Nuffnang

Thursday, October 25, 2012

Won 2nd Prize Peraduan Ceriakan Syawal Permata RWTZ DAN majalah Seri Dewi Dan Keluarga!

Bertemu 2 otai dalam arena contest dalam Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Peraduan Ceriakan Syawal Permata RWTZ DAN majalah Seri Dewi Dan Keluarga. Memang moment yang besh walaupun rasa masa singkat sangat. Ceritanya khamis lepas (18hb) Wan terima panggilan dari Kak Mirie yang mesra, wakil Karangkraf menyatakan Wan terpilih sebagai salah seorang pemenang bertuah peraduan ni. Terus speechless sebab Wan tak duga pun boleh menang. Tapi penganjur tak maklumkan lagi dapat nombor berapa. Dalam majlis barulah dorang announce dapat hadiah apa. Dalam debar tu target saja menang conso, sebab tak nak taruh harapan tinggi. Nak jadi jodohnya menang sekali bersama geng-geng contest yakni kak Suzi dan Merlyn sekeluarga yang nak balik kampung lepas majlis tu selesai. Sempat tu berborak sakan pasal contest dan seantero dengannya haha...


Alhamdulillah... Wan menang hadiah tempat kedua. Lebih dari jangkaan. Wan sampai lewat ke  majlis tu sebab tuntutan kerja. Masuk saja ngam-ngam orang sedang berucap. Pemenang saguhati dah sedia terima hadiah masing-masing. Yang tinggal 3 pemenang Grand Prize yang perlu menunggu giliran selepas ucapan perasmian. Rupanya nama Wan belum dipanggil. Alhamdulillah... nak jadi rezeki dapat tempat kedua! Syukur... rezeki dari Allah...

Yang pasti tahniah kepada my bff Merlyn yang menang hadiah tempat pertama membawa pulang hadiah Hari Raya Haji bernilai RM4K! wuhoooo!!! Dan tahniah kepada kak Suzi yang turut menangi hadiah saguhati bernilai RM750! Memang berbaloi untuk 1 penyertaan peraduan dalam majalah SDK!


Hadiah tempat kedua berupa subang dan cincin emas RWTZ  bertahtahkan permata bernilai RM2,500! Sekalung terima kasih kepada penganjur Majalah Seri Dewi & Keluarga dan Emas RWTZ selaku penaja utama contest ini. Difahamkan lebih 1000 penyertaan diterima untuk contest ini. Terpilih kalangan bertuah adalah sesuatu yang wajib disyukuri. 

Syukur alhamdulillah...
Minggu penutup oktober yang bling bling gitu :)




6 comments:

Mama Zharfan284 said...

congrats wan!

Goh LinLin said...

Subang $2,500 ...!! congrats

Ezna said...

Tahniah Wan :-)

AyuArjuna BiGoshh said...

tahniah wan and the gang

Merlyn Hasshim said...

grats wan... rasanya lin dah tak buat kot entry ni,pasal u all berdua dah buat, lagipun malu sebab nama en suami yg naik... hehehehehehehe

Ema said...

tahniah..... best tu bling bling