Nuffnang

Followers

Saturday, December 1, 2012

Won 3rd prize Audrey Queen Of The Day!

Semalam berakhirnya debaran penentuan siapakah finalist yang layak bergelar Ratu Audrey Queen Of The Day. Sememangnya pengalaman yang paling bermakna dan sangat membuka mata bila berdiri disamping comper-comper handalan seperti Goh Lin Lin dan kartunis yang disegani, Sireh. Sayangnya Wan takde gambar peribadi boleh nak share, sebab tak bawa kamera. (rosak tak diperbaiki lagi... tsk!)

Kredit Audrey picture: Inilah barisan pemenang  Peraduan Audrey Queen Of The Day. Berikut adalah senarai pemenang:  Grand Prize: Goh Li Lin, 2nd Prize: Suraya Binti Othman, 3rd Prize: Wan Hairulshifah, 4th Prize: Hor Li Lian dan 5th Prize: Lew Yee Nee.

Kredit Audrey picture:  Koleksi hadiah-hadiah pemenang dari no.2 hingga no. 5. Hadiah GP takde di sini sebab boleh pilih sendiri apa yang pemenangnya inginkan. Wahhhhhh.... Sangat bertuah Goh Lin Lin!

Kredit Audrey picture:  Himpunan penyertaan peraduan Audrey Queen of the day dari seluruh Malaysia! Mula-mula tengok gambar ni terdetik kat kepala. Macam manalah juri nak pilih pemenang. Sah pening kepala nak teliti entry satu demi satu!

Kredit Audrey picture: Proses pemilihan finalist.

Terima kasih pada pihak penganjur yakni Audrey Malaysia kerana memilih entry Wan sebagai salah seorang finalist peraduan ni. Ribuan penyertaan mereka terima, terpilih di kalangan 5 orang sememangnya penghargaan yang paling besar Wan terima! Dan paling mengejutkan, sewaktu event berlangsung, penganjur siap paparkan hasil kerja peserta-peserta lain yang sangat cantik-cantik. Dan ya, bukan deco jadi sandaran. Kesemua finalist entry yang terpilih sangat menakjubkan dan ada intipati kreativiti masing-masing. Sukar nak teka mana satu pilihan juri.

Untuk penentuan Queen Audrey, finalist perlu menjawab beberapa soalan dari mc. Dan pemenang akan dipilih oleh wakil media dan blogger yang hadir. Wan memang tak tahu ada sistem voting. Cuma persediaan Wan dari segi maklumat berkenaan produk Audrey dan latihan speech hasil bantuan beberapa kenalan comper yang rapat dengan Wan. Justeru bila mc kata pemenang ditentukan dengan sistem voting. Rasanya darah tak naik ke muka. Sebab Wan memang tak kenal sesiapa, selain cik Kelly, kenalan comper Wan. Dalam kepala, ah... mesti dapat no.5. Sebab tu bila mc sebut nama Wan di tempat ke-3, Wan rasa macam nak menari gangnam Style dengan peplum tu kat tengah-tengah pentas! hahahha... Just imagine, dan geleng kepala! kekeke...

Inilah hadiah tempat ke-3.
Jam tangan dan perfume Burberry bernilai RM2K!
Terima kasih Audrey Malaysia!


13 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

hadiah yg owesomeeeeeeeee, grats wan

Mama Zharfan said...

congrats!! u are gifted and talented in arts :) :)

*wink* said...

waa...congrats wan

Ezna Khalili said...

tahniah wan :-)

gewecun said...

tahniah wan...hadiah best...:-)

yumielufya said...

Wan terror siggy..dan wan layak menng semu tu..tahniah!!!

gostansikit said...

Congrats, I have a nice pic of you if you want ;)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

waaaaaaaaaaaaa ada vote plakkkk

Wansteddy Tales said...

terima kasih kawan-kawan... Hadiah paling besar wan dapat sempena join contest ni. Pengalaman berharga dan peluang berjumpa dgn otai2 comper yg supeb kreatif dan mudah mesra spt Goh Lin Lin dan kartunis Sireh. Salah seorang kartunis yang Wan minat sejak zaman sekolah :D

AcuRose said...

Tahniah wan..
salam kembali berblogin dari acu..hehe
Dapat hadiah best2 tuuu...
Doakan smoga wan menang dan menang lagi.. ^_^

Ummi Rayyan & Rayees said...

Tahniah yer Wan,best btol menang mcm2 hadiah.Wan mmg sgt bertuah.

Sherry Go Sharing said...

congrats you won hehe.. I was there.. come see if your pic here as I was one of the judges.

http://thatblog4me.blogspot.com/2012/12/audrey-queen-of-day-photos.html

Sherry Go Sharing said...

I also blog here http://www.whateverygalwant.info

oh ya.. have giveaway here c la.
http://namesherry.com