Nuffnang

Monday, February 4, 2013

Won Senang Menang @ Pos Malaysia Contest!

Alhamdulillah... Wan menang hadiah saguhati Senang Menang @ Pos Malaysia Contest untuk minggu ke-lima. Contest berasaskan slogan tidak lebih dari 30 patah perkataan. Bila menang memang speechless sebab Wan tahu ribuan penyertaan diterima setiap hari dari seluruh pelosok negeri. Terpilih kalangan 21 pemenang memang lebih dari jangkaan. Syukur alhamdulillah...

Ada kenalan yang minta tips macam mana nak menang. Wan main belasah je hantar. Sementelah dalam facebook, Pos Malaysia dah maklumkan; penyertaan tidak boleh didekorasikan. Hantar kosong gitu-gitu je. Lipat dua borang peraduan dan gam di bahagian yang disediakan. Mudahkan? Yang payah, nak cipta slogan kreatif  DAN menunggu NASIP BAIK menyebelahi diri. Rezeki di tanganNYA. Jika DIA nak beri, buat sesimple mana pun tetap dapat. Yang penting kita jangan berhenti berusaha, mencuba lagi dan lagi :)

Tips yang dapat Wan kongsi untuk contest ini:

1) Slogan sehabis simple~ Tak perlu ayat-ayat bombastik yang memerlukan kita selak kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Ayat ringkas dan mudah difahami lebih wajar digunakan.
2) Ayat berirama~ Kalau suka, buatlah slogan berirama. Sepadankan ayat di belakang dengan nada yang sama.

Untuk Wan yang hanya menang saguhati dan baru sekali menang. Rasanya inilah saja yang termampu Wan beri. Moga dapat beri panduan kepada kenalan yang berminat sertai. 

Peraduan ini masih terbuka hingga 24 februari 2013. Hadiah utamanya  sebuah Proton Preve 1.6AT. 5 pemenang saguhati pula bakal memenangi motorsikal Modenas CT11. Pemenang mingguan mendapat RM3000 bagi pemenang utama. Manakala pemenang saguhati menerima RM500. Syukur alhamdulillah... Jom join guyz!

Semoga berjaya!

8 comments:

Rozi said...

Terima kasih Wan kongsi tips ni. Rozi baru berjinak ngan dunia contest ni.Walaupun belum pernah menang, tapi syok masuk contest. Mujur suami bagi galakan.

Wansteddy Tales said...

sama2 kasih Rozi, semoga giliran Rozi pula menang untuk cabaran minggu ke 6,7, 8 ni :)

gewecun said...

wan..tima kasih for the tips...

moga wan di murahkan rezeki lagi...insyAllah

yOn nOy said...

Tahniah...
Suka tengok wan menang mcm2 contest...
Jgn private blog tau..suka baca blog wan ni...
Tips yang berguna tu...

Mama Zharfan said...

congrats wan!

Crystal Lam said...

Congratz Wan. I pun baru menang saguhati minggu yang ke-10

Wansteddy Tales said...

terima kasih pd kawan2 yg wish. maaf entry ni terpaksa wan edit dan tangguhkn dalam draf sementara atas permintaan. Justeru waan mohon maaf pada kenalan yang xdpt baca full entry sblm ni. Alhamdulillah... mana yang jadi member FB wn sempat bertanya melalui PM> moga2 sedikit sebanyak info diberi dpt memberi manfaat kepada anda :)

Wansteddy Tales said...

Congratulation dear Crystal Lam! U deserve to win!!!