Nuffnang

Friday, August 30, 2013

WON “Great Shape with Style” Contest


Bulan Jun lepas menang peraduan Great Shape with Style anjuran Kellog's. Alhamdulillah sangkut hadiah saguhati. Nak menang peraduan ni memang susah walaupun pemilihan berdasarkan lucky draw. Terpilih sebagai salah seorang pemenang, terasa besar sungguh rahmatNYA.

Kebetulan minggu tu dapat dugaan pahit. Kehilangan wallet secara misteri. Yang nasip baiknya butiran penting tak hilang. Macam ic dan beberapa item lain. Total cash dalam wallet tu lebih kurang RM600! Yang sayang tu duit sedekah dari mak. Memang aku simpan je dalam wallet tak guna-guna sebab sayang. Desperate macam mana pun aku tak kan guna. Duit tu kira duit tetaplah dalam wallet tu. Dan lagi kehilangan sekali thumb drive 32GB milik Damia. Thumbdrive tu penuh dengan filem-filem animasi untuk Damia. Sedih part tu je. Selebihnya aku redha, nak kata apa. Bukan rezeki. Ujian kali tu mungkin ada hikmahnya. Dan DIA tak tunggu lama nak bagi, dalam beberapa hari lepas kejadian tu dapat panggilan dari PIC contest Kellog's ni. Nak jadi rezeki la tu dapat pula Coach Wristlet bernilai RM300! Alhamdulillah...

Memang aku jenis tak suka wallet besar-besar standart wanita bergaya tu. Sebab aku suka yang comel-comel asal muat henset je. Tak nak kecik sangat juga. Dan kemenangan yang ini memang rasa berkatnya. 

So far wristlet ni la aku guna sekarang. Alang-alang dah ada kan. Lagi pun memang aku jenis tak beli dompet mahal-mahal. Untuk diri sendiri memang berkira sangat. Harapkan menang contest la nak merasa pakai barang berjenama. Syukur...

Entry ini dibuat apabila ada member bertanya, "Bila nak update entry menang contest Kellog's dulu?". Memang dah lama rancang nak menulis, tapi selalulah sangat bertangguh. 

Bertangguh amalan tak bagus. 
Impak untuk ruang waktu contest dan kerja.


1 comment:

AtieAbid said...

Assalamualaikum. wah bestnyaa dapat menang hadiah..:)