Nuffnang

Followers

Friday, August 30, 2013

Won AIR WICK “GIANT SHOPPING SWEEP” CONTEST


Pertama kali dan yang terakhirnya aku menang hadiah shopping spree adalah di bawah anjuran Cosmoderm pada tahun lepas. Aku share cerita dalam entry bertajuk:  Shopping Spree with Cosmoderm! Won 1st prize peraduan Sunny Shopaholicdan beberapa entry lanjutan berkaitan lainnya. Korang taip je Cosmoderm kat ruangan searh dalam blog ni, insya'allah keluarlah link yang berkenaan.

Perasaan aku? Wallllla! (panjangkan sikit maghrad L tu) hahhaha... Jakun deh sebab pertama kali la katakan. Ko bayangkan macam menari balet sambil capai-capai je apa yang ko suka tanpa rasa bersalah. Gitulah daya imaginasi aku kala terlebih gembira. Dan aku mengharap jua kemenangan berikutnya untuk kedua, ketiga, keempat dan ke seratus kalinya untuk menang dan menang lagi contest dengan hadiah berunsurkan shopping spree ni. Sebab besh kot. Lari-lari usung troli sambil capai je apa yang kita hajati secara percuma!  Kalau hari biasa, masuklah seberapa banyak mana yang kita nak pun, bahananya duit dalam dompet boleh susut ATAU kad ATM terasa lebih nipis dari kebiasaan harinya. 

So! Apa aku nak rembat nanti ye....? 
Mood angan tak sudah.

Mak pesan amik semua yang terlintas di depan mata. Wah kau... lebih hebat dari keinginan aku hahaha... Siap offer diri nak ikut shopping spree sekali! Masalahnya cuma seorang pemenang boleh masuk acara tu. Tak boleh ada pembantu. Kalau boleh ada pembantu bolehlah aku set, sorang duduk kat bahagian makanan, set alat tulis, pakaian, mainan dan lain-lain lagi. Nah ko... TAMAK punya elemen. Kepala aku pikir nak amik beras je paling besar 2 kampit! Boleh bantu ringankan beban duit kenduri adik aku nanti. Tapi mak kata rugirugirugi (sila gunakan ritma pantas dan bertali arus untuk sebutan tadi~ ayat fav my X-boss!), sementelah sorang pemenang boleh bawak 1 troli je huhu.... Kalau boleh amik seberapa banyak mana troli yang kita nak memang bagus. Boleh la aku sumbat beras 7 kampit, gula 3 guni, pekakas-pekakas dapur dan rempah ratus dalam beberapa kilo. 

Angan tak sudah lagi.

Mood berdebar, sebab situasi shopping spree kali ni jauh berbeza dari suasana santai bersama Cosmoderm dulu. Takde limit masa. Cuma ada limit harga. Kot ada banyak masa, banyak troli, banyak duit. Ui.... ko bayangkan betapa makcik kayo! 

Iye. Berangan tak salah.
Hahaha...

1 comment:

Earnic said...

Waahh bestnya. Boleh share tip menang hadiah ke? ^^