Nuffnang

Followers

Thursday, March 14, 2013

Ambi Pur Car~ Honey Your Car Smells Sexy contest

Hari ni last day untuk hantar entry Ambi Pur Car~ Honey Your Car Smells Sexy contest. Gigihlah hakak kau ambik gambar sebab nak join contest ni kan.  

Ini entry pertama yang aku shoot dekat Empangan, Putrajaya. Muka lepas balik kerja. Habis sememeh muka. So nak cover pakailah spek kan akuikukui... Slogan yang aku buat "Perjalanan jauh mahupun dekat. Pemanduan tenang ketrampilanku seksi lagi memikat (konon). Ditemani Ambi Pur Car haruman terhangat!"

Idea untuk entry berikutnya aku siap buat sketch lagi. Mula-mula target nak buat gimik bodekians macam letak logo Ambi Pur merata-rata. Selit pelbagai produk Ambi Pur dalam kereta. Pose dengan produklah semua. Tapi bila tengok peserta lain semula guna teknik yang sama, rasa macam tak besh pulak nak follow. Tu yang keluar idea nak buat foto ala editorial tu. Kengkonon shoot advertising la kan. Tapi idea je gempak, impaknya tidaklah nampak waakakakaa... Memang susah sebenarnya nak gunakan model kanak-kanak ni. Nak-nak anak sendiri. Nak arah dia lagi, kita nak pose lagi. Al sudahnya hanya beberapa gambar je yang boleh digunapakai untuk jadikan entry. Oklah dari takde langsungkan. 
Untuk entry ni aku pakai slogan ni~ When my car being my second house, only AMBI PUR CAR make it desirable most. Stop bad smell instantly, scentcational smoothly!

Ada gambar lain nak guna. Tapi aku suka tengok mood Damia dalam gambar ni. Amik aura mood 70-an. Konsep gambar ni: Walaupun kereta bersepah mepah, tapi dengan adanya Ambi Pur Car semua permandangan rasa serba indah dan segala bauan kumbahan bagaikan hilang sekelip mata! Eh, macam boleh jadi slogan pulak ayat tadi haha... 

Hadiah utamanya kereta. Yang weekly prizenya dapat hamper Ambi Pur. Aku target yang ciput-ciput je sebab tahu dah susah nak tackle big prize memandangkan saingan superb sengit. Malas nak jangkakan menang besar apatah lagi ramai tu otai-otai picture contest start kongker idea :) Kepada baru nak join tu, good luck! 

Target join tu sebab nak enjoy je ok? 
Oraitttt...!

1 comment: