Nuffnang

Followers

Monday, November 9, 2009

segala yang kubengang

Jenayah warga asing

DIdera, dirogol, diliwat

KAJANG: Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki Afrika didakwa sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.


Baca paper metro harini lahirkan rasa sedih, kecewa dan marah meluap2 dalam hati aku. Bayangkan kanak2 umur 3tahun diperlakukan begini. Sedihnya. Lebih kecewa dengan sikap si ibu yang BODOH TONGGONG bela kekasih hati sampai sanggup menipu pihak berkuasa demi melindungi kekasih gelapnya yang memang gelap luar dan dalam hati!!!

Kesian pada si kecil yang tak tahu apa2. Baca je info dari dalam paper dan lihat gambarnya aku seakan terasa seksa si kecil. Apa lah dosa si kecil diperlakukan demikian. Lebih malang beribukan ibu yang berhati bangkai. Ptui! Kalau jalan kat depan aku memang soheh aku simbah dengan ludah! setonggong2 ibu, engkaulah yang wujud di dunia! Benci aku!

Kadang2 aku tak faham, kenapa bila rakyat Malaysia wat kesalahan di negara orang, kita dikecam dan dihukum sesungguhnya. Sebaliknya bila rakyat asing wat perangai tak senonoh, lakukan jenayah sewenang2, berjoli sakan di dalam negara kita sendiri, takde pihak yang bersungguh2 nak lakukan bantahan. Malah sehabis daya nak tutup mulut dari laporkan kesalahan dorang.

Aku tak suka terlalu ramai rakyat asing bekerja di negara kita. Ekonomi kita jadi tak stabil bila dorang ni bersuka ria keluarkan ringgit malaysia. Tak pasal2 nilai wang kita susut. Lebih benci bila berlakunya jenayah, kebanyakkannya dari warga2 asing ni.

Sekarang dah jadi perkara camni barulah kita bukak mata sikit. Tapi aku rasa kejap je kesedaran ni timbul, pastu teruskan juga. Tengoklah sekeliling kita, mana2 pergi ada je dorang ni.

Jelak aku!

Photobucket

Monday, October 12, 2009

casher ROMANTIKA HOME DECO paling kurang ajar!!!

Sebelum aku teruskan menulis, HARUS aku ingatkan kat sini. N3 aku kali ni sungguh panas. Mungkin mengandungi ayat2 yang kasar dan tidak sepatutnya kerana aku sungguh MARRRRAAHHHH!

Huh... tarik napas... tarik napas... lepaskan tensen dulu baru hati aku lega. Tapi terasa lagi sesak nak jerit kat sorang pompuan nih.

Kalau korang tengok tajuk, sure faham aku tuju kat sapa. Baiklah. biar aku cerita detail penampilan perempuan ni. Dengan harapan kalau korang sempat singgah ke kedai ROMANTIKA HOME DECO di Selayang Mall korang kenallah siapa mangkuk hayun yang aku maksudkan ini. Itu pun kalau dia masih bekerja kat situ. Aku harap dia kena PECAT!! Lantak g la ko kebulur tak makan bulan ni dan bulan depan. Sikap macam jerangkung masuk jamban memang patut kena pecat!!! huh, termarah lagi aku.

Berbalik semula pada penampilan ini perempuan. Bangsa cina. Rambut pendek. Tinggi dan cakap pelat serta kasar. Jenis bercakap meleweh tapi kasar2 belaka ayat beliau. Masuk harini dah 3kali aku terberurusan dengan dia sebab aku memang suka shopping kat ROMANTIKA HOME DECO ni.

Memula aku taw kedai ni wujud pada tahun lepas di tingkat bawah. Casher nyer sorang asso (makcik cina) yang baik. Walaupun kurang bercakap tapi prihatin. Waktu tu aku belikan hadiah untuk sorang kawan, dia siap offer nak balutkan biarpun ketika tu ramai pelanggan. Pastilah bukan dia yang balut, dia suruh pembantunya yang sama2 sibuk. Tapi oraitlah kan. Dia tak berkira. kalau sesetengah tokey tak layan dekkk... siap suh balut sendiri. Tu kategori PR hancur la. Tapi casher asso ni baik. layan baik. bahasa pun baik. Aku ingat la sampai bila2 sebab dia baik.

Agak lama pastu kedai kat bawah tu tutup. Aku tak tau la pulak kedai ni dah naik kat tingkat 2 Selayang Mall. Agak lama jugak aku baru tahu... rupanya dah naik ke atas kedainya. Kali ni kedai ROMANTIKA HOME DECO lebih besar dan lebih banyak item yang menggilakan aku. Tiap kali masuk tak dapat beli dapat cuci mata + berangan nak hias kat rumah pun jadilah. Memang aku suka english style ni. Punya la berangan nak laramkan my rumah dengan segala macam hiasan comey2 camtu. Tak cukup untuk mata sendiri. Aku promote lak kat kawan2 sdan adik badik aku suh membeli belah kat kedai ROMANTIKA HOME DECO di Selayang Mall tu. Setahu aku banyak lagi cawangan lain. Kat Wangsa Maju pun ada.

Tapi... insiden kali ni merupakan pengalaman terburuk aku sepanjang aku menjadi pelanggan tetap kat ROMANTIKA HOME DECO Selayang Mall ni. Mulanya aku tak kisah sangat. Sebab sebelum ni pun aku ada terasa jugak dengan perangai staf2nya.

Kejadian pertama... aku lupa bila. Ketika tu aku dalam proses survey, istilah sebenar cuci mata. Tengah2 layan mata, tiba2 ada lak staf ngikuttt je bontot aku macam aku ni nak mencuri rete kedainya pulak. Dalam masa yang sama ada dalam 3, 4 geng pelanggan lain yang sama macam aku, survey2 barang. Takde lak yang ngikutnya. Aku pun kata la "tak pe la dek, nak tengok2 dulu" bahasa kiasannya... "jangan le ikut aku!". Tak reti2 bahasa jugak budak pompuan melayu ni, diikutnya jugak aku kulu kilir sampai aku fedap. Niat nak membeli haritu terbantut camtu je. Pergi la aku dari kedai tu dengan bengangnya. Tapi aku tak komplen, sebab aku rasa maybe staf tu dah diingatkan supaya IKUT BONTOT PELANGGAN kalau pelanggan tu jalan sorang2. Sungguh tak adil. Dan terasa dihinakan. huh! tapi aku masih tak kisah... aku masih sabar...

Kejadian kedua... semalam. Selepas balik dari KL, kami ke Selayang Mall. Malamnya en.hb ada apoimen dengan TKSU nak tunjuk design beliau yang terkini. So aku ada beberapa masa je nak jalan2 kat ROMANTIKA HOME DECO. Kali ni tak seperti dulu, staf2nya dah tak ikut dah bontot pelanggan. Mungkin malas, mungkin tak koser. hahhaa... Aku pun dengan amannya mensurvey. Dalam masa yang sama en.hb dah push2 gerak cepat sebab masa bergerak pantas. ewah. Dan lagi aku merayap segenap kedai. Kalau aku kata segenap maknanya seluruh kedai ye kawan2. kedainya sungguh besar. tak ambik kira masa nak membelek2 lagi. Lagi amik masa. Memanglah bersebab en.hb hangin kat aku semalam. kekeke...

Ketika aku nak membayar, casher berambut pendek tu terus nak kira. Aku cakap "nanti dulu ya, nak ke depan kejap". Niatnya nak mintak xtra wang saku kot2 my duit tak cukup huhu... Malangnya tak jumpa en.hb. Myb sedang marahkan aku, huhu...

Ketika sampai di kaunter bayaran tiba2 perempuan cina berambut pendek tu (jelaskan dengan tepat) sebut harga. Mak ai, bio betui, beli barang cinonet dalam berapa kerat je kena bayo camtu. Aku pun kira2 sendiri. Masa ni perempuan tu dah nampak bengang. Pastu aku cakap "tak sampai pun rmtuttutt?" Minah sengal ni dah bengkek kat aku... "U ada ambik ini barang jugakkan??" tanyanya dengan tegas siap bermuka marah. Tangan dok hayun2 satu kotak putih. Sungguh terhina ku rasakan. "Mana ada saya amik barang tu, juz diz one n diz n diz n diz one je" Aku pun menidakkan la, dah bukan barang aku pilih, watpe nak amikkan. Lagipun sapa suh ko kira dulu. aku suruh sabo. kan aku suh tunggu. gatal tangan je terus kira dalam mesin kira. kan dah susahkan ko serta diriku je.

"Saya nampak U amik tadi. U pegang barang ni" Dia nak tolak lagi kemenda alah tu kat aku. "Takde la. barang yang saya amik ini saja..." Takkan aku nak amik tah kemenda tu. Pastu cina tu terus bermuka cemberut. Amik duit (rampas sebenarnya) dan bagi baki kat aku tak pandang aku dah. Siap syiling jatuh dia wat bodo. Dia yang hulur tak betul. Sebabkan aku rasa bersalah dalam masa yang sama tak bersalah sebenarnya. Aku kira kejadian tu sebagai salah faham yang masih boleh dimaafkan.

Kejadian ketiga... kejadian harini sangat2 tidak boleh aku maafkan. Pertama kali aku bertekak dengan pekedai dalam kedai. Lebih teruk dalam kedai fav aku ROMANTIKA HOME DECO di Selayang Mall.

Harini masuk je kedai aku dihujani dengan kata2 kesat dari perempuan cina berambut pendek itu. Maaf... bukan dia maki kat aku, dia maki kat sombadi yang kaco gugat life dia. Camtu la lebey kurang fahaman aku sebab dia maki tu satu kedai leh dengar gema suara dia yang kasar lagi pelat itu. Aku dan ramai lagi pelanggan harini wat bodo je. Sebabkan tak terlibat malas nak amik tahu.

Seperti biasa aku amik masa lama survey2 barang. Lebih pada berangan. Bila dah masuk ruang belakang staf lelakinya dah tutup satu persatu lampu. Alamakkk... kedai nak tutup da... Aku pun mempercepatkan langkah kaut je barang2 keperluan aku. Kahkah... barang keperluan idaman maksudku.

Selesai je amik barang, aku pun ke kaunter. Nak2 time tu staf lelaki tadi makin tutup banyak lampu. Sah2 nak halau kitorg keluar. Cara halus. Sampai kat kaunter, aku letak je la barang2 kat atas kaunter. Sebabnya ada dalam satu geng makcik2 dalam 2 ke 3 orang pangkat makcik2 dengan anak2 mereka dok beratur nak membayar. Aku pun sempat singgah kat bahagian sebelah kaunter yang jual apron dan kotak tisu. Time dok belek2 tu la insiden ni bermula.

Casher berambut pendek tu tak semena2 panggil aku dengan bahasa yang kurang ajar. Dah la suaranya kuat pastu paksa2 pulak macam gaya nak halau le pulak. "Cepat cepat cepat! Suda nak tutup. Sini! sini! sini! bayar cepat!" Aku yang tengah membelek tu tercengang2. Kalau ye pun nak panggil guna bahasa cantik la wey. Time tu makcik2 tu pun masih di kaunter. Dok pandang2 aku macam aku wat salah. Terhina kurasakan. Malu setebal buku teks tingkatan 5. Malu dek...

Mana la aku tahu makcik2 tu dah setel bayar ke belum. kalau pun dah setel. Ko tak reti nak sabar aku memilih barang dulu? Biar la aku datang sendiri ke kaunter. Dasar perempuan tak reti nak bersabar. macam semalam. Belum pun aku sampai kat kaunter dia dah gatal tangan kira barang aku dulu. Bila dah wat silap marah kat aku. kenangkan kes semalam, marah aku jadi membuak2 harini. Aku pun sound selamba je kat dia.

"Ye pun U tak boleh sabar ke. Cakaplah baik2" nada aku masa tu biasa je. tak sangka pulak dia boleh hangin dan balas semula. "Orang dah nak tutup la... buat apa tunggu lagi! mahu tutup kedai la...!" Time ni asap kat kepala aku dah mula berkepul2 naik. Tak boleh nak sabar dah aku pun pong pang pong pang bertekak dengan diz minah kuang ajo. Dah la pemalas nak mampos. Kat satu mug pilihan aku takde label harga. Dia boleh kata camni kat aku. "Saya ni casher je tak tahu harga. Orang lain yang label. Kalau nak diz gelas datang balik la esok!"

Woi... kalau aku beli barang kat mydin ke kat giant ke carefour ke takde dapat layanan buruk camni. Supermarket yang lebih besar dengan pelanggan huru hara ramai masih boleh layan baik. kalau takde label sanggup dorang tolong carikan harga. kalau barang rosak sanggup dorang tolong cari ganti baru. tapi korang staf reramai masa tu dok melangut nak tutup kedai. Amik masa tak sampai seminit lari sat ke belakang rak mug sebab bukan jauh pun raknya. Adakah patut korang suh aku datang balik esok. BODO tak cidik! korang tak sedar ke mug dengan rege RM9 camtu pun sumber rezky utk tokey korang? Dasar staf pemalas! Dasar casher kuang ajo! Aku terus berangin. Kalau korang boleh nampak asap2 merah ungu berkepul2 atas kepala aku dapatlah korang rasai kemarahan dan kekecewaan aku ketika itu.

"U tak boleh cakap baik2 ke? Macam ni ke U punya PR? I boleh lapor kat pihak atasan U tau!" aku tak ingat ayat2 sebelumnya tapi ayat ni la buat diz minah tambah wat aku marah... "Nak lapor, laporlah! saya tak takuttt... saya juz part time je kat sini. laporlah!" Leh lak dia cabar aku. Pastu aku pun bebel2 la pasal PR. Sukati dia je ejek2 aku balik... "PR2... ingat takut ka... blabla..."

Hati aku panas je bila casher tu selamba je ejek2 aku balik. Kat sebelah dia staf perempuan melayu dok senyum2. Samada senyum sebab aku sound diz minah atau senyum serba salah atau senyum sebab aku kena ejek dengan diz minah. mana2 pun aku tak peduli. yang aku peduli diz minah memang kena ajar.

Nak jadi kes aku lak salah jalan keluar. Terpaksa patah balik lalu sebelah kaunter tadi. "PR tu budi bahasalah! Itu pun tak tahu!" Sempat aku jerit dulu b4 keluar. Sebenarnya aku nak cakap lain, tapi len lak bunyi ayat aku. Tapi PR ni pun sama la dengan kena berbudi bahasa kan. Kiranya kiasan aku tu menjadi la jugak.

Aku yang masa ni terpisah dengan en.hb dan damia. Sebab en.hb nak kasi can aku soping sepuas2nya ganti semalam dia marah kat aku. Aku nak kol en.hb tapi tiba2 ternampak bunting ROMANTIKA HOME DECO. Nak lagi best ada no tepun henset. Aku rasa tokeynya. Dail2 dapat. Pastu aku pun pong pang pong pang bising2. Dat tokey pulak yang mintak maaf kat aku sebab kelakuan staf dia. Pastu aku suh tokeynya amik tindakan. Tokey ni pun kenal casher ni. Kalau kenal baguslah. Lebih baik tokey ni amik tindakan. Pecat je terus. Kurang ajar. Kurang asam. Kalau terus gajikan dia wat rugi tokey dia je. Sepuluh pelanggan dapat layanan cam aku, tak mustahil kedai ROMANTIKA HOME DECO kat selayang mall LINGKUP!

Jangan disebabkan sekor staf kurang ajo camni korang rugi berpuluh customer. Aku ni kalau tengok wujud lagi casher giler nak mampuih ni memang aku nak bising2 lagi kat tokey ROMANTIKA HOME DECO. Biar dorang fedap dengar suara aku. Lantaklah. Siapa suh gajikan staf gila camtu kan.

Kalau korang yang tinggal dekat2 selayang, sempat singgah kat selayang mall, pergi la kedai ROMANTIKA HOME DECO di tingkat 2. Nampak je casher berambut pendek kat kaunter jangan segan2 bagitau aku. bertemu lagi dengan aku nahas la perempuan tu aku nak bancuh dengan dye2 sekali. geram tak hengat diriku.

Aku tak suka... tak suka!! kenapa aku selalu jadi mangsa kekurangan ajaran para casher??? dulu dengan casher KFC KLCC giler, sekarang dengan casher ROMANTIKA HOME DECO giler. Melayu cina sama je. Bila budi bahasa takde camni lah masalahnya. Korang tokey pls la amik tindakan kalau staf korang buruk kelaku macam hantu. Wat rugi duit ringgit je gajikan staf bodo camni.

Malangnya casher yang ini bertemu seorang aku yang pernah lalui pengalaman serupa sebelum bertemu dia. Sebabkan dah ada pengalaman. Dengan sukacitanya aku tanpa segan silu membahasakan semula casher tak bertamadun ni. Kesiannya pada diriku, tak reti malu la pulak diz casher. Takde mintak maaf atas ketelanjuran bahasanya dia nak main bahas lak dengan aku. bahas2 la... tengok pe aku dah wat kat ko. tak pasal2 aku lapor kes ko kat tokey. Terserah kat tokey dorang amik tindakan. kalau aku jadi tokey aku hukum henti kerja je. takde dah ampon2.

Sebabkan sekor staf huru hara hidup tokey sehari kena sound dengan customer. Tak cukup dengan tu... boleh bawak masalah pelanggan tetap sepertiku lari. merajuk hati. Bencilah!

Photobucket

Friday, August 28, 2009

mesin basuh lamaku

Lazimnya pada bulan puasa aku rajin paparkan n3 pasal program masak2 dari dapurku. hhahahaa.. Aku pun tak pasti kenapa hanya pada bulan ramadhan je hati aku terbuka n terajin nak memasak. Kalau bulan2 biasa jarang-jarang dapurku nak berasap kecuali untuk panas air dan masak2 makanan untuk aliya. hehe...

Kisah kali ni bukanlah pasal masak2 tapi insiden meluatkan yang berlaku dalam bulan puasa. hajat nak bersikap sabar dan bertimbang rasa lebih dari bulan2 selainnya dah lebur camtu je kenangkan rasa bengkek hati ni. Isnin lepas pergi apoimen aliya dengan pakar Dermatology kat Hospital Selayang, kami pergi beli mesin basuh. Mesin basuh sebelum ni rosak kat bahagian mencuci. Bahagian spin okey lagi. Kalau aku rajin basuh tangan, berguna jugaklah mesin basuh tu. Tapi selalunya kami hantar ke dobi je. (Malas punya perempuan hahha..). Bila dah dapat mesin basuh baru, kali ni aku amik yang automatik punya, sonang koje mokcik, kejakunan aku pun terserlah la... mesin lama kitorg taruk kat luar rumah dengan berhadapan risiko bakal kena curi.

Dan tepat telahan kami hari rabu lepas lesap dalam sekelip mata je! Insiden ni betul2 mengejutkan. Waktu kejadian aku n aliya masih ada dalam rumah. Tiba2 en.hb balik rumah n cakap nak ikut hantar abang aku ke Bangi sebab dia nak hantar keretanya masuk kontena. Abang aku dah bertolak ke sabah harini sebab dia dah ditukarkan ke tempat kerja baru di Kota Kinabalu. Perkara yang mengejutkan aku, en.hb kata jiran kami (mr.India) yang curi kereta kami ni bersengkongkol dengan para anak2 dan kawan anak2 beliau!

Rasa marah aku ni meluap2. Aku tahu diorang ni kerja sambilannya kutip besi2 buruk dan jual kat tokey besi. tapi kalau dah harta kami dia sekali hangkut dah sungguh2 melampau! Ye pun nak amik tak boleh mintak izin dari aku dulu ke? aku dok melangut dalam rumah bukan ke mana-mana pun. Tergamak diorg mengerjakan mesin basuh buruk aku tu camtu. Tersangat2lah marahnya aku. Kemuncak kisahnya, abang aku sound kat bini mr.India ni. Perlu aku bagi flash back kat sini. Si isteri ni seorang yang sangat2 cerewet dan lokek. Kalau dia nak marah kat orang dia main sound je dengan lantang. Dia treat orang cam takde perasaan dengan kata2 makinya. Belum campur perangai si anak perempuan dan si anak lelaki yang kurang ajar. Maka aku tak hairanlah kalau boleh dikatakan purata dalam sebulan pasti dua kali keluarga ni cetuskan huru-hara dalam kejiranan kami sebab kerap bergaduh!

Kali ni silap besarlah cari gaduh dengan kami pulak. Dah la aku ni asik puas bersabar dengan karenah kurang ajar si anak lelaki yang suka cari pasal. Suka buang sampah kat kawasan rumah kami dan suka wat aksi2 kurang ajar kat kami. Aku pun tak faham apa yang diantikan sangat makhluk ni dekat kami. nak kata kami bersikap kurang ajar dengan dorang takde pulak. malah kalau musim buah-buahan kami beri jugak sedikit sebanyak kat diorg. Mereka ni tergolong dalam golongan yang susah. Tapi bila wat masalah bagi tambah masalah pulak kat orang lain pulak. Sebagai contoh kalau bergaduh, memekik terlolong tengah malam n pagi2 buta tak kira waktu. huhu...

Lepas abang aku sound, makan berhari jugaklah baru mr.india ni nak pulangkan balik mesin basuh kami tu. Yakni hari ini. Tu pun lepas kami bagitau nak repot polis. Lantaklah apa nak jadi. Pe hal pulak harta benda orang korang pergi jual kat besi buruk! Ada mintak izin? takde! Ada mintak maaf? takde! Bersikap kurang ajar tu ada la jugak! Sep baik mr.india ni tak bersikap buruk macam isteri dan anak2nya. Tapi sikap mencuri semberono tu yang aku meluatkan sangat2 tu.

Sukati aku la nak letak mesin basuh tu sampai reput pun depan rumah aku. harta aku! Kalau diorg mintak izin nak amik n jual mesin basuh tu aku mungkin lebih berlembut hati dan dengan sukacitanya bagi je tak perlu bagi pape kat aku. tapi bila insiden camni yang terjadi aku tak teragak2 nak bersikap tegas camni. Sabar2 ada hadnya....

Khabar buruk kedua... 4pin elektrik kat rumah kami terbakar. Semuanya melibatkan area2 dapur. Bertambah2 bengang hatiku........

Photobucket

Wednesday, July 29, 2009

Pekerja KFC KLCC paling kurang ajar!!!! part2

Perkembangan terkini kes bengang ni.

Smlm atas nasihat kawan aku wat laporan by email kat hq kfc.

Bagusnya tgahari tadi manager kfc terus kol aku n tnya detail pasal kejadian.

Aku dengan penuh kusyuknya citer hal detail. Janji manager ni, beliau akan amik action. bagusnya kat restoren kfc ni ada cctv. Sebabnya aku tak tau nama perempuan kurang ajar tu. Aku ckp aku xdpt tgk nametag pompuan tu sbb dia sorok2kkn namanya dari dilihat. Jadi manager ni intak detail pakaian aku pada hari tu. Boleh la dia cam aku dengan baju dan waktu yang aku sertakan. harap2 betul la waktu yang aku bagi tu sebab aku ingat2 lupa. Yang pasti waktu petang sekitar pukul5-7petang.

Manager ni janji akan amik tindakan kat staf2 yang bersikap camni. Katanya dia sendiri ketika baca email dari aku tu berasa marah dan bengang dengan sikap stafnya. Kemungkinan besar perempuan tu akan diletakkan di bahagian belakang restoren. Tidak lagi melayan pelanggan. Pada aku boleh tahan aja la tindakan tu. Sebaiknya dipecatkan terus. Buat sakit hati menghadap perangai staf kurang ajar ni.

Sikap staf begini menjatuhkan reputasi restoren KFC tu sendiri. Harapan aku takde lagi la aku berjumpa dengan pekerja kfc buruk laku cenggini. Dah jadi sekali memang serik dah aku. Jadi kali kedua, nahas la staf tu aku kerjakan.

Apa pun aku rasa kagum dengan pengurusan kfc. Amik terus tindakan dengan hubungi aku segera. Sangka aku laporan aku tu takkan dilayan. Sekurang2nya reda sikit rasa marah aku ni.
Photobucket

Monday, July 27, 2009

Pekerja KFC KLCC paling kurang ajar!!!!

Banyak sangat story aku nak share. Pahit manis sumer ada. Tapi satu kisah bengang ni wajib aku dahulukan. Kisah ni kalau aku ingat2 rasa sesak nafas sebab aku terlampau marah sangat2. Bila tak diluahkan seolah2 lemak tepu bersarang kat kepala tunggu masa nak terjeluak! gitulah marahnya aku rasakan.

Kisah ni terjadi pada hari jumaat lalu. Hari tu kami sekeluarga bangun seawal 3pagi untuk hantar mak mertuaku ke KLIA. Selepas tu kami ke Putrajaya sebab en.hb nak setelkan urusan kerjanya dahulu. Kata saje en.hb ni bercuti, tapi masih juga kena uruskan hal2 kerja. Kemudian kami ke Times Square. Waktu tu dah pukul 11pagi. Kenangkan hari itu hari jumaat kami tukar haluan ke KLCC sebab senang en.hb nak tunaikan solat jumaat di masjid berdekatan.

Semuanya berjalan lancar sehinggalah waktu menonton wayang. Memang seronok layan cerita Harry Potter 6 ni. Memang puas hati. Bagi kipas susah mati (die hard fan) HP sepertiku memang dah lama aku teruja nak menonton movie ni. Mula2 Aliya membebel2 jugak masa mula2 movie ditayangkan. Siap melantak pop corn sepuas hati. Pastu layan tido sampai movie habis. Kelakar juga bawa baby tengok wayang. Nasip baik dia tak buat perangai langsung. Dapatlah aku menonton movie dari mula sampai akhir dengan penuh amannya...

Selesai menonton kami ke Kinokuniya lak. Tercari2 buku besh nak beli. Tapi satu pun tak berkenan di hati. Sudahnya kitorg cari makan lak nak bungkus makan kat rumah. Kat sini la bermulanya detik2 bengang tu.

Ketika nak berbaris aku dah rasa tension sebab panjangnya line. En.hb n aliya berbaris kat line lain. Sengaja aku wat camtu sebab kalau kitorg beratur di line berbeza, kalau line aku sampai dulu bolehlah kami order cepat. Konsep ni selalu aku gunakan dari dolu2 lagi. Tapi kat dunia ni ada jugak jenis manusia yang xboleh terima teknik berbaris camni.

Kat belakang en.hb dua orang perempuan india berbaris. En.hb panggil la aku sebab line dia dah clear. Bila nak amik oder, salah sorang perempuan india kat belakang aku ni boleh lak bengang2. Siap dia tolak2 kaki aku dengan beg dia yang aku rasa ada 3, 4 buah buku dalamnya. Rasa sakitlah jugak. Bila aku tolehkan kepala ke belakang dia pandang ke lain. Cam baling batu sorok tanganlah pula. Disebabkan aku malas nak ambik kisah aku tak layan pun emosi perempuan tu.

Dialog aku dengan pekerja KFC (PKFC)

PKFC: Nak take away atau makan sini?
AKU: Takeaway ye. blablabla... (aku amik oder)

Selesai amik oder PKFC tu pun terus sediakan makanan kami. En.hb pulak nak menambah nasi ayam untuk aliya. Tapi apa yang diberikan PKFC tu hidangan KFC untuk dimakan segera. Bukan yang ditapau!

AKU: Xcuse, kitorang mintak takeaway. Bungkus balik ye... tambah nasi ayam ala carte satu.
PKFC: Harganya RMblabla...

Memang takde nada nak marah langsung dalam suara aku masa mintak perempuan tu bungkus makanan kami. sebab aku xkisah. Myb perempuan ni tak dengar kata2 aku tadi. Ketika aku diminta bayar dulu, aku agak terkejut sebab setaw aku sebelum bayar dia patut sediakan makanan kami dulu, tapi aku bayarlah juga. Selesai bayar sekali lagi aku terkejut bila PKFC ni hempas mesin duitnya. Gannggg!! Kasar sungguh gayanya. Masa ni aku dah rasa kesal n tak sedap hati dah, tapi aku abaikan je. Sebab beranggapan perempuan ni penat layan ramai pelanggan. Tapi perangai perempuan ni yang seterusnya betul2 mengejutkan aku!!!!

PKFC: Hie..... SIALLL!!! Dah amik oder nak tukar2 pulak... blablaba...

Waktu tu masa ibarat terhenti. Segala hiruk pikuk yang berserabut dalam restoren KFC ketika itu seolah2 jadi hening seketika. Aku tak pasti berapa saat aku terpana camtu. Hakikatnya aku terlalu terkedu sampai tak dapat tangkap kata2 perempuan tu tadi. Jeritannya terlalu kuat sampai boleh mengatasi suara2 pelanggan lain yang amik oder.

Bila aku dah tersedar dari rasa terkejut tu serta merta aku tanya kat en.hb.

AKU: abang... Tadi dia kata sial kan?
EN.HB: Iya lah tu. Memang dia kata camtu.
AKU: Eh, dia ni pekak ke? mummy kata nak takeaway yang dia buat hidang buat apa. Bukan salah kita pun. Dia yang salah dia maki kita pulak.

Ketika ni aku sibuk membebel2. Perempuan india yang tadinya sibuk menyakitkan hati aku, tolak2 beg kat kaki aku n membebel2 "hurry up..hurry up..!!" sekarang dah ikut diam bila tengok aku dah naik angin.

PKFC tadi aku tengok dengan muka moncong cam cencorot yang boleh diikat 18 getah kat mulut menghempas2 makanan yang kami oder ke dalam kotak. Memang jelas tak ikhlas langsung buat kerja. Bayangkan perasaan aku ketika menunggu makanan kami siap ditapau. Aku rasakan bagai berjam2 menanti disebabkan perasaan bengang meluap2 ni. Aku tergerak hati nak panggil manager KCF ketika tu, nak lapor je perangai xsopan langsung perempuan tu. Seolah2 dia meludah ke makanan kami.

Pernah tak korang dilayan camtu? Depan makanan korang, dihambur perkataan SIAL. Wajar ke sikap perempuan KFC tu? Wajar ke? Setahu aku apa jenis kerja pun ada etikanya. Kalau pun ko penat, ko masih baru bekerja, ko gila sekejap, ko berangin tahap taufan... faham2lah etika kerja ko. Dah memang kerja ko melayan pelanggan. Belajar2lah bersopan santun. kalau tak larat bersopan pun sekurang2nya janganlah sesekali luahkan rasa tak puas hati tahap memaki camtu!

Ketika PKFC tu hantar makanan kami ke kaunter. Aku pandang terus ke mata PKFC tu dengan tajam. Mataku yang sepet ni rasanya menikam dalam ke lubuk jantungnya sampaikan dia tertunduk tak berani bertentang mata dengan aku. Bila tengok aku masih berlengah2 nak amik plastik bungkusan, dia pandanglah jugak muka aku.

On da spot aku cakap dengan nada yang perlahan tapi jelas. Biarlah ayat ini kekal dalam ingatannya hingga akhir hayat. Sambil menggeleng2 kepala inilah ayat keramat aku untuk perempuan kurang ajar itu..

AKU: Biadap!

Bila dah berpaling pergi aku rasa satu penyesalan besar aku tak ambil gambar perempuan ni gunakan henset. Kalau tidak disamping menulis ni bolehlah aku upload pic PKFC paling KURANG AJAR dalam Malaysia yang aku pernah jumpa.

Pada PKFC ini... awasss!! Jangan sampai aku berjumpa lagi dengan kamu di lain waktu. Kalau aku jumpa lagi dengan ko. Aku memang takkan sekali2 lepaskan peluang kedua amik gambar ko. Pastu aku nak tayang dalam blog ni biar satu dunia tengok PKFC yang berani dan kurang ajar luahkan perkataan "SIAL" kepada aku.

Untuk kesekian kalinya aku berasa sungguh2 kesal oder makanan kat KFC KLCC. Kalaulah aku tahu akan berhadapan dengan situasi begitu biar kebulur pun tak kan sudi aku ke sana. Tapi apa kan daya. nasip aku hadapi situasi begitu.

Harapan aku mana2 pekerja di restoren KFC yang terbaca kisah bengangku kali ini sampaikanlah pada seluruh kakitangan korang. Jangan ada lagi staff gila yang bersikap buruk camni. Khasnya dari KFC KLCC!




Photobucket

No comments: