Nuffnang

Tuesday, April 30, 2013

WON NH Detoxlim Dare to Dream Contest!

Keputusan yang paling mengemparkan dan menggempakkan diriku! Memang tak disangka akan dapat hadiah tempat pertama sementelah aku bersaing hebat dengan otai-otai slogan yang lain. Bila tengok keputusan tu memang terkedulah sangat daku  barang beberapa minit. 

Hari yang sama dapat panggilan dari Watsons Sunsilk contest lepas. Bezanya keputusan ni tahu melalui FB dan lewat petang pula. Masa tu aku baru turun dari pejabat nak ke lobi. Biasanya aku tunggu suami dan Damia di bawah. Sebab aku sorang je biasanya yang balik paling akhir. Seram jugak nak stay sorang-sorang kat opis kan. Sudahnya, punch card dan tunggulah kat bawah. Kalau hujan, kenalah tunggu dalam lobi. Biasanya aku suka tunggu kat bangku luar tu. Senang nak gerak sebab dari jauh boleh nampak suami dan anak dah sampai menjemputku pulang hehe...

Seelok kaki cecah lobi, ding! Masuk bunyi dari FB. Ada orang PM aku. Sesambil cek PM tu, semak pula notifications fcebook. Tertarik bila nama di tag kawan siap dengan ucapan "Tahniah". Link NH Detoxlim diberi. Wah... berdebar-debar aku laju-laju klik link tu. Cari-cari nama kat saguhati takde pula. Ada nama mak, dapat Ipod Touch je. Alhamdulillah... Sekali tengok senarai kat atas sekali... Walla! Maunya tak panik. Terkejut hakak kau. Terkejut pasal hadiah Watsons lepas tak habis lagi. Rasa melayang je kaki melangkah haha...

Syukur alhamdulillah... Terima kasih NH Detoxlim!

4 comments:

ellyekin said...

congrates kak...! best nye dapat hadiah...! hihi :D

intanloveamir said...

tahniah..best adiahnyerr

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

hehe tahniah.. s3 tue.. ila ne badi dgn s3 haha

Nafisa81 said...

NH Detoxlim tu jenama apa??