Kalau dulu buat 1 entry mesti mencanak komen masuk. Sekarang buat 10 entry 1 komen pun susah nak nampak batang hidung. Hakak sedih. Hakak marah. Kecewa. Frust nonggeng dan sewaktu dengannya.
Stetmen giler glamer! ngahahahahah!
Tapi bukan nak kata aku sorang je la, aku tengok member-member blogger lain yang seangkatan waktu aktif berblog macam aku dulu pun sama dengan jugak dah makin kurang ber'cakap' di alam maya. Kalau tak, dulu.... pantang ada masa lepa. Sekejap jek bertambah entry. Sehari boleh buat 3, 4 entrylah. Cerita entah apa-apa pun sibuk nak dikongsikan dalam blog. Eh yang musykil tu, ada pulak tu tukang baca dan komentor tegarnya! Aku pun pelik, apa femos sangat ke, banyak sangat ke aura blogger tu tulis pasal "harini i pakai baju pink, seluar yankee warna kuning striking." Tu je stetmen. Tajuk je kemain panjangnya sampai ketagih orang nak klik link blog dia. hhahahah... CONTOH! contoh aku kata... Jangan berprejudis pula pada fakta auta aku tu.
Entahlah, mungkin makin banyak usia, makin banyak benda nak buat. Makin kurang mood nak membebel buruk sakan macam dulu. Akulah, aku... Aku tak kata orang lain. Dan lagi, aku pun banyak komitmen. "Ceeeeeehhhh... komitmenlah sangat" aku tau... itu yang terbenak dalam kepala otak korang bila baca stetmen kemanjaan aku tadi ngahahaha.... Bila banyak benda nak fikir, nak buat. Aku kena buat pilihan. Luangkan sikit je masa kat sini, aktiviti lain mungkin terganggu. So, fikirkanlah. Projek dapat duit atau tugas meluahkan isi perut perasaan yang perlu diutamakan. Ingat apa aku tulis tadi. Faktor usia. Makin berusia, makin kehendak kita bertambah besar. Kalau ada duit, nak tambah kaya. Maknanya keinginan berblog cuma boleh capai bila ada masa dan keinginan. Kalau perasaan tu so so je nak membebel. Hm.... ke lautlah mood nak berblog tu.
Ok harini aku dapat buat 2 entry luahan perasaan. Perasaan aku? Pueh hati. Satu kes lepas geram. Satu kes lagi: entry tah apa-apa. Mesti lepas baca korang rasa nyesal sebab terklik kat link ni haaa.... Kan betul apa aku jangka!
2 comments:
mana ada nyesal pun
hehe..
suka jek baca ;)
ada benarnya jugak ;)
Seronok sekali sekala lepas gian membebel sendiri haha
Post a Comment