Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Friday, October 19, 2012

Won superb Madagascar goodies!

 Hadiah yang tak disangka sebenarnya. Pernah sekali Wan maklumkan dalam facebook, menang goodies dari promo Madagascar. Memang tak lain dalam kepala, stationary atau mainan kecil-kecilan saja. Sekali sampai... nah! Setambun hadiah. Syukur alhamdulillah... Rezeki untuk anak. Aliya Damia kemain excited dapat semua barang ni.

 
 Bukan tahap umur Damia boleh main juggling ni. Orang besar macam mak dia pun tak reti nak main. Selalunya dimainkan dalam pertunjukan sarkas. Macam-macam ada dalam bag pack ni. Bola pasir, kayu, yang semuanya digunakan untuk juggling. Beg juggling ni pun besh sangat.

 
Antara hadiah lain yang Wan terima. 4 set jam tangan Madagascar edisi terhad, travel beg dan strap, gelang yang boleh dilurukan dan dibentuk keliling pergelangan tangan.
Luggage strapnya besar. Boleh dililit untuk travel bag yang besar tu. Passport holder pun besh. Nasip baiklah Damia dengar kata. Kot tak dia nak jadikan dompet mainan dah passport holder tu. Jenuh nak saikokan dululah yeh hehe...

 Inilah 4 set jam tangan edisi terhad Madagascar. Tak silap ada warna oren, ungu, hitam dan kuning. Dah buka salah satunya. Rupa jam digital ni seperti dibawah. Dah jadi bahan mainan Damia :D

Gelang, dapat dua set sebenarnya. Tapi Mek Mia jadi jadikan satu darinya hak peribadi. So dapat amik gambar yang satu jelah. Syukur sangat menang hadiah ni. Sesambil dalam kepala dok pikir, macam manalah nak guna set juggling pack tu.

4 comments:

JaSSNaNi said...

wow.. superbbb... :)
TAHNIAH>. budak2 mmg suka..

Nad @ MamaZN said...

Jam madagascar tu ada lagi 3 kn? Nk jual x 1? Nk bg adiah bday kat zakwan...

Wansteddy Tales said...

tq jassnani :)

Wansteddy Tales said...

Nad @ MamaZN ~ boleh je, nnt PM kat FB wan ye.