Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, November 5, 2012

Won 3 hadiah Peraduan Beraya Beramal bersama Syahirah dan Iffah!

Dah lama tak update apa-apa kan... Rasa malas sungguh nak berblog kebelakangan ni. Tapi untuk permulaan kisah. Nak khabarnya kisah gembira bila nama terpilih sebagai salah seorang pemenang peraduan Beraya Beramal bersama Syahirah dan Iffah. 

Senarai pemenang boleh didapati dari Harian Metro Jumaat lepas, 2hb November 2012. Alhamdulillah... dapat 1 hadiah tempat ketiga iaitu hamper Syahirah bernilai RM300. Dan 2 hadiah saguhati iaitu hamper Syahirah bernilai RM100 setiap satu. Jumlah keseluruhan RM500. 

Ikutkan pengalaman Wan yang lalu. 1 hamper RM300 saja dah berkepuk banyaknya. Sampai sekarang pun masih ada baki hadiah yang belum digunakan. Kebanyakkannya dah diberi pada kenalan dan dijual masa garage sale lepas :) Entry kemenangan tu bertajuk:  Won Peraduan Ceria Raya Syahirah!

Ramai kenalan yang ikut serta contest ni dan menang bergaya. Walaupun Wan hanya guna sebahagian saja produk Syahirah, tapi tetap rasa bersyukur dan berbaloi sangat. Al maklum beli produk RM15 dapat stok hadiah  beratus.  Yang penting pulangan berganda dan bermakna dari tak dapat apa-apa. Peraduan ni perlu lengkapkan slogan lagi. Hantar 3 nama dan kesemuanya menang. Sebab tu Wan memang tak sangka boleh sangkut menang. Wan tak rasa deco memainkan peranan untuk contest anjuran Syahirah ni. Jadi mana-mana pemenang bertuah tentunya telah sediakan slogan yang sangat besh yang pastinya dapat menambat hati juri yang membacanya. 

Bersyukur ke hadratNYA.
Semoga rezeki terus bertambah dan terus menceriakan hati, amin...

3 comments:

Mama Zharfan said...

congrats wan!

mummymer said...

congrats Wan.. rasa sekarang ni nama Wan sentiasa dapat tarik perhatian juri :)

Mrs. Hilmy said...

wahhh..sgt best wan...


sheeda xjoin, xterkjar cntest2 yg ade skrg ni...mmmm