Nuffnang

Followers

Thursday, March 6, 2014

Bulan, Yasin & Doaku

Balik dari pejabat terus ke Alamanda. Ada tujuannya ke sana. Tapi sayang apa yang dihajatkan langsung tak jumpa. Sesudah makan malam, terus balik ke rumah.

Tunaikan solat isyak seawal jam 10 malam. Dah lewat, biasanya hari khamis, malam jumaat, aku baca yasin di antara waktu maghrib dan isyak. Tapi disebabkan tadi lewat balik, terlajak waktu. Rasa malas nak baca yasin. 

Duduk atas hamparan sejadah, sambil berzikir, sebelum mengangkat tangan, menadah doa. Aku terpandang bentuk bulan sabit nun di langit gelap sana. Warna bulan kuning kecoklatan. Biasanya kuning keputihan dengan sinar cahaya putih lembut dikelilingnya. Tapi hari ini biasan cahaya bulan aneh sekali. Menariknya bentuk bulan seakan senyuman yang ceria. Terdetik di ingatan aku, mimpi tentang abah di malam pertama abah meninggal dunia. Bentuk senyuman abah tak ubah bentuk bulan malam ini. Terlalu ceria dan menyesakkan dada. Aku sebak. 

Seusai doa, aku bingkas bangkit mengusung al-Quran. Aku nyahkan hasutan syaitan yang berlagu memujuk aku berehat. Hati kuat mengatakan badan aku letih, mata aku lesu. Aku perlukan rehat. Tapi tangan dan kakiku spontan bertindak sendiri, menidakkan akal jahat yang terus menerus menghasut.

Aku mengadu pada emak petang tadi. "Mata Epa rasa sakitlah mak. Kelabuuu je. Macam nak rabun." Mak seperti lagak keibuan biasanya, mendesak anak yang ini buat check up di hospital. Lalu ketika aku bermalas-malasan dengan pelbagai alasan mahu mengelat baca yasin hari ini. Terdetik ingatan di petang hari tadi. Masakan tidak. Seawal aku ucapkan Astaghfirullah... Jatuh air mata aku. 

Air mata terus berjurai hingga ke akhir bacaan yasin. Sepanjang masa aku niatkan semoga bacaan ini sampai kepada abah. Moga Allah ringankan beban abah di alam Barzakh sana. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Ucapan alhamdulillah menutup bacaan. Aku raup wajah dan pandang ke bulan. Sama seperti tadi, 'senyuman' bulan menyambut pandangan. Tapi kilauannya terasa lebih sinar. Betapa di besar rahmatMu kurasakan. Perasaan takjub bila mata tak terasa berpasir lagi. Benarlah orang lama berkata, air mata adalah penawar terbaik untuk sakit mata.

Tak sangka niat baik nak titipkan doa buat abah beri ganjaran baik buat aku hari ini. Pertama:  Kepuasan dapat sedekahkan bacaan yasin untuk abah. Kedua: Dapat merawat mata sendiri secara semulajadi. Sungguh aku masih terasa takjub dengan kejadian hari ini. 

Segalanya ada hikmahnya. Aku bersyukur punya emak yang rajin bagi ingatan pada anak-anak. Walaupun bila selalu bebelannya jadi halwa telinga, memedihkan hati dek kerana terasa dalamnya kata. Lama kelamaan kata-kata dan doa mak tu buatkan kami terkenang ada banyak betulnya. 

Semoga aku terus beristiqamah dengan niat yang satu ini. Teruskan bacaan al-Quran untuk sedekahkan pada mak dan abah. Juga untuk perbaiki diri sendiri :)

5 comments:

DrCat said...

salam wan..apa khabar..

ini catlina, dah pindah blog baru skrg..

alhamdulillah...mata wan dah ok..memang bagus selalu baca quran dan yassin...

senang nanti jemputlah blogwalking

Ezna Khalili said...

N3 menusuk di hati....

Wansteddy Tales said...

tq Rose, insya'allah kan jengah :)

Wansteddy Tales said...

Salam Cat, alhamdulillah sihat. moga Cat n Famili pn sihat2 belaka ye. Insya'allah wan buat lawatan kat blog Cat :)

Wansteddy Tales said...

TQ kak Ezna. Kadang2 bila rindu, hanya tulisan je dalam luahkan rasa terbuku...