Haha... Muka zaman belajar kat UiTM Lendu Melaka sekitar tahun 2002 dulu. Masa ni kalau tak silap aku baru part 4. Muka inesen lagi. Imej mata panda bear dah bermula seawal part 1 lagi. Puak-puak Budak AD (Art Design) ni memang jenis wajib berjaga sampai pagi buta. Al maklum nak summit artwork, semua kerja jadi last minit. Walaupun task dapat awal sebulan. Standart la... nama pun student... haha...
Waktu ni aku jadi pelukis karikatur (kononnya) untuk event SCAM. Khidmat free. Kira charity la ni. Budak yang aku lukis gambar dia tu siap komplen lagi. "Takde rupa aku pun!" Yelah, kalau folo gambar mesti jadi tak ensem! hahaha... Tapi dalam dia dok komplen hasil kerja aku tu. Kantoi jugak pergi frame'kan gambar karikatur aku lukis tu! hahaha... Kelakarnya aku sendiri nampak dia bawak frame tu masuk kawasan UiTM masa aku terhuyung hayang bawak balik frame untuk projek sendiri. Gambar lukisan aku tu siap binding elok je. Dalam kepala dok pikir, dari aku lukis gambar budak ni. Baik aku lukis muka mak aku je! haha... Kalau dengar citer kawan lain bolehlah kata, eleh... tak cayalah. Takkan dia nk frame'kan kot. Tapi bila tengok dgn mata sendiri, confident la kan. Maknanya hasil kerja aku tu dihargailah juga kan. Walaupun kena kutuk dulu! haha...
Sudahnya hasil karikatur aku jadi potret... Sebab budak baru belajarkan. Manalah reti nak lukis, belasah je apa yang patut. Aku tak amik gambar pun hasil drawing tu. Malu nak mengaku hasil tangan sendiri. Nak-nak budak tu awal-awal dah kondem dulu. Lagipun zaman tu aku jenis sketch dan buang. Takde nak simpan-simpan hasil karya sendiri. Kesilapan yang sering dilakukan. Kalau simpan hasil drawing dari zaman sekolah dulu gamaknya boleh jual riban-riban tu. Wakakakaa...
Itulah 1st time aku lukis karikatur kot. Sebelumnya aku suka lukis kartun je. Tah macam mana nama aku dan Enie, member baik zaman belajar dulu, boleh naik kena join event ni. Menyusahkan je. Dah la kena spend masa seharian kat situ. Pastu projek artwork sendiri kat bilik tak setel-setel lagi. Letih la hakak kau....
Majoriti yang lukis haritu semua senior aku. Otai-otai karikatur n kartun. Siap ada kartunis datang lagi buat drawing kat sebelah booth kitorang. Tapi yang tu kena bayarlah. Sebab khidmat profesional kartunis kan.
Yang penting dapat timba pengalaman. Sekarang ni bila my boss minta buat karikatur, aku pun ter"aaa" "uuuu" je jadinya.Sebab tangan dah rasa sengal nak melukis manual ni. Memang kena dipaksa baru boleh jalan. Kot tak, kepala asyik pikir tak bolehlah, dah lupalah, tak mampulah dan pelbagai ayat-ayat negatif lain. Tapi kalau betul-betul kena paksa.... "Just Go With It! Caiyo2! Semangat!" Buat saja, setel, OK. Lawa ke huduh. Janji projek jalan... Hingga saat ini aku dah lama tak lukis manual. Last lukis pun untuk projek kebajikan lepas. Tu pun simple drawing je. Kena yang full color, memang hakak serender.
Projek drawing terkini hanyalah untuk contest...
Ops!
4 comments:
hihi.. wan mmg berbakat.. mudanya muka hihi
haha....love this story ! I faham your perasan ...like totally.Benci jugak nak colour tapi terpaksa. Nowadays really malas nak angkat pensel
BABY(MAMA AMANA&ARIEF) projek lukisan pertama masa umur 3 tahun. belajar lukis anak ayam dgn pakcik yg juga sorg cikgu ^^ tp wn rasa bakat melukis ni turun dr abah wan. dia mmg pandai sketch. xnk tunjuk skill je :D
Goh Lin Lin ~ nak melukis kena follow mood, minat, masa jugak. Tp bila dikerah dek duedate, kena paksa dgn boz, mau xmau terpaksalah melukis juga hahaa... skrg ni asyik dgn digital drawing, yg manual makin terlupa skill ^^
Post a Comment