Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Sunday, March 2, 2014

7 Hari Mencintaiku

Sabtu lepas lepak di MPH 1Utama, mata aku terus tertarik pada novel bertajuk 7 Hari Mencintaiku. Tengok kulit je buat mata dok jeling2, terdetik nak baca sinopsis. Tak dapat nak baca isi sebab buku kena balut. Kot tak adalah perempuan selamba bersila kat lantai baca novel barang sejam dua kat situ! Haha...

 Kalau tengok cover, memang takde apa yang istimewa pun. Simple je. Tapi bila baca sinopsis bulu telinga aku meremang keluar. Oh lala.... Ada ke lelaki perfect macam tu kat dunia ni? Dan bila aku balik rumah, google pasal review novel ni, rata-rata pembacanya bagi komen yang sama. Ada lagi ke lelaki yang macam ni? Dan serentak aku rasa nak tergelak terbahak-bahak. Lupa hakikat orang karang cerita sebab nak terbitkan fantasinya. Dah nama pun hero, tak kan muka macam karung nangka kan. Paling-paling pun mesti segak, kaya, tinggi ilmu agama, setia, pemurah, tinggi pelajaran, dan segala macam fantasi wanita untuk seorang lelaki sejati. Kena ingat, seseronok macam mana jalan  cerita yang dikarang. Yang bikin novel tu manusia. Kita tak sempurna, dan kerana itulah kita nak cipta dunia perfect kita melalui naskah. Dan kita kongsi buat tatapan pembaca, agar imaginasi tu dapat dikongsi bersama. Agar angan-angan tak sudah tu dapat dikhayalkan bersama.

Dah lama aku tak baca novel. Baru-baru ni beli dua naskah novel, baca satu letak, baca yang satu lagi, letak jugak. Belum pun suku jalan cerita. Aku dah tak betah nak teruskan. Rasa kehilangan banyak masa untuk buat hobi-hobi berfaedah lagi menjana pendapatan. Mungkin kawan-kawan sealiran bidang dengan aku faham apa yang aku maksudkan hehe...

Aku tak kata novel ni tak wajar dibeli. Aku belum beli pun. Cuma sempat baca review dari blogger yanga admire sungguh dengan penulisnya. Ternyata ramai pembaca di luar sana suka kisah-kisah klise yang penuh air mata, emosional dan romantika. Tak baca tak boleh komen apa-apa. Silakan beli  senaskah, dan titipkan komen korang pula bila selesai baca, ok? Oraitttt....

2 comments:

wawa syaida said...

seriously sangat best novel ni...saya beli n bagi tunang saya baca jugak...so masa outdoor photoshoot our wedding...ada shoot sekali dengan novel ni...sebab novel ni bagi impak besar kpd saya n husband ^___^

Wansteddy Tales said...

Kadang2 imaginasi tu boleh direalisasikan dgn pengaruh novel. Mcm dulu saya suka baca novel karya lyana afiera malik. Bnyk style menulis ikut gaya dia bercerita. Karya penulis ni kebanyakkannya mmg blh bg kesan kat pembaca :)