Menjelang hujung minggu aku dah makin gelisah memandangkan kerja opisku yang dibawa balik beraya tak siap-siap. Semuanya gara-gara komputer abah yang dilanda wabak virus penyibuk! Tensen sungguh. Bila nak save artwork terhegeh-hegeh nak mengerjakannya. Ngek ngekkk... akhirnya tup! padam gitu je adobe photoshop tak sempat save. Mana la aku tak hangin.
Kendian bila dah mula nak pegang keyboard mula la mek damia datang terkedek-kedek dekat2 aku. Hati tak tenteram bila tengok dia mula kutip-kutip rete bersepah hasil tinggalan abang-abang sepupu dan sepupu perempuannya. Tak terkecuali hasil sepahan damia sendiri. Dah makanan bertabur dikutip bukan takat dibelek-belek. Dimasuknya ke mulut! Satu haru buat aku nak terjerit-jerit tensen dengan gangguan camni.
Damia pun kalau mengusik aku bukan sikit-sikit. Dia panjat meja jepun hasil tangan abah. Menari-nari atas meja. Perangai ni pun diikutnya dari para jemaah sepupunya. Mana aku tak hangin. Naik meja pandai, nak turun terhulur kepala dulu. Kalau dentum ke lantai amuklah en.hb kat aku. Konon tak jaga anak betul-betul. Huhu... sungguh menambahkan sesak di hati.
Malam ini selepas berleter sebakul dua bila tengok hidangan lepas jamuan hari jadi sepupu damia, afiq tak dikemaskan barulah aku dapat mulakan kerja. Itu pun perlu berkemas jugak sebelum mulakan kerja. Bayangkan perasaan mulakan kerja dalam hati yang menggerutu marah, idea yang datang mencurah-curah pun boleh muntah balik.
Lepas berdentam dentum teruskan membebel barulah aku ada mood nak design. Slow-slow dapatkan 3 idea. Tu pun aku sungguh tak puas hati. Sebab simple sangat (kena ikut kehendak orang katakan...). Takpelah, orang yang nak gitu kalau melebih-lebihkan sangat aku jugak kena re-design berulang kali. Tak hingin aku buat kerja dua tiga kali camtu.
Nasip baik malam ni komputer tak buat hal macam semalam. Walaupun waktu nak save masih gak agak lembab, tapi bolehlah dari terus terpadam bikin hati aku lebam sekali. Dalam dok relax-relax tup2 kuar idea nak create satu dolly. Seronok la pulak design dolly ni. Aku malas nak upload harini sebab dolly tu aku buat dalam format ai. Adobe illustrator. Nantilah kalau aku punya lebih masa aku upload dolly tersebut.
Dah pagi ni. Aku dah terlebih kantuk. Esok nak gerak balik ke Kuala Lumpur. Camna pun kena setelkan masalah lesen aku dulu kat sini. huhu....

No comments:
Post a Comment