Tahun 2013 mencipta 1001 macam kemenangan dan rezeki berganda. Namun kemuncak kejayaan adalah pada bulan Disember dari permulaan bulan lagi. Satu demi satu khabar-khabar gembira dan mendebarkan bertamu. Yang paling tidak dijangka adalah kemenangan dalam Cabaran Huggies Dry Pant. Dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama memang tidak terucapkan. Sementelah inilah pertama kali memenangi hadiah besar, sebuah kereta Toyota Innova 2.0E A/T!
Cabaran bermula seawal agen yang uruskan panggilan top 10 finalist lagi. Kena jawab satu soalan mudah. Bila dah pass, baru lulus ke final. Sepatutnya cabaran dibuat pada 18 Disember 2013 (rabu pagi), sehari sebelum hari lahirku 19 Disember. Tiba-tiba agen maklumkan ada pindaan tarikh. 20 Disember lepas pula yakni padahari jumaat. Eloklah macam tu, ada finalist yang datang dari jauh (luar Kuala Lumpur), jadi mungkin agak menyukarkan mereka bila kena tambah cuti. Bila buat hari jumaat, boleh manfaatkan hari sabtu dan ahad untuk sambung bercuti.
Cabaran akhir agak mudah bagi yang dah biasa join cabaran. Tapi sangat mendebarkan bagi finalist macam aku yang jarang-jarang sungguh diberi kesempatan hadiri cabaran akhir. Bila namaku yang diumumkan sebagai pemenang cabaran, aku masih blur-blur. Aku sangka aku akan bersaing dengan 2,3 pemenang lagi nak menentukan hadiah tempat pertama dan kedua. Rupa-rupanya aku sorang je yang menempuh cabaran akhir!
Di balik tirai backdrop montaj, terdapat 100 sampul Huggies. Salah satunya hadiah berupa rumah bernilai 1 juta dan 99 sampul lagi hadiah sebuah kereta. Seusai diberi masa seminit untuk membuat pilihan. Aku pilih sampul yang kurasakan dekat saja. Bingung juga nak memilih sebenarnya. Pilihan jatuh ada hadiah kereta Innova. Lagi 3 sampul ke kiri aku nak capai sampul berisi hadiah rumah 1 juta! Huhu.... Tiada rezeki nak dapat rumah, dapat kereta pun lebih dari berbaloi. Syukur alhamdulillah... Sapa sangka dengan pembelian kecil, dapat sebuah kereta bernilai lebih Rm100,000. Inilah hadiah hari jadi yang paling besar aku terima :)
Rezeki ini rezeki bersama. Apa yang membuatkan aku rasa gembira. Seluruh adik beradik ikut menyertai aku di cabaran akhir tu. Dorang saksikan sendiri keluarga dorang gapai status pemenang utama tu. Tak sangka hobi ini menjana rezeki berganda. Alhamdulillah.... Syukur Ya Allah...
6 comments:
tahniah byk2..
best btol laa..
hehehe!
moga terus dimurahkan rezeki..
Alhamdulillah...tahniah:)
Tahniah...
Memang hebat betul la...
Tahniah. Tumpang hepi :D
tahniah wan..alhamdulillah...pengsan tak masa diumumkan menang tu...? :)
tahniah sis....bestnye dapat keta....
by the way sapa yg memang rumah 1 juta tu yer
Post a Comment