Nuffnang

Followers

Friday, July 5, 2013

WON Discover Beautiful Hair Contest

Malam semalam terima khabar gembira berita kemenangan baru. Sebenarnya memang tak jangka menang pun. Sementelah aku cuma hanya hantar 1 entry. Dan pula dah ada senarai pemenang yang dah dihubungi sebelumnya. Rupa-rupanya ada beberapa sesi pemilihan pemenang terpilih. Nak jadi rezeki sebenarnya. Bukti pembelian contest ni murah je. Sebab tu ramai otai comper yang join banyak-banyak entry. Pada mulanya memang aku tak nak join contest ni sebab rasa gerun. Al maklum ramai yang lagi berpengalaman dengan contest berupa slogan macam ni. Kepala giat menolak, tapi hati kuat suruh mencuba. Tapi itulah, kadang-kadang bila sampai bab contest ni, aku suka follow instinct juga. Syukur yang amat, percubaan berjaya. Alhamdulillah...

Pertama kali tengok list ni aku tak perasan pun kewujudan nama sendiri kat dalam page ni. Aku agak dah tak menang pun sebab tak dapat call lagi macam batch kat bawah. Ada kemungkinan lain-lain agensi yang hubungi pemenang ni. Tak pasti juga.

Senarai pemenang kat sini semua dah dihubungi. Siap ada prive giving lagi dalam minggu lepas :) Musykil juga bila pemenang grand prize tak diundang sama. Rupanya ada sesi prize giving lain dibuat. 

Di sini senarai penuh pemenang. Untuk maklumat lanjut boleh lawat laman facebook DOVE HAIR MALAYSIA.

2 comments:

mamaRIFQY said...

tahniah ye wan !mmg rezeki bergolek golekkk

gewecun said...

weee..tahniah wan..dapat cash tu..best2..:)