Sebagai kenangan sempena ulang tahun Aliya Damia ke-6 pada 24 Mac 2014 lepas. Mommy lukiskan karikatur Damia. Kartun Mia rujuk pada gambar Mia yang bergaya dengan gaun kesukaannya.
Aku sematkan dalam beg goodies kawan-kawan tadika Damia. Bolehlah kawan-kawan Mia mewarna dan buat simpanan sendiri. Bila paparkan lukisan ni dalam facebook lepas, tak sangka pula ada ibu bapa yang berkenan dengan lukisan ni. Mereka yang ada anak perempuan pun nak jadikan lukisan ni untuk program mewarna anjuran masing-masing. Ada yang nak buat untuk acara jamuan birthday party anak perempuan masing-masing. Tak kurang ada yang nak jadikan hadiah sampingan untuk goodies macam idea yang aku gunakan lepas.
Rasa seronok pula dapat berkongsi idea dan lukisan dengan kenalan. Bagi yang berminat bolehlah email je permintaan kat aku melalui emailwansteddy@gmail.com. Aku jarang berblog, jadi kalau korang request melalui blog takut aku tak terbaca dan terlepas due pula tarikh yang korang target nak buat jamuan tu kan.
Lukisan penuh nanti aku akan ubah tulisan dalam tag yang kartun Mia pegang tu. Bolehlah gantikan perkataan Mia 6th Birthday tu dengan sebarang ayat yang korang rasa nak guna. Apa pun please sangat-sangat minta terus dari aku ye. Tak nak terjadi macam kes-kes curi lukisan dan ubah sendiri macam Lukisan Kanak-kanak 1Malaysia aku tu. Kan lebih molek minta sendiri dengan tuan punya lukisan. Aku pun bukan nak charge apa pun. Free apa. Sedekah je air tangan sendiri. Dan lagi korang akan puas hati sebab kualiti yang aku email tu lagi tinggi resolusinya berbanding lukisan yang korang edit tu. Nanti pixel pecah sebab saiz lukisan tu kecik je.
Aku suka je bagi hasil lukisan sendiri dengan orang ramai. Sebab rasa seronok berkongsi dengan orang. Suka tengok anak-anak ekspresikan idea lukisan tambahan dan mewarna penuh semangat dalam lukisanku. Itulah suatu kepuasan pada aku sebenarnya.
Semoga lukisan ni jadi pendorong pada anak-anak kita cenderung dalam minat melukis dan mewarna kelak, insya'allah...
2 comments:
cantiknya lukisan tu
ur girl mesti mewarisi ur talent tu :) :)
Post a Comment