Nuffnang

Friday, December 15, 2017

movie time | COCO

Sabtu lepas, sempat tengok filem Pixar yang terbaru, COCO. Sebelumnya memang tak tengok langsung trailer movie ni. jadi, tak boleh nak agak apa isi cerita filem ni. Plan tengok movie ni sebab Mia dan Esya. Sejak ada anak, memang tiada lagi filem-filem berunsurkan ganas, romantika etc. Semuanya animasi atau fantasi. Nasip baik mommy & ayah jenis suka genre macam ni.

Review ni ada sedikit spoilerlah ye. Kot tak bukan cerita namanya. Memang dari cerita ni bermula sampai nak habis, kita dok pikir awat movie ni nama Coco? Apa kaitan? Nampak sangat tak alert. Rupanya karektor nenek nyanyuk tu yang bernama Coco. Dan tanpa dia tak membinalah karektor si ayah. 

Masa movie ni paparkan watak Hector (kita akan rasa kesian kat dia sebab tak dapat balik ke dunia masa hari memperingati si mati) dah dapat rasa ada hubungan famili dengan Miguel. Watak dia makin berkembang waktu nak tolong Miguel carikan datuknya. Sesuatu sangat bila si Hector ni hebat menyanyi. So dah dapat agak jalan cerita. Cliche storyline Pixar. Akhirnya happy ending. 

Tapi bukan storyline dia yang buat kita terus terpukau depan skrin. Grafik dan sinemagrafi movie ni memang superb! Kalah Monster Inc. Kalau kita tengok versi 3D mungkin lebih puas hati. Sebab depth dan texture setiap inci grafik tu sangat detail. Imagine berapa lama dorang renderkan setiap satu pixel tu kan. 

Kesimpulannya, movie ni memang best. Tak rugi bawa walaupun jalan cerita boleh agak. Damia sampai menangis dalam panggung. Emosi dalam filem ni memang kuat sangat. Budak yang duduk seat belah kanan pun menangis. Tapi tidak dak Esya. Takde perasaan je. Siap cakap kat Mia "Eh, kau ni. Itu pun nak nangis..." Jenis jiwa kental budak (ciri anak ketiga macam auntie!) ni haha...

Sempat paw mommy beli bekas air Star Wars. Kalau korang jenis tak suka benda renyah. Jangan beli! Menyusahkan, sat-sat nak layan dorang sat nak minum sat nak letak balik. Sudahnya seat kita penuh dengan 2 bekas air bebudak ni. Dorang pegang buat tumpah je, huhu... 
Selamat menonton bagi yang berhajat. 
Rate: 4 bintang!

No comments: