Monday, October 5, 2009
gambar raya aidilfitri 2009
Kali ni nak ceritakan tentang hari raya di kampungku Gerik, perak. Cerita secara rawak saja sebab aku nak upload banyak lagi gambar2 lain. Kesimpulan yang dapat aku buat di sini, aku rasa sedikit terkilan sebab gambar2 raya tahun ni tak banyak.
ODW balik kampungku di Gerik, Perak. Kami bertolak waktu malam sekitar jam 12malam. Sempat soping kasut raya en.hb kat Selayang Mall dan sedikit barang2 raya. En.hb penat memandu sebab balik dari opis terus kami bersiap balik kampung. Ikutkan banyak lagi barang nak kena packing. Plan raya tahun ni balik dua kampung tu pasal huru hara sedikit persiapan balik kampung kali ini. Aliya agak rimas dalam kereta. Nak dukung ayah pulak. Kalaulah aku cekap memandu okes dek noooonn... Masalahnya nak pegang stereng pun aku gegel. Nama je pemegang lesen kereta berdaftar. Sudahnya mek aliya ni pulak yang sibuk nak driving, ewah! kalah mummynya. kui3....
Sapa lebih besar? aliya atau baby azra? si cute ni baru 2bulan tau tapi berat badan 7kg! Saiz lebih besar dari kakak aliya. Dibuat teddy bear dah dek aliya. Badan bulat dan debab. Peha boleh wat kfc! berketul2, kui3... Tak padan dengan beratnya, sebabkan masih kecik nampak katik je sebab badan oversize. Habis dek azra kena gomol dengan kakak. Berdebar je maklong tengoknya, kui3... Aliya ni jenis suka baby2. Dia tak buli dak kecik. Alhamdulillah senang my sil nak jaga anak keduanya yang ini. Tak seperti abangnya yang lebih manja, azra ni tak susah nak jaga. Asalkan nenen n tidonya cukup dah okes. Buatlah apa pun kat dia, langsung tak kisah. Penyabar baby ni. sweet sangat...
Di pagi raya... Aliya bad mood sebab tak cukup tidur. Seperti raya tahun lalu, di pagi raya la dia nak tidur setidur2nya. Nak amik gambar raya dia pun tak sempat. Sudahnya kami tak sempat nak bergambar satu famili. huhu... Sedih je aku. yang dipaut aliya tu kat badan aku, belum mandi. Jangan sangka tu baju raya aku ar. hohoho... Aku tak dan nak amik gambar raya diri sendiri yang molek. Yang ada pun selebet je. Tak sanggup aku nak upload. Kuciwa hatiku...
My princess... Aliya ketiduran bila tiba waktu nak beraya. Dari pagi bawa ke tengahari dia tidur je dengan nenyaknya. Nak bangun pun aku kena kejutkan. Semua jiran n sedara mara datang nak tengok dia pun tak boleh sebab tidurnya lena betul bawak ke tengahari. Feel anak dara aku la...
Hero my abang... wan muhammad naimi. Inilah abang kepada baby azra tadi. Hero yang nakal dan garang. Jangan sesekali wat abum (gelaran utk naimi) marah. Alamatnya merasa la kena pelempang dan tarik rambut. Tapi abum cuma buli adik2 kecik je yang besar2 dia tak berani nak buat. Makanya 3puteri cucu atok asik kena belasah je dengan abum ni, huhu... terkelan hati para ibu2 kat rumah dengan gelagat si abum.
My abah bersama cucu perempuan ketiga dalam keluarga pak wan. Perkenalkan... Cik wan azra farzana. Baru dua bulan tapi berat dah cecah 7kg! Bulat montel cam baby boy, kuat nenen! kekkeke.... sangat baik, susah nak dengar dia menangis. Paling2 pun dia nangis sebab nak nenen atau nak tido. Mudah sungguh nak jaga. Mata cepet sepertiku. kekekek... ada gak sikit DNA auntienya.
Petang raya. Baju raya kedua aliya untuk hari raya ini. Nasip baiklah sama warna dengan baju raya mummy dan ayah. Waktu ni kami dah selamat sampai ke pekan Gerik. Kami beraya di rumah atok wan di felda bersia, rumah tok nenek abang iparku di kampung alai, serta beraya di rumah mak mertua abangku di kampung setar kecik. Penat beraya kami ke pekan pulak membeli belah serba sedikit. Waktu ni dah masuk senja.
Banjir melanda! Inilah pertama kali aku tengok banjir di depan rumah mak. Tengoklah gelagat dua adikku sedang sibuk membersihkan laman rumah. Sikit lagi banjir nak masuk rumah. Kalau air terus mengalir dalam rumah bertambah susah payahlah kami nak bersihkan permaidani dan segala tikar dalam rumah pulak, huhu...
Koboi Pulau Belayar... lihatlah gelagat my abah mengaduk air dari longkang. Sebenarnya longkang tak tersumbat sangat pun. Disebabkan tekanan air yang terlalu banyak, banjir pun melanda. Lebat sungguh hujan hari itu. Bila berhenti je macam tak berhujan pulak. Datangnya tiba2 habisnya pun tiba2...
Terpegun... aliya pun panik bila banjir melanda! Tambah2 bila tengok seisi rumah panik mengaduk air hujan keluar dari laman rumah. Terikut sama ke hulu hilir tengok atok, acik dan acu nya bertungkus lumus bersihkan laman rumah.
Dua puteri cucu atok... si adik menunggang si kakak membonceng, tapi saiz adik lebih besar dari si kakak. Kereta adik eisya ni besar sikit bolehlah kakak tumpang sekaki.
Baju kurung eisya ni aku yang belikan di jalan TAR. Memula beli aku risau jugak warna baju ni tak ikut kehendak kakak yang nak baju raya keluarganya sedondon serba oren. Lebih manis, baju ni elok2 je dipakai oleh mek eisya comey ni.
Gaun ini aku hadiahkan untuk eisya sempena hari lahir eisya yang pertama. Sweet sangat untuk eisya tambah2 dengan fesyen rambut kelapaknya. Comey kan...
Balik kampung... wowowo balik kampung.... sekali lagi aksi tumpang kereta dek eisya... Best je tengok aksi ni.
Thursday, December 11, 2008
Thursday, October 9, 2008
Raya Aliya yang pertama
Akhirnya aku tempek jugak kisah hari raya pertama bersama Aliya.... Story terlalu banyak hinggakan aku xtau nak mulakan dari mana. Awal pagi syawal aku bergegas sediakan hidangan sebab mak aku cakap para jemaah surau nak turun takbir raya kat rumah kami dulu. Mulut aku cam bertih jagung paksa adik bongsuku yang xsempat semayang raya tolong mana yang patut.
Waktu nak kejutkan Aliya untuk mandi raya kemain seksa lagi... Kena je air terus Aliya jerit nangis. Maklumla orang tengah sedap tidur dipaksa mandi... Bad mood terus beliaw pagi2 syawal tu! Waktu nak pakaikan baju kurung lagi satu kes haru... Aliya asik pusing2kan badan sambung tidur dengan nenyaknya! Pelik lak haku rasakan. Pastu kerja nak pakaikan baju kurung tu jadi mudah la pulak sebab Aliya tidur xsedar pe dah.. Aku golek2kan badan dia pun, dia wat xpeduli dah.
Waktu nak kejutkan Aliya untuk mandi raya kemain seksa lagi... Kena je air terus Aliya jerit nangis. Maklumla orang tengah sedap tidur dipaksa mandi... Bad mood terus beliaw pagi2 syawal tu! Waktu nak pakaikan baju kurung lagi satu kes haru... Aliya asik pusing2kan badan sambung tidur dengan nenyaknya! Pelik lak haku rasakan. Pastu kerja nak pakaikan baju kurung tu jadi mudah la pulak sebab Aliya tidur xsedar pe dah.. Aku golek2kan badan dia pun, dia wat xpeduli dah.
Memula aku biarkan aje Aliya tidur dalam bilik (risau gak sebab tidur atas katil ~ risau jatuh katil). Aku sibuk kembali kat dapo sediakan jamuan raya. Pastu barulah turun para tetamu sumer... Hb dah mintak ambilkan Aliya. Aku xsanggup nak kejutkn sebab Aliya tidur lena. Tapi aku bangunkan juga, pakaikan tudung. Walla...! punya la kelakar n cute pulak aku nengoknya.. kekeke... muka dah okey, tapi mulut malas nak senyum sebab sisa2 ngantok banyak lagi... Bawak kuar bilik je jadi senang hati aku nak teruskan kerja2 kat dapo, sumer orang pakat nak mendukung Aliya. Pas la sat2 ke tangan orang tu orang ni... Sep baik jugak Aliya xbuat pangai sebab memang dia xkisah pun orang mendukung dia...
Lepas semua tetamu balik.... Rutin kami anak beranak bermaaf2an di pagi raya. Sempat paksa abah aku tunggu dulu dari ikut rombongan beraya. Pastu kitorg lak sibuk berjalan ke rumah2 para jiran beraya... Bila patah balik, Aliya wat pangai dah.. Lama sangat beraya, dia pun ngantok lagi, Balik umah je terus mintak nenen n tido...
Raya pertama berakhir dengan melayan tetamu kat rumah je sebab kitorg xkemana2 malam tu...raya kedua pun kami xkemana2... Harapkan sedara mara je datang beraya ke rumah mak aku sebab aku xsihat pulak. Apa pun aku bersyukur sangat2... Raya pertama bersama anakku ni berlangsung dengan penuh kesyukuran sebab Aliya dah kembali sihat dari demamnya yang panjang... Syukur kehadrat Allah s.w.t yang memudahkan n memberi kesihatan kepada anakku Aliya Damia Azmi.
Lepas semua tetamu balik.... Rutin kami anak beranak bermaaf2an di pagi raya. Sempat paksa abah aku tunggu dulu dari ikut rombongan beraya. Pastu kitorg lak sibuk berjalan ke rumah2 para jiran beraya... Bila patah balik, Aliya wat pangai dah.. Lama sangat beraya, dia pun ngantok lagi, Balik umah je terus mintak nenen n tido...
Raya pertama berakhir dengan melayan tetamu kat rumah je sebab kitorg xkemana2 malam tu...raya kedua pun kami xkemana2... Harapkan sedara mara je datang beraya ke rumah mak aku sebab aku xsihat pulak. Apa pun aku bersyukur sangat2... Raya pertama bersama anakku ni berlangsung dengan penuh kesyukuran sebab Aliya dah kembali sihat dari demamnya yang panjang... Syukur kehadrat Allah s.w.t yang memudahkan n memberi kesihatan kepada anakku Aliya Damia Azmi.
Kat sini aku share pic2 pada raya pertama....
No comments:
Post a Comment