Nuffnang

Followers

Wednesday, November 14, 2012

Doa Awal dan akhir tahun. Marilah berdoa

Lewat jam 6 petang, tiba-tiba dapat sms dari abah. Jarang abah nak beri sms pada aku. Selalunya sms abah mesti ada benda penting yang nak disampaikan. Jarang abah sms sekadar nak berbasa basi dengan anak-anak. Dan ternyata betul, abah pesan baca dan amalkan doa akhir dan awal tahun. Rupanya mak yang pesan abah titipkan sms pada anak-anak. Tak cukup dengan tu, mak telifon aku pula buat pengesahan dan bagi nasihat sampingan. Mujurlah mak dan abah ingat nak pesan kat anak-anak. Ikutkan, aku sendiri dah terlupa. Leka sangat nak buat itu ini sampai doa penting ini pun boleh tak ingat pula....
 
Mari kita baca doa akhir tahun sebelum menjejak maghrib dan bacalah doa awal tahun selepas menunaikan solat maghrib. Bagi wanita yang uzur, bacalah dengan niat zikir. Semoga bahagia berkekalan hingga sepanjang tahun. Segala urusan dipermudahkan dan lancar. Semoga selamat dunia dan akhirat, amin...

Berikut adalah doa akhir tahun. Di baca sebelum masuk waktu maghrib sekurang-kurangnya.

Dan ini pula doa awal tahun. Bacalah sesudah solat maghrib. Dapat baca banyak kali pun takpe. Doalah banyak-banyak sampingan doa lain, semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, amin...
 Seoga makbul segala doa-doa kita...

No comments: