Gambar terkini. Rindu lak zaman rajin ke spa dulu. Yang dekat dengan tempat kakak, Hannan Medispa kat Presint 8, Putrajaya. Sebab dekat, kadang-kadang naik grabcar atau uber je pergi sendiri. Kalau suami tak busy, dialah darling driver wajib yang tolong hantar dan amik wifey dia ni.
Sebenarnya sebelum gi spa tu, kakak pi buat appoinment braces kat Klinik Izra dulu. Bila doktor tengok kondisi kulit muka kakak yang terbakar teruk masa tu (Sebab kerap outstation dan buat laser kat New York Skin Solutions kat MidValley), doktor pun suggest akak pi buat rawatan kulit muka sekali. Tak jauh, kat bawah klinik gigi tu saja. Rupa-rupanya owner spa tu orang yang sama. Memang baguslah doktor buka pusat spa dekat dengan kliniknya. Client yang repair gigi, boleh repair kulit muka sekali. Mudah, dekat nak set 2 appointment serentak.
Syok buat rawatan muka. Hilang stres bila orang dok ngulit muka. Yang penting, tak kalut sangat dah nak buat rawatan rapi sendiri, macam sekarang ni. Memang faillah tengok kulit muka. Sana sini ceria dek jerawat. Rasa macam nak pi spa waktu ni jugak.
Sebenarnya kalau amik rawatan dengan harga pakej, lebih murah. Malah, jimatnya berganda. Macam dulu, kakak buat beberapa siri treatment atas nasihat doktor. Ikut jenis dan kondisi kulit semasa. Tapi client boleh juga nak try lain-lain treatment yang dorang nak.
Dah berbulan tak pi spa. Nampak gaya tahun depan kena cari duit lagi, amik pakej pula. Fighting!
Next time kakak story pasal braces pula.
No comments:
Post a Comment