Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Thursday, June 20, 2013

Big Winning with LIPTON!


Alhamdulillah... sebuah khabar gembira lagi. Ini sebenarnya berita semalam. Dan kejutan tengahari sebelum dapat tahu berita menang Ginvera semalam. Walaupun bukan nama sendiri yang menang, tapi rasa teruja yang amat sangat sebab macam tak percaya pula dapat 1st prize. Alhamdulillah... nama mak memang bertuah. 

Tuah GP dapat kat en.Anuar aka... hehe... Tahniah! Member-member dok ngusik, sikittt lagi nak menang Elantra. Nak lawan otai bukan mudah dek non. Aku ni masih paras belajar menerap lagi. Dorang dah banyak timba pengalaman dan jauh lebih pakar dalam bidang ni. Apa pun semuanya ketentuan dariNYA nak berikan rezeki banyak mana pada kita. Apa yang ada kita syukuri seikhlasnya... alhamdulillah... Tumpang bangga bila member kenalan kita pun pakat-pakat menang berjemaah.

Senarai nama pemenang bulan Mac. Rezeki di sini. Syukur alhamdulillah... Kadang-kadang target yang lain, yang lain pula dapat. Memang bajet paling besar pun menang hamper Lipton je. Sebab rasa terburu-buru buat siggy untuk bulan ni. Namun tak sangka, Allah dah tetapkan ganjaran yang bermakna. Alhamdulillah...

Senarai nama bulan April 2013. Pun ada rezeki di sini. Alhamdulillah.. menang Philip Kettle. Sebenarnya target entry lain yang akan menang. Tapi yang tak dijangka pula yang sangkut. Mata orang yang menilai kan. Apa pun ini semua rezeki dariNYA.

Dan hadiah ini paling tak sangka akan dapat. Sebab tau dah, ramai giler kot yang target nak dapatkan set teko limited edition ni. Hantar awal sekeping je, dapat jugak 1 set! Syukur...

Terima kasih pada Lipton Malaysia!




11 comments:

Mama Zharfan said...

congratssss dh sipi2 nak menang keta tu :)

Mummy's Luv & Life ~ Airis-Arissa said...

tahniah wan. wan mmg berbakat besar bab lukis2 ni :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

wowwwwwwwwwww dapat samsung noteeeee..... tahniah wannnn.. ila tak reti siggy2 ne..

Alin Marlini said...

wah..rezeki tu

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ belum masa wan lagi kak suzi. plus mmg xtarget pn dpt top prize :)

Wansteddy Tales said...

Mummy& Luv & Life ~ Airis-Arissa ~ Saya masih bnyk perlu perbaiki diri ^^ setiap kali rasa bagaikan belajar bertatih lagi :)

Wansteddy Tales said...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) ~ tq ila, wan pula salute dgn kepakaran ila bab esei contest. salah satu jenis cnts yg wn blm dapat pegang lagi selama jd comper ni :)

Wansteddy Tales said...

terima kasih Alin Marlini :)

Eliss Mie said...

tahniah :) tumpang happy jugak la.

eima said...

tahniah dear ... hebat la ko ni ...sentiasa bertuah ngan terer wat slogan

AcuRose said...

tahniah wan.. menyegat lah.. letak nama siapa pun mesti sangkut nih.