Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, October 1, 2012

Enaknya Takoyaki!

Sapa suka makan takoyaki! Sayeeee.... sambil angkat tangan tinggi-tinggi. Tau ke apa tu takoyaki? Takoyaki ni makanan yang berasal dari negara Jepun. Dibentuk bulat dan dibakar dengan pembakar khas. Bentuknya bulat-bulat macam cekodok pisang tu. Tapi inti dan rasanya tentulah 100% tak sama. Kalau kat food court Jaya Jusco mesti ada gerai jual benda alah ni.

Gambar yang berikutnya semua hasil google kat internet ya. Sumber tak dikenalpasti pula. Yang aku suka, tengok cara staff ralit mengulik cekodok Jepun ni. Teknik yang terer memberikan hasil presentation yang cantik dan namapk sedap. Tapi kena dengan orang yang tak reti buat, intinya terpecah-pecah. Macam muntah kucing pun ada. Urgh... Tapi sebab sedap, orang makan juga. Yang penting rasanya, bukan cara hidangannya. Ayat beking diri sebab aku memang fail bab hias-hias makanan haha...

Ada perisa sotong. Kalau bernasip baik terjuntailah kakitangan sotong ni keluar dari jemputnya. Dan aku tak tahan geli tengok isi merah bulat-bulat ni. Serius berderau darah nengoknya.  Dan bagi yang alah seafood macam aku atau tak tahan dengan rasanya memang makan sekali, lepas tu tak cuba lagi. Kalau tak suka perasa sotong ni, bolehlah beli inti sosej, keju dan lain-lain. Rasanya pun memang sedap. Bak kata aku di awal-awal entry  tadi, yang penting presentation kena menarik. Baru berselera nak makan.

Nah inilah hasilnya bila dah siap. Selalunya sebatang lidi disediakan untuk cucuk jejemput ni. Kalau isinya terburai, pandai-pandailah nak kutip makan sampai perabis. Hingga entry ini dibuat dah lebih sebulan aku tak makan takoyaki... Teringin pulak nak merasa pasni huhu...



5 comments:

Cho Zila said...

akak suka gak bendani... terliur lak...

Cik Puan Nurul said...

saya..saya..suka makan dekat food court wangsa walk sedap ade bnyk mende yg mcm bawang kering ke menda tahh yg ditabur atas tu kan..
kat pasar malam putrajaya ada gak tp x sebest yang kat wangsa walk tuu

Eliss Mie said...

macam acuan kaya ball jugak yer kat atas tu. x pernah makan pulak.haishh..terliur pulak :p

nor amni sarah muhammad zin said...

yang dijual kat kbmall..best sangat!

Liza said...

Ya Allah, terliurnya!! Memang tgh mencari kat Mid Valley neh. Hurm, nyammy!!