Dengan menaip di blog. Mengurangkan stress, dapat meluahkan segala yang terpendam sewenang-wenangnya. Perempuan memang suka membebel. Tak percaya, tanya aku. Sebab aku memang spesis suka membebel. Tak pada orang, pada diri sendiri. Dan penyudah paling besh, lanyak blog sendiri. Pada siapa ingin ku adu selain darimu blogku hahah...
Wa... rasa macam dah berzaman tak berblog.
Sebenarnya aku sibuk. Macam-macamlah sibuknya. Salah satunya percubaan pertama buat scrapbook! Muahahaha... gelakkan untuk diri sendiri. Kawan aku cakap. "Wan, ko pandai lukis, kreatif, join je buat scrapbook ni. Mesti cantik." Isunya kreatif lain isu, minat isu lain, kemahiran lain isu, dan kerajinan pula lain isunya. Hilang salah satu dari isu tu alamatnya cincai boncailah jadinya...
Dek kerana tekun mencuba untuk scrapbook contest ni. Aku dengan penuh dedikasinya berjaga sampai jam tiga pagi! Sebut sekali lagi. 3 pagi. Benda yang dah lama aku tak buat sebab aku nak jaga mata yang selalu sembab macam panda bear, dulu. Nampaknya rutin make up semulajadi ala Panda Bear ni bakal kembali....
Mula-mula layan buat kraf ni memang kekok. Bahkan aku hampir putus asa tau. Tapi makin cekap guna tool, makin rajin sentuh sana sentuh sini, makin lancarlah kerja aku. Dan macam biasa, efek pada persekitaran.... sangat bersepah!
Okeylah, sambung berblog di lain hari. Aku nak setelkan kerja lain pula. Jumpa lagi kapan sore... Sebenarnya aku pun tak paham apa aku taip tadi. Tapi macam besh disebut kan... hahah....
No comments:
Post a Comment