Nuffnang

Tuesday, April 23, 2013

Teringin nak BERBEKAM

Badan selalu sakit-sakit, terutama bahagian pinggang. Sejak bersalinkan Damia sampai sekarang macam ni. Nak kata tak berurut kadang-kadang pergi juga. Tapi dah sampai masa tertentu, jadi balik sakit-sakit badan ni. 

Pakai detox patch kat kaki pula, tiap kali pakai, esok pagi mesti berlambak kotoran hitam kat patch tu. Menandakan aku ni banyak sungguh toksin dalam badan. Makan produk SNE yang lebih-lebih tahun dulu beli, rasa susut sikit kotoran tu. Bila stok SNE dah habis. Naik semula bintik-bintik kat muka. 

Teringin nak cuba berbekam pula. Siapa pernah berbekam share la pengalaman memasing. Khabarnya ada 2 jenis bekam yeh. Satu bekan darah. Cucuk dengan jarum/pisau keluarkan darah kotor dalam badan. ATAU bekam angin, sedut keluar angin dengan cup-cup tu. Mana satu lebih berkesan agak-agaknya? 

9 comments:

Alia Adams said...

Berbekam memang best, rasa ringan badan. Tapi bila tgk aspek kebersihan kurang diambil berat, rasa kurenglah pulak.

Wansteddy Tales said...

macam mana yeh? ada yg x sterilkn bahan2 bekam dorg ke? kan libatkan darah kotor kan. patutnya kebersihan perkara wajib kan

Alia Adams said...

Tu lah, cawan2 tu tak steril. Tu yg stop bekam. Dah tak berani.

Wansteddy Tales said...

ooo... tu la, muyskil juga nak2 yg buat projek bekam ni kat luar2 tu. kat chow kit mcm bnyk juga pusat bekam ni

Mama Zharfan said...

me gerun nak berbekam..

Eliss Mie said...

jgn lupa tanya berapa rm satu bekam. ada yg kenakan rm20 satu bekam yer :p

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

takut nak buat haha

CaDLyNN said...

kite penah buat...hehehe
lepas buat rase ringan tp tu la 1st..tak buat dah..

ade wat entry gak pasal bekam..

tryla...ok je..

sihatbyMAMAELLY said...

hai..elly pernah buat bekam kat reborn alamanda. sedap. ada la 3 kali buat.selalunya sampai 20min tp part elly, elly mintak dorg buat 10 min je.tak tahan sakit.tu pun dah hitam dah belakang badan.tp lepas tu ringan la badan..cuma 2 minggu belakang badan xcantik.encik suami xsuka..ihiks..cuba la buat