Nuffnang

Saturday, March 1, 2014

Peminat tegar komik & manga

Lepas balik kerja tadi, ajak suami berbuka puasa di Alamanda. Dah lama tak ke sana. Surau dah berkalih ke bahagian selatan, baru tahu harini. Buat letih je hakak melenggang ke hujung benua, sekali surau dah tutuplah... Pizza Hut dan KFC bakal di buka di tingkat atas pula. Tapi bukan nak cerita pasal tu. Nak khabarkan pasal adegan ketika di MPH. 

Sedang kaum wanita dan perempuannya saling memilih buku, majalah dan novel-novel cinta di rak-rak buku. Aku sorang je perempuan yang ini (sambil tuding jari ke muka sendiri) dok melangut tongkat dagu depan rak buku novel grafik. Tengah aim nak beli komik baru. Tiba-tiba terdengar suara budak lelaki bersokseksoksek kat sebelah. Oh mengumpat aku rupanya. "Dah tua pun nak baca komik ke?" Amboih! Tua ko kutuk aku?? Sabar jelah... Hakak baru 31 tahun tahu? 31! Walaupun sebenarnya tahun ni aku dah 32. Tapi sebab aku lahir bulan doblas aku mesti kira ikut bulan tu. Untungnya lahir hujung tahun, boleh perasan muda: sentiasa :P

Considered budak2 tu dalam lingkungan 10-12 tahun kot dia nampak pangkat makcik2 sangat style aku harini sob3... Ikut hati nak je aku menjawab "yang lukis komik ni pun bukan budak2 macam korang, tau ke? Geng2 makcik2 macam aku atau lebih tua lagi yang dok lukih semua ni." Membayangkan aku dok mencekak pinggang sambil menunjal2 kepala budak berdua tu ahahah... 

Keinginan yang tu terbenam terus dalam kepala aku, tak terluahkan. Macam budak2 bermuka tua pula aku nak bersoal jawab dengan budak sekolah rendah! Ok, aku mengaku... Sejak zaman sekolah rendah lagi aku suka baca komik, manga etc etc... Sampai sekarang pun aku masih teruskan hobi ni. 

Salah satu cita-cita aku pada suatu ketika dulu nak jadi pelukis komik/manga. Tapi sampai sekarang tak terbuat jugak komik yang aku idam2kan. Buat sketch pehtu malas inking. Buat dialog, olah3.. Pastu rasa tak boleh blah. So terkuburlah sampai ke sudah angan tak sudah tu. 

Member2 zaman belajar aku dulu tentu mengetahui level otaku aku suatu ketika dahulu hahah!

No comments: