Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, November 19, 2012

Tolong vote my entry dalam PERADUAN MEREKACIPTA MASKOT RADIX FRIED CHICKEN!

Wan join Peraduan Merekacipta Maskot Radix Fried Chicken anjuran facebook Radix Fried Chicken (Official). Wan dapat tahu info contest ni pun pada saat-saat akhir peraduan nak tamat. Kalau nak dikira dari sudut puas hati, Wan rasa boleh buat dengan lebih baik lagi. Tapi untuk kerja last minute begini. Rasanya sudah memadai. Sempat selesaikan 5 rekaan untuk peraduan ini.

Voting lagi. Kali ni memang Wan tak sangka pun contest ni kena vote. Sebab dalam T&C takde sebut pun pasal vote-vote ni. Dengan semangat terus je join, lukis dan hantar by pos. Wan dah email pas design dengan facebook, bimbang design tak sampai sebelum due yang diberi. Pastu barulah pos design yang sedia print. Harini tergerak hati nak jengah laman facebook Radix Fried Chicken, terpampang semua design yang Wan buat. 

Ciptaan maskot pertama Wan karektor gadis Islamik dengan pakaian korporat Radix Fried Chicken. Kedua karektor staf lelaki dengan baju korporat RFC. Kemudian barulah Wan mula reka maskot berupa karektor ayam. Ada yang siap berbaju melayu dan ada yang ringkas gayanya. 


Berikut pula maskot atas nama hubby.
Jemput semak yep. Ada 2 design semuanya.
 
Macam-macam komen sedia di facebook Radix Fried Chicken. Ambil semuanya atas dasar nasihat dan pandangan individu. Tapi tak mampu nak follow rentak semua kepala. Pada Wan ikut logik doranglah mana yang rasa bagus. Mana yang rasa kurang sesuai pasti boleh diperbaiki.

Mohon jasa baik kengkawan vote'kan entry-entry Wan dan hubby yeh. Boleh klik pada link-link dibawah:

1) Design pertama:

2) Design kedua:

3) Design Ketiga:

4) Design keempat:

5) Design kelima:

6) Hubby's design pertama:

7) Hubby's design kedua:

Terima kasih atas budi baik kalian :)

3 comments:

Ezna said...

frankly speaking, tah pepe lar komen kat design wan. Akak rasa admin radix tu pun cam not so professional. Dpt lihat dari cara dia jawab komen. Design Wan bagi akak sangat comel. Pandangan ikhlas akak :-)

Wansteddy Tales said...

Setuju dgn kak ezna. Wan pn quit blur tengok bnyk komen2 negatif kat sana. Masa memula wan pm design, suka cara admin kendalikan fb. Tapi bila design publish. Lain macam pula. Wallahualam...

JaSmIn said...

DAH LIKE ;)) COMEL2 semuanya