Saja nak share status sendiri dari facebookpagi tadi...
"Tiba2 rasa macam nak beli mesin jahit elektronik. Nak jahit kain baju langsir sendiri. Tapi hasrat terbatas sebab takde kemahiran menjahit langsung! Sob3.... Adakah ini Sindrom makcik2 yang suka kerja2 ekonomi rumah tangga? Betapa berusianya diriku rasakan..."
Rupa-rupanya aku dah pernah lukis gambar mesin jahit elektronik. Aku lukis ikut permintaan pelanggan sempena design header blog dulu. Ah... bila sesekali mengenang memori lama betul-betul buatkan aku terkedu. Betapa masa cepat sangat berlaku.
Harini 18 Februari 2014, genap setahun aku berkhidmat di Kementerian baru. Macam-macam suka duka semenjak bertugas di sini. Menggalas tugas sebagai penyelia dan jadi lone ranger designer di sini betul-betul menggugat kesabaran dan ketabahan. Sementelah aku jenis cerewet dalam menyelesaikan sesuatu tugasan, kerja yang remeh pun boleh jadi kusut bila aku yang handle. Tapi bila di akhir tugasan selesai, bagai suatu kepuasan bila hasil penat lelah terbalas dengan hasil yang pada perkiraan aku sempurna. Bila orang suka hasil usaha kita, bermakna mereka hargai jerih perih kita.
Sesetengah individu memang ada sikap lepas tangan. Suka buat kerja acuh tak acuh, sedangkan mereka mampu hasilkan yang lebih dari itu. Kalau aku malas, aku pun boleh ikut tabiat begitu. Tapi pendapat akulah. Untuk apa kita bekerja? Untuk mencapai kehendak orang sajakah atau untuk kepuasan diri kita sendiri dalam melaksanakan tanggungjawab? Ecey ceyyy...
Moralnya: Bekerjalah bersungguh-sungguh selagi terdaya. Sebab bila kita tengok betapa happynya pelanggan dengan hasil yang kita usahakan. Itulah ganjaran yang paling bermakna sebenarnya untuk kita. Kepuasan.
No comments:
Post a Comment