Nuffnang

Followers

Tuesday, March 12, 2013

STICKY Mascot Design Competition

Semalam dengan gigihnya aku join contest STICKY Mascot Design Competition. Walhal dengan kerja berduyun-duyun mari ni. Sempat pulak mencelah buat design mascot ni. Idea datang spontan bila start melukis kat Adobe Illustrator tu. Aku tak sempat nak lakar dalam buku sketch macam selalu. Biasanya dalam 2,3 helai kertas aku conteng-conteng baru apply dalam illustrator. Tapi kali ni sebab kesuntukan masa. Belasah jelah kan.... Janji siap.

Elemen Sticky yang aku guna melalui warna pink dan bentuk hati pada hidung mascot ni. Sengaja aku cipta mascot 'gegurl' camni sebab Sticky ni kan produk gula-gula. Lazimnya golongan perempuan yang suka makan manisan yang cute-cute begini. Idea guna bulu-bulu gebu ala teddy bear debab-debab tu pula sebab biasanya mascot ni tarikan utama kanak-kanak. Kalau jenis yang cute-cute ni memang nampak besh  dan geram-geram je nak dipeluk!

Contest berakhir semalam. Kalau tengok idea para peserta memang cute-cute belaka. Lain dari yang lain. Boleh jengah laman facebook Sticky Malaysia untuk maklumat lanjut.

2 comments:

AzianKhalil said...

semua wan buat dalam adobe ilustrator ke?

Wansteddy Tales said...

illustrator je kak, senang sekali harung. Malas nk guna mix media ^^