Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, July 21, 2014

Pemanas coklat cair

Aku ni jenis emak yang kuat berangan ye.  Berangan nak bukak bakery. Berangan nak bukak butik fashion. Berangan nak buat manik. Berangan itu ini segala macam mak nenek lagi dengan kemahiran dibawah paras sifar. 

Angan-angan terkini. Nak bikin kuih raya sendiri. Home made. Nak buat kek, biskut, dan seantero macam kuih muih raya lagi. Aku tau... aku sudah masuk fasa emak-emak orang. Maka keinginan jadi kewanitaannya memang demikian. Tapi aku kena sedor diri. Kemampuan aku takde. Takde skill memasak, takde masa dan aku mudah putus harap bila timbul halangan-halangan kecil. Contohnya semalam. Beria aku kumpul segala macam mak nenek bahan nak buat kuih raya. Siap menggoogle lagi sambil berjalan cari bahan tu. Google resipi! Orang lain dah masak dah nak beli apa. Aku baru terhegeh-hegeh nak cari resipi. Hahaha... Bila time nak bayar, kaunter khas untuk cash saja. Aku memang bawak duit ekstra. Tapi takut terlebih bajet sebab aku dah amik barang yang berlebihan. Sebab tak target pun nak beli item-item buat kuih raya tu. Kecewa dengan halangan tu, aku mintak suami alih semua barang-barang buat kuih raya tu ke troli lain. Huhu... Takde rezeki. 

Tapi harini dok bincang-bincang dengan tokey biskut dan kek kat opis ni. Naik semangat kembali nak cuba buat kuih raya ala-ala pepero tu. Senang je resipinya. Beli biskut batang kat kedai. Celup dengan coklat panas. Siap. Resipi paling mudah dan murah nak buat. Yang susahnya aku jenis tak reti nak buat double boiling coklat. So google pula cari cara mudah. Jumpa mesin pemanas coklat ni. Alahai... mudahnya. Tak payah nak renyah-renyah guna 2,3 periuk serentak.




Kredit pada blogger: AFFIQAH BAKE AND DECO


Pastu jumpa kaedah mudah dan pantas lagi menjimatkan isi dapur gas kita. Tips dari Ibu Gebu 81080. Cara mudah mencairkan coklat. Simple je kaedahnya. Tak payah beli-beli dah. Periuk nasi elektrik ni memang kat semua rumah ada.

2 comments:

Zuraida Rahim said...

Macam best je nak buat... anak-anak mesti suka

Wansteddy Tales said...

cam besh kan. tu yg excited nak update hehe