjaya lagi dgn apa yg wan lakukan kelak...
ctnorzila
Alhamdulillah...congrates!
Post a Comment