Nuffnang

Followers

Monday, August 19, 2013

Kisah nikah, baby newborn dan henna inai

Baru balik lepas melawat kawan yang bersalin 16 Ogos lepas. Tarikh yang sama dengan kelahiran anak buah, Nur Batrisyia. Tarikh yang sama kami dalam keluarga besar berkonvoi ke Johor Bahru sempena majlis pernikahan adik bongsu. Alhamdulillah... Berkat bulan Syawal yang mulia ni banyak perkara-perkara baik terbina. Ada yang sambut kelahiran anak pertama. Ada yang membina masjid. Yang pasti membahagiakan hati semua. 

Agak letih lagi sebenarnya. Nak menulis ni pun rasa macam malas je. Tapi bila tengok sawang kat blog memang macam nak kena vakum, memang terpaksalah menggagahi diri menulis apa yang patut. Cerita lanjut pasal majlis pernikahan adik akan disusuli dalam entry yang entah bila akan aku buat nanti. Gambar-gambar semua dalam mac hubby. Belum dicopy dan diedit lagi. Sindrom M (malas) kuat sangat! muahahha...

Untuk sementara aku nak share lukisan henna atas tangan sendiri ni. Sila abaikan kuku panjangku itu. Asyik lupa je nak potong. Molek sangat dah hari ni hari isnin kalau nak potong kuku. Kot tunggu lagi kena tunggu khamis/jumaat ni la baru boleh potong kuku. Tu pun confirm kuku panjang macam ke hapa. Inai ni dah makin kusam. Perasan tak yang area jam tu dah makin pudar? warna merah samar kan. Aku dah malas nak sambung tekap lukis semula sebab corak tu tak cantik pun. Jadi aku lukis semula berkali-kali atas lukisan henna yang gelap tu. Tu pasal line dia nampak lebih kemas. Kalau satu layer je memang takkan cun punya haha...

Bila dah touch up berkali-kali barulah nampak kemas dan menyerlah. Selama ni aku bayar upah je kat awek tepi jalan kat Jln Tar tu lukiskan atas tangan. Nak buat sendiri tangan tergegel-gegel. Pulak tu boleh lukis belah kiri je. Al maklum aku takde kemampuan nak melukis dan menulis guna kedua tangan. 

Bila dah rasa confident sikit, aku tambah kerawang. Lagi lama lagi banyak sampai semak. Lepas tu semua orang jadi mangsa tester aku. Paling banyak jadi model contoh, anak sendiri la. Sebab Mia pun dok minta-minta. Seronok gamaknya tengok tangan mommynya berlukis. Damia pun ada pengalaman lukis henna masa bulan puasa lepas. Tapi yang tu lawa la. Orang pro henna yang buat. Orang tak pro macam mommy ni, kira bantai je leeee... Janji terukir. Hahhaa...

Kiri kanan tangan aku conteng. Pastu anak2 saudara, kakak dan last sekali malam sebelum majlis nikah, aku lukis kat tangan pengantin perempuan merangkap bakal ipar aku (masa tu). Berdebor-debor aku nak lukis kat tangan pengantin. Dua-dua tangan pulak tu. Nak bagi balance la konon. Orang ni (sambil tuding jari ke muka sendiri) dah la BUKAN pro. Nak kata amatur pun tak sanggup. Jadilah hasil conteng-conteng je dari designer yang tak pandai lukis kerawang. Hahah... Nak tengok gambar inai pengantin, kena tunggu la next-next entry. Sengal apa tah aku ni, asik lupa je nak amik pic on d dot. Gambar barang2 hantaran yang aku usahakan tu pun aku lupa nak snap2 dgn iPhone sendiri. Sudahnya susah dah nak update segera. Kikiki...

No comments: