Nuffnang

Followers

Thursday, December 3, 2015

Promoter handalan VS comper hingusan

Tabiat comper: masuk supermarket/ hypermarket/ kedai runcit/ kedai serbaneka/ kedai 24jam mesti mata melilau cari form contest. Dah jumpa, rembat sebanyak mungkin. Kalau ada promoter berkeliaran, cara nk amik form tu kena penuh skill. Pastikan promoter dah pergi, mencicit amik form. Pastu sorok! Kalau tak sorok kena kejar, form dorang tuntut balik. Kalau dapat promoter psiko, habih kena membebel berbakul dan-dan tu juga. Dan itulah yang terjadi pada aku ketika di TF Gerik!

Ya... Kat kampung je 'terkena'. Kat bandar-bandar pun berlaku gak adegan sama, bezanya, bila kita explain. Promoter ok, lepaskan. Paling kedekut pun dia bagi selai dua, selebihnya dia mintak balik.

Tetapi, tidak di TF Gerik. Anda kena beli barang dulu, tunjuk resit dulu, tulis maklumat dalam form dulu, serah form pada promoter dulu, dan berlalu pergi. Dengan harapan dorang akan pass borang penyertaan kita pada penganjur utama. 

Nak ambik form kena kejar macam pencuri! Deng! Dah explain panjang lebar, banyak songeh. Mintak jumpa manager, mintak detail segala. OMG... Form je pun. Belum tentu join pun. Belum tentu menang pun! Yang ko nak simpan, peram, sorok dalam longgokan produk tu nak buat apa? Besok due contest dah tamat baru ko nak sangkut borang kat rak APPAKESSSS... Ah sudahnya aku pun blah. Tak kuasa nak melayan kebengapan promoter yang kuat main tarik tali. 

Bila balik rumah mak, kakak bagi tips. "Pa, ko nak shopping kat TF jangan pakai selipar. Kena pakai kasut tinggi, baru dorang layan baik." Oh...

Untuk membuktikan kata-kata kakak tu, aku buat eksperimen. Aku pakai wedges yang biasa aku pakai. Sebenarnya kebetulan hari aku pergi TF tu (pd hari kejadian buruk tu) aku pakei sandal baru je sebab wedges aku terabak kat RNR Sg. Buloh. Aku larik lipstik tebal-tebal. Pakai jacket yang biasa aku pakei bila nak pergi travel.

Tau apa? 100% layanan berbeza dari promoter yang sama. 100%! Haih~ auntie, jangan layan orang berbeza-beza. Cash yang orang sengkek/kaya laburkan untuk produk ko sama je. Silap-silap orang sengkek tu lebih bagus lagi tinggalkan tips atau derma pada tabung atas kaunter casher!

2 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

haha.. ada yg menilai berdasarkan luaran..

adik ila pegi pavi.. pakai jeans lusuh dgn seliper buruk laki bini
disebabkan promoter tue layan baik punya.. beli je bedak rm200 tanpa banyak songeh haha...

Unknown said...

lawak punya cerita. borang yg banyak tak habis tu dia org kumpul dan jual balik kat kedai kitar semula. 1kg kertas tu dpt jugak duit. kalau dah 100 kg, berapa dah dpt? agaknya begitu. tapi cerita ni memang pengalaman yg unik dan menarik, boleh menang contest tu.