Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Wednesday, March 6, 2013

RED WOK Restaurant~ Superb sedap!

Beshnya makan di Red Wok. Restoren masakan cina yang hidangkan pelbagai jenis juadah yang sedap-sedap belaka. Pertama kali makan kat sini sempena majlis persaraan kawan opis di tempat yang baru aku bekerja. Masuk opiss baru asyiklah langkah kanan. Boleh kata hampir setiap hari dapat jemputan ke jamuan dan makan-makan. Tentunya makan di Restoren Red Wok yang paling aku gemari sebab inilah pertama kali menjejakkan kaki ke sini. Kena pula hidangan yang ditempah lain dari kebiasaan. 

Antara yang menjadi tarikan ramai haritu,  hidangan Deep Fried Fish with Mango Salad. Memang sedap tak terkata. Ikan kerapu digoreng rangup, kerabu mangga yang menggiurkan dan mengkecurkan air liur sepanjang masa mencuci mata. Haha...

Hidangan dengan elemen jagalah kesihatan. Ginger and spring onion chicken. Ayam dikukus dan dimasak empuk. Sos tiram menambah rasa. Halia dan daun bawang penambat selera. Sekali cuba mesti nak rasa lagi.

Sapa yang duduk semeja dengan aku memang untunglah... Sebab aku jenis mengelak makan udang. Takut alergik. Tapi Butter Crispy Prawn ni semacam memanggil-manggil aku melantaknya barang 4,5 ekor. Ikut nafsu makan memang nak merasa, pikirkan kesan jangka panjang. Sabar jelah. Kirai-kirai telur menyaluti udang goreng ni. Menonjolkan elemen 'mewah' dalam hidangan ni.

Antara hidangan lain yang ditempah ialah, Bangkok Tom Yam Soup dan sayur kailan. Terlupa nak ambil gambar kedua hidangan ni pada jarak dekat. Memang sedap sangat tom yam di Red Wok. Isinya banyak tak kedekut bahan. Kuahnya juga sedap dan penuh rasa. Pendek kata memang kaw-kaw punya taste tom yam.

Dessert hidangan terakhir tapi penutup yang sukar dilupa. Red Ruby Water Chestnut with Jackfruit. Namanya pun glamour kan. Rasanya apatah lagi. Ada sengkuang peram, nangka segar dan santan segar sebagai kuahnya. Memang sedap sangat. Rasa manis-manis buah yang sepadan dengan santannya.

Hari Rabu buat jamuan di Red Wok dengan teman sepejabat baru, hari sabtunya aku bawa hubby dan Damia pula makan-makan di sana. Ada sorang artis lelaki duduk depan meja kami dengan dua lagi temannya. Tapi aku ni jenis lupa nama dan muka artis. Nak-nak yang baru-baru dalam industri ni. Kalau famos sangat pun, aku pula takde rasa teruja nak berhimpit bergambar sama. Cukup sekadar angkat kening je sebab kenal dia. Tapi sebabkan artis tu memang aku pikir sampai tahap kronik pun tak kenal-kenal jugak. Buat dek je la... Wakakaa... Sibuk melayan karenah mek Damia yang order pelbagai hidangan. Aiskrim sampai dua mangkuk ditambah-tambah. Sebelah malam memang ramai giler orang bawa keluarga di sini. Ada yang duduk 1 meja besar. Sebab sebelah malamnya Red Wok buka hidangan steamboat. 

Order kami malam tu, aku ambil Deep Fried Fish with Mango Salad. Saja nak bagi hubby rasa betapa beshnya hidangan tu. Lainnya macam sotong goreng tepung, ayam goreng serta sup kosong untuk damia, dan semestinya Red Ruby Water Chestnut with Jackfruit. Siap tapau bawa balik lebihan makanan yang tak habis. Rasa sayang kalau terbuang begitu saja. 

Oh ya, untuk makluman kalian. Tukang masaknya chef-chef Chinese muslim. Manakala pekerjanya rata-rata orang melayu. Proses menunggu hidangan pun tak terlalu lama walaupun customer memang ramai sangat. Untuk maklumat lanjut mengenai Restoren Red Wok, boleh layari laman blog mereka di sini~ RED WOK RESTAURANT, BANGI – Awaken Your Tastebuds, O' Bangi-ans! 

Restoren Red Wok memang besh. 
Lagi besh kalau makan bersama keluarga!

9 comments:

Mama Zharfan said...

nmpk sgt besh!!!

Nafisa81 said...

wok dia kat dapur betul2 red ker?

Aishah Megahasz said...

Aiyo..tengok pun sedap.

Wansteddy Tales said...

Mama zharfan, memang besh. kalau utk famili kecil. beli saiz small2 je dah cukup kenyang ^^

Wansteddy Tales said...

nafisa81~ haha... xjengah pulak dapur2nya kak. sapa duduk meja sebelah dapur memang boleh tengoklah cara chef bekerja :D

Wansteddy Tales said...

Aishah Megahasz ~ red ruby tu memanggil2 pergi lagi ^^ so nyummeh!

Cute MuM said...

Kat area lot kedai berdepan dgn red wok tue ada kedai baby yg dolly nye mcm design wan jer.. dr aritue tertanya2 dlm hati.

Wansteddy Tales said...

Cute MuM ~ aah tu dsgn lama wan. ada wn share dlm entry sblm ni. mmg surprise & happy sngt tgk dolly sndri kat papan tanda butik ^^

Cute MuM said...

Oooo.. betullah yer.. sbb dr segibdesign memang nampak cam wan punya.. tue yg nak tanya... hebat tue design kat papan tanda.