Nuffnang

Followers

Monday, November 9, 2009

menarik follower melalui contest@giveaway

Salam kawan-kawanku yang dikasihi...

Baru2 ini aku suka masuk blog en.Nescafe (sambil2 promote blog beliau) sebab beliau makin rajin memaparkan isu2 menarik dalam blognya. Banyak jugak tutorial dalam blog beliau telah aku praktikkan dengan jayanya dalam blog lama dan baruku ini.

Entry en.Nescafe yang baru yakni...

Tips untuk menarik dan menolak visitor !!! Part 1

Tips untuk menarik dan menolak visitor !!! Part 2

Tips untuk menarik dan menolak visitor !!! Last part of the trilogy

sangat berguna untuk blogger2 yang ingin menarik follower seramai mungkin. Kebanyakkan pendapat en.Nescafe telah aku praktikkan lebih awal kerana aku sendiri sukakan keluasan dan kebebasan mata dalam blog. Pernah suatu ketika aku menyimpan segala khazanah gadget dalam blog untuk tujuan kecantikan semata-mata.

Apabila server selalu lambat dan nak loading pages pun makan masa aku secara paksarela membuang saja item2 kesayangan. Tinggallah blog yang kekal putih. Seperti blog lama, blog baruku ini pun nampaknya mengalami keadaan serupa. Sebab aku pentingkan kemudahan pembaca dan diri sendiri dalam menjelajah segenap blogku.

Seperkara yang aku sangat2 setuju dengan pendapat en.Nescafe. Ringkaskan blog supaya tidak terlalu berhias2, utamakan gadget2 yang memberi tarikan kepada pembaca seperti menghargai kehadiran mereka. Sediakan gadget top komentor, recent komen dan recent entry.

.............................................................

Satu lagi cara yang sangat berjaya dan telah dengan jayanya aku praktikkan ialah menganjurkan sesuatu peraduan atau contest atau giveaway. Pastikan peraduan anjuran kita itu mudah diikuti. Tidak memerlukan syarat2 yang remeh temeh mahupun susah untuk diikuti. Memanglah peraduan kita, blog kita, sukati kitalah nak buatkan syarat merepek yang bukan2. Tapi jangan salahkan peserta yang kurang kerana cara anda mempromosikan peraduan tidak kena gaya atau terlalu membebankan.

Ciptalah peraduan yang mesra kawan. Buat syarat2 mudah yang lazim digunakan oleh kebanyakkan penganjur seperti mewajibkan peserta jadi follower dan meletakkan alamat blog anda ke bloglist mereka. Kesempatan itu anda secara automatik dapat menambah kenalan dan meningkatkan teman dalam follower list! Sediakan hadiah2 menarik minat peserta menyertai peraduan anda.

Semakin menarik peraduan anda ciptakan, semakin ramai peserta yang ingin menyertainya, insya'allah.

Lebih baik panjangkan tempoh peraduan. Sebagai contoh sebulan atau setengah bulan. Semakin lama anda menganjurkan peraduan tersebut, lebih ramai dapat menyertainya. Mungkin bagi sesetengah blogger yang lambat tahu tentang peraduan tersebut atau masih tercari2 bahan untuk melengkapkan syarat peraduan yang ditetapkan oleh anda. Seperti terpaksa mencari gambar padanan dengan kehendak penganjur.

Sebaiknya percepatkan tempoh mengumumkan nama pemenang serta kiriman hadiahnya. Ini sebagai tanda terima kasih kepada kesudian semua peserta menyertai peraduan anjuran anda.

Selamat mencuba!

No comments: