Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Thursday, March 21, 2013

Bila TIDAK amanah

Pernah tak hadapi keadaan surat yang dinanti tak sampai-sampai?
Pernah tak hadapi situasi sampul dibuka SEBELUM
 sampai di tangan si penerima?
Pernah tak surat korang dikembalikan dalam keadaan yang serba daif?

Aku pernah. Dan aku sememangnya marah. Tapi nak marah pada siapa? Nak tuduh siapa buat? NON ADO. Kesudahannya, macam biasa aku kata, "Takpelah... dugaan untuk aku hari ni. Esok lusa boleh cuba lagi, moga-moga berbalik rezeki." Walhal dalam hati kecewa bukan kepalang. Rasa tertipu dan bengang yang amat sangat. Kalau omputeh memang dah masuk court dah, main saman-saman. 

Macam manalah boleh bersikap macam tu yeh. Kalau pun surat tu surat hadiah, bukan boleh diguna pencopet tu pun. Macam mana nak redeem prize kalau dia takde ic kita kan. Kesimpulannya apa faedahnya dorang curik surat orang? Saja nak khianat? Hobi di masa-masa lapang? Keinginan terbatas, dia tak dapat, so dia buat orang lain pun tak dapat?

Ini sampul surat biasa. Borang contest saja. Agaknya sebab CUMA borang contest, tak menarik hatinya. Dia dengan 'baik hatinya' buka dan terus pos.  Bayangkan kalau dalam surat ni ada surat redeem hadiah, surat penting, surat peribadi? Apa dorang nak buat dengan surat hadiah tu? Buangkan? Koyak? Lupuskan? 

Banyak persoalan berlegar-legar dalam kepala aku. Nak cakap si anu buat, belum tentu lagi sahihnya. Sebab proses penghantaran surat ni banyak. Nak kena singgah situ sini dan akhir sekali baru sampai ke tangan penerima. Dan ini bukan kes pertama aku terima. Sebelumnya aku cuma boleh syak. Sebab banyak kali surat yang dialamatkan di Kuala Lumpur dan Perak dah sedia dapat. Tapi kat Putrajaya ni sampai sudah tak kunjung tiba. Maunya tak ralat. Bila tanya pada pengirim surat, beria-ia dorang kata dah pos surat pada sekian-sekian hari dan tarikh. Aku yang lurus ni percayalah bulat-bulat kata-kata orang kan. Dan mungkin bukan salah pengirim, yang menghantar tu pula yang membuat onar.

Kepada pelaku-pelaku kegiatan SABOTAJ ni semua. Henti-hentikanlah tabiat buruk anda. Tak kisahlah apa niat pun. Hari ni korang aniaya orang, besok lusa orang kenakan kat korang pula. Berganda-ganda malangnya. Tuhan sedia bayar cash. Tak payah tunggu hutang di akhirat saja. 

Sekian luahan perasaan dari saya.


6 comments:

Mama Zharfan said...

wal iya zubillah

AyuArjuna BiGoshh said...

sbb surat tu bertaip wan....org yg tak amanh tu igt surat menang contest...hmmmm ada bunyi2 cam dengki kan

Nafisa81 said...

apa punya oranglah...

Wansteddy Tales said...

Bila bnyk kali terkena mmg xterluahkan dah rasa ralat tu :(

Anonymous said...

oh gosh, tak boleh ke wan guna alamat rumah saja? jgn sbb ini kembali niat wan utk privatekan ur blog or stop update winning stories. sabar je lah, I believe in karma :)

AyongAtikah Zaid said...

pernah kak...sampai fobia nak pos ape2...sedih...huhu....