Nuffnang

Followers

Wednesday, April 16, 2014

Anti KUTU

"Wan, jom main kutu" Ajak si polan kelmarin. 

Aku sengih je sambil tergaru-garu kepala yang rasa tak gatal. Bukan sebab ada kutu atas kepala. Tapi dek kerana rasa serba salah nak jawab lagu mana. Pelan-pelan akal bijak aku menjawab. Susun ayat cantik-cantik agar kata hati aku tidak terjeluak. Sebab apa? Sat-sat nanti aku story. Ni dengar dulu jawapan baik dari aku kat kakak tu. "Ah, tak minatlah kak. Saya jenis menyimpan terus dalam Tabung Haji." Tak banyak pun tolak gajinya, tapi logik akal juga jawapan selamat tadi. Maka si polan pun bergegas pergi mencari mangsa baru yang boleh dimakan pujuk join kroni kutunya.

Jawapan muktahir dari hati aku?

SORRY!

Aku memang tak suka join kutu. Atau terlibat dengan skim-skim peningkatan duit tanpa usaha. Atau buat pinjaman kat keluarga atau kawan-kawan. Rasa tertekan hidup dibayangi duit nak kena ansur bayar tiap-tiap bulan. Cukuplah sekadar nu hutang Angkasa yang lebih 1K ditolak gaji, saban bulan.  Hutang PTPTN tinggal lagi RM2000 lebih nak habis langsai. 

Kenapa aku tak suka kutu? Bukan kerana dek lecehnya kena bayar duit tiap-tiap bulan. Bukan kerana nanti bila sampai masa aku dah terima duit. Pastu kena sambung bayar lagi untuk cover habuan Kutuan orang lain. 
Quick Sketch. Kalau buruk jangan komplen bwehehehh...

Aku tak suka kutu kerana aku tak tahan dengar ayat-ayat pedih dari mulut Sang Bendaharinya. Aku memahami, tugas beliau: susah. Kena kejar orang. Kena ikut masa ditetapkan bila nak bayar cash pada pemilik bulanan. Dan segala macam penderitaan mak nenek lain yang dihadapinya. TAPI aku sangat kisah bila mana mulut ala-ala tempayan bermuka dua dihala ke sana sini. Oh tidak....!!! Marah punya pasal, habis segala isi perut, hak dalam kain, seluar orang dilaung-laungkan. Lewat sejam pun dah kena maki. Apa lagi lewat sehari? Seminggu??? Oh... Cukuplah aku jadi saksi bisu. Tengokkan gelagat si pengutip kutu memang buat aku berbulu. Kalau tak bayar, di belakang orang tu habis sumpah seranah keluar. Tak cukup dengan tu call pula pengutu-pengutu lain maklumkan kelewatan individu terbabit. Tapi, bila orang datang nak bayar... muka cerah bersinar, mulut manis umpama gula, sikap berubah ke sediakala. Semua orang jadi suka. Oh please la... Hipokrit sangat! 

So, menetapkan sasaran aku tak suka dimaki dek bendahari. Maka aku putuskan takmo main kutu. Terlibat dalam perbualan berkenaan kutu dorang pun tak nak. 

Sekali lagi aku tegaskan: Bukan isu kutu tu yang aku tak suka. Sikap pengutu-pengutu tu yang aku tak berapa nak gemar. Semoga jika ada pengutu tegar di luar sana tak terikut tabiat gemar mengata dan adu domba pengutu lain macam kesaksian aku di sini. 

Sekian dari ANTI KUTU (hidup merayap atas kepala)

2 comments:

Sidratul Muntaha said...

aku dulu rajin main dgn sil aku sbb deme seme niaga
so,duit kutu aku pun rolling tuk bisnes part tiem cake ni
la ni benti sbb dah stabil part time jual cake
tpi mgm srik jugak pnh main kutu dgn orang lian
seperti mana yg ko mention tu
seme nak hadap

Wansteddy Tales said...

sapa2 jd bendahari ni jenis kena kulit tebal. kena kejar org gaya Hitler lagi haha...