Nuffnang

Followers

Monday, July 8, 2013

Misteri di pagi Hari INI


Masuk ke bilik pejabat pagi ni, macam biasa suatu kewajipan bagi aku beri salam dulu. Tak kisahlah ada orang ke takde orang ke. Sebab bila kita bagi salam, malaikat akan jawab juga salam kita tu.

"Assalamualaikum..." kataku sambil kepala tundukkan ke bawah. Tak macam hari biasa,  aku tak tinjau pula  kepala member sebilik dari balik partition kerja dorang. Mood monday blues buatkan aku rasa kurang bersemangat hari ni. Kedengaran suara Mai menjawab salam "Waalaikumsalam..." ton suara sama perlahan macam hari-hari selalunya. Aku pandang syiling, terasa lampu bilik terang benderang. Cahaya matahari pagi menyilaukan mata, beri efek kesan bilik lebih terang dari kebiasaan. Sambil-sambil melangkahkan kaki ke meja kerja, aku siap komen "Terang pulak bilik kita harini." Takde respon. Aik? Tak kan Mai tak dengar suara aku? Rasanya standart high pitching jugaklah suara aku harini. 

Aku jengah muka ke meja dorang tak nampak kelibat kepala Mai mahu pun kak Mira. Kak Mira tido ke? Gigih aku bangun dari kerusi menapak ke meja Mai. Takde orang, komputer mac dia pun belum terpasang. Petanda Mai masuk kerja lewat harini. Kebiasaannya begitulah. Kalau lambat, biasanya sebab Mai terus ke klinik kesihatan buat check up kehamilan dia yang dah masuk ke bulan-bulan akhir ni. 

Aku jengah meja kak Mira pun takde sapa-sapa di mejanya. Aku pusing ke belakang almari yang menempatkan kertas berwarna-warni yang kami gunakan untuk salinan dan cetakan dalaman. Takde sesiapa kat situ. Yang ada cuma beberapa plastik hitam yang kami gunakan untuk buang segala jenis kertas yang dah tak digunakan lagi. Alamak! Sapa yang jawab salam aku tadi? Dalam kepala berkecamuk dengan persoalan (gerun pun iye) aku kembali ke meja kerja. Buka komputer dan cuba tenangkan hati. Mungkin aku salah dengar ke apa ke. Kan kan... 

Tak berapa minit berlalu, masuk Kak Mira beri salam dan ajak turun tapau sarapan. Aku dengan muka blur mengikut je walaupun tak rasa lapar pun. Sambil berjalan ke luar pejabar, aku dengar je Kak Mira mengadu yang dia dan keluarga pakat-pakat demam harini. Baru aku luahkan kepelikkan yang berlaku kat aku tadi. Respon kak Mira rileks je. Sambil ketawa-ketawa Kak Mira bagitahu. "Memang kalau Kak Mira masuk opis, buka pintu dan lampu (sebab Kak Mira masuk P1, aku dan Mai P3) bagi salam, kadang-kadang macam terdengar orang jawab salam. Dah biasa dah..." Oooo... ok. Kepala aku angguk, petanda setujukan saja. 

Kiranya ini pengalaman misteri nusantara pertama yang aku alami sepanjang hampir 5 bulan bekerja kat sini. Dan sepanjang hampir 10 tahun berkhidmat sebagai pereka. Topik yang dibualkan sewaktu sarapan pagi bersama rakan sekerja tadi, tiada yang lain kecuali kisah misteri di pagi hari. Apa pun aku rasa ok lah ada juga 'orang' sudi jawab salam tanpa tunjuk diri. Dari 'orang' yang tunjuk diri tapi dalam keadaan yang bukan normal. Huhu.... Masih terngiang-ngiang lagi suara 'Mai aka orang misteri itu' menjawab salam. 

Moralnya: Sila balik awal. Jangan stay back lama-lama sangat kat pejabat. 

Sekian.

Ini kisah benar ye bukan rekaan semata-mata.
Sapa tak percaya aku harap kenalah kat korang pula 
haahhaha... Ketawa seram sejuk.

1 comment:

Haniz said...

>,< Seram jugak ni.. klu tak tau tak pe, tapi bila dah tahu, lain la rasanya