Nuffnang

Followers

Monday, November 9, 2009

segalanya eczema

Tuesday, June 23, 2009

luahan hati prt2

Baru2 ni aku agak sensitif. Teringin nak meluahkan pada seseorang tapi rasa macam tak perlu. Bila aku pendam je rasa lara hati ni seolah2 menjeruk rasa. Makin lama makin kelat dan rasa macam tak tertanggung pula.

Kemungkinan bila rasa sedih, syaitan laknatullah mula bermaharajalela menghasut supaya aku terus-terusan bersedih, beremosi seterusnya bersikap putus asa, kecewa dan paling teruk marah serta menyalahkan orang lain. Sedangkan sepatutnya aku lebih perlu beristighfar, berselawat dan tak putuskan doa untuk kesejahteraan keluarga.

Tapi sebagai manusia biasa, aku tak boleh menidakkan ketidakpuasan hati ni. Terbelenggu dengan pelbagai rasa.

Kalau aku tengok gambar2 aliya yang lama, memang cepat benar hati aku berasa sebak. Kalau famili bercerita tentang aliya dulu lain sekarang lain cepat benar aku terasa. Kalau mereka membanding2kan aliya dengan sepupunya eisya yang baru 9bulan dah mula nak belajar berjalan, sedangkan aliya lusa nanti genaplah 1tahun 3bulan, masuk belum betul berdiri. Nak berjalan apatah lagi. Bergenang air mata. Kadang-kadang semasa makan, perkara2 macam ni timbul, sebak dada ni terus aku tinggalkan makanan elakkan famili tengok aku menangis. Sedih sesedihnya. Susah nak gambarkan rasa sedih ni.

Aku tak boleh ingat atau tak boleh tengok gambar aliya sebelum sakit. Yang kaletah dan aktif. yang comel dan manja. Bila tengok gambar lama atau terkenang je automatik air mata ni cepat je mengalir. Memang aku bersyukur setakat ini aliya masih sihat. Sakitnya hanya di luaran. Tapi aku sedih mengenangkan suatu masa dulu aliya yang cukup sihat. Kulit bersih dan mulus tanpa sebarang ruam dan radang. Tak punya habit menggaru yang kronik macam sekarang.

pernah suatu ketika seluruh badan dan kepala aliya penuh dengan kesan eczema yang melarat. Satu-satu bahagian yang betul-betul tidak terjejas hanyalah di bahagian hidungnya. Kekal molek seperti masih bayi dulu. Waktu itu, yang memandang sepi pada aliya bukan setakat beri pandangan menjelikkan malah yang menjauhkan diri pun ramai. Agaknya risau penyakit ini berjangkit. Mungkin kerana pendedahan tentang penyakit eczema tidak sebesar pendedahan tentang penyakit2 serius lain. Kerana itu orang mudah membuat penilaian penyakit ini boleh berjangkit.

Sekarang di kampung aku boleh tengok siapa yang benar2 ikhlas dan tak ikhlas terhadap kami. Sedih hati ni bila tengok anak menangis tak ada siapa nak tolong angkat. Sedangkan dulu, semasa aliya masih sihat dan comel. Pantang tengok aliya, pasti dah berkalih ke pangkuan tangan ke tangan lain. Sekarang, jangankan nak dukung, nak dekat pun tak sudi. Sehinggakan aku rasa sungguh2 tersisih dan berkecil hati.

Rasanya seperti terjerat dengan perasaan sendiri. Nak diluahkan takut orang berasa hati, tak diluahkan merajuk diri sendiri. Sudahnya aku putuskan pendamkan saja. Tak elok lukakan hati orang lain pula. Bila ada yang berkecil hati, diri aku juga yang merana.

Ayat aku harini agak sentimental pula...sungguh2 aku berduka sekarang.

Thursday, April 23, 2009

House of Healin

Salam...

Semalam bengkak susu aku makin menjadi2. Rasa sakit menyucuk2 sampai nak tegakkan tangan pun xboleh. Sakitnya sampailah sekarang. Aku buntu jugak nak berubat sebab puas tuam dengan kain panas n tungku panas masih jugak belum terbukak saluran susu belah kanan ni. Sudahnya tersumbat n sakitnya membuak2. perit sangat. Menangis jugaklah aku menahan sakit ni.

Pergi klinik haritu, doc bekalkan ubat tahan sakit n antibiotik 15bijik. Dah habis masih jugak belum kebah bengkak ni. Aku dah terfikir nak balik kampung, berurut dengan bidan kampung. Kat KL ni aku xtau nak cari sapa tukang urut. Terfikir gak nak wat akupuntur, kot boleh bukakan saluran susu ni tapi takot weh dengan jarum2 ni. kot salah cucuk, ke lain pulak masalah aku ni. kalau korang, khasnya ibu2... pernah alami msalah cam aku, kongsikanlah pengalaman korang cara2 merawat. Sakit ni. Nak menaip ni pun aku rasa nak nangis dah...

......................................................

Semalam pukul 10.30pagi sepatutnya kami ke Shah Alam. Kami ada temujanji dengan prof. Dr. Hassan Yaacob dari produk Gamat Healin. Tapi sebabkan sakit aku ni membuak2.... aku dah putus asa. Sudahnya aku tuam2 tempat yang sakit sambil rasa bengang hati sebab xdapat jumpa prof. Petugas Healin pun ada kontek kami bertanyakan kami jadi datang ke tidak. Bila dah tengahari, aku kuatkan semangat ajak hb jumpa gak prof.

Xboleh biarkan aliya camtu je. Xde sudahnya bagi lingzi kat aliya. Xbaik2 sakitnya. Bila dah keluar segala kotoran dari dalam badan, ruam, nanah, bijik2 putih kat kepala, gatal, air bisa yang banyak, merah2 badan dan macam2 lagi sakit, kami teruskan jugak bagi lingzi, tapi statik camtu jugak. Xde kesudahan. Aku bukan je tumpu kat lingzi, aku cari gak penawar2 lain berkaitan dengan eczema. Tak kurang ada blogger2 yang cadangkan aku guna produk itu n ini. Trima kasih pada budi baik kalian. Insya'allah aku akan cuba. tapi disebabkan dah ada temujanji dengan prof ni, biarlah kami cuba yang ini dahulu.

Lepas wat temujanji kedua, hari yang sama, terus kami ke PJ seksyen 14. Elok kami sampai, prof pun dah sampai. Memang nak jadi jodoh. Yang buat aku terharu, prof sendri yang tengok2 keadaan aliya n bagi penerangan panjang lebar pada aku. hb kena bawak aliya keluar dari bilik rawatan sebab aliya sakan menangis. tah la kenapa aliya nangis2. Myb dia panik jumpa prof agaknya. Biasanya aliya xmudah nak nangis jumpa orang baru. Paling2 pun dia elak dari kena dukung je. Tapi masa prof nak cek kulit aliya, melalak sakan budak tu. Aku pun naik risau. Prof siap sapukan derma X kat kulit aliya. Prof cakap memang dalam tempoh rawatan, kulit akan kemerahan tanda darah sedang menjalankan tugas membersihkan dalam kulit.

Harini aku tengok memang nampak perubahan positif kat aliya. Memanglah aku mengharap aliya cepat sembuh, tapi tidaklah harap sangat perubahan drastik. Baru dua hari pakai xkan nak terus sembuhkan.... Tapi bila tengok kulit kepala yang degil nak tanggal tu dah xde aku rasa lega sangat. Lebih lagi rasa percaya dengan produk ni. Selain gunakan derma X aku juga bagi aliya makan Zaniplus. Makan sebelum makan pejal yang lain. pagi n malam. Perubahan positif ni buka harapan buat aku n hb.

Kalian doa2kanlah aliya serasi dengan produk ni dan cepat sembuh....

Thursday, April 9, 2009

Dikala perit ada hikmahnya

Salam...

Dah lama aku xmemblog kat sini. Sebab aku sibuk create blog biznes baru. Harapan aku berjalan lancar n maju. Setakat ini, ada jugak yang berminat nak mencuba design dan printing dari bisnes aku tu. Kalau sudi, jengah2lah blog http://damiadesign.blogspot.com/. Masih banyak penambahbaikan nak dilakukan sebab banyak lagi design2 kami letak nak dalam blog tu. Inilah 'harapan' baru kami. Sebab kebelakangan ni kami hadapi saat2 getir libatkan kewangan keluarga.

..............................................

Kisah terkini. Aku agak sengsara sebab bengkak susu. Mungkin dah tersumbat maka susu pun susah nak keluar.Bila dipicit n cuba perah sakitnya bukan kepalang. Kalau malam mula la aku panas2 sejuk rasa nak demam dan menggigil. Setakat ni aku cuma tuam dengan kain panas dan mandi dengan air panas. Urut2 dan cuba perah. Janganlah jadi semakin teruk. Kalau aku sakit, lagi sukar nak jaga aliya yang masih dengan sakitnya tu.

..............................................

Petang tadi kawan kami Fahmi n famili datang ke rumah. Anaknya syafiqah yang cantik bukan main aktifnya. Hepi tengok keluarga bahagia tu. Syafiqah mengejutkan kami sebab ikut rupa n susuk ayahnya yang tinggi. Belum pun capai setahun (29april ni genaplah setahun) syafiqah dah tinggi macam budak 2, 3 tahun. Tapi balance dengan susuk badannya yang berisi. Seronok tengok syafiqah yang ramah n xkisah dengan orang lain. Boleh la pinjam bawak bermain jap. kekekke....

..............................................

Satu lagi kisah. Sebenarnya aku malas nak menulis kisah ni kat blog ni, sebab aku rasa cam jadi mengong je layan kata2 camtu. tapi sebagai "kenangan" biarlah aku titipkan bait2 kata yang meluluhkan hati aku tu.

Bagaimana aku tahu kisah ni sedangkan aku 24jam kat rumah? Aku jugak punya kawan yang kadangkala hubungi aku. Jadi, belumlah capai tahap katak bawah tempurung lagi aku ni.

Kisahnya, adalah seorang kenalan aku, makluman: BUKAN WARGA OPIS AKU. Ketika sedap2 berborak kisah aliya, tup2 dia leh lemparkan kata2 yang kurang baik pada aku n hb. Mengenangkan empunya diri itu yang berpenampilan baik dan berperwatakan sopan, tidaklah aku sangka begitu sekali dia nilai aku n hb. Sapalah sangka orang yang berperwatakan sopan pandai mengeluarkan kata2 yang kurang ajar macam tu.

Keberatan jugak aku nak menulis kisah ni, sebabnya aku tahu kenalan aku ni rajin jugak selak2 blogspot aku. Walaupun xpernah sekalipun tinggalkan mesej atau posting komen, aku TAHU dia jengah2 jugak blog aku yang xseberapa ni.

Kenapa aku nak berdolak dalih ni... Biarlah aku terangkan terus.... kenalan aku ni tanpa segan silu menyatakan bahawa aku n hb KERAS KEPALA. Kenapa beliau mengatakan demikian? sebabnya dia pernah berborak dengan doc yang secara kebetulannya tinggal berjiran dengan beliau yang 'perfect' ni... Kata doc tersebut, kami ni jenis parent yang over protective. Xpercaya ubat2an hospital. Sebab tu kemaruk nak gunapakai ubat-ubatan yang ntah hapa2 yang ntah dari mana2 ni. Maksud beliau Lingzi.

Mula2 dengar kata2 kenalan aku tu, berasap jugak kepala aku. Tetapi, disebabkan aku xdengar sendiri dari mulut perempuan ni, maka aku tenangkan hati. Xbolehlah nak hukum dia terus. Mungkin dia xfaham. Kami ni bukan saja2 bagi lingzi tu secara membabi buta. Kami dah usaha, dari berjumpa pakar tradisional, jumpa ustaz, pakar kulit, cuba suplimen dan segala2nya yang berkaitan dengan penyakit anakku tu, eczema. Dah beribu2 duit simpanan kami gunakan. Kalau pergi hospital ubat yang sama diberi. Ubat2 ni bukan menambah baik pun malah jadikan keadaan aliya makin teruk. Sebabnya kalau ubat yang punya kandungan steroid yang tinggi baik dalam masa yang singkat je, xlama kemudian sakit tu datang balik. Xboleh bergantung kat ubat2an hospital sebab keadaannya tetap sama.

Satu kes melibatkan kes yang sama cam anak aku. Anak kawan aku ni pun ngidap eczema sampai dia dewasa. Xlama lepas habis study n mula bekerja 7bulan, anak kawan aku ni disahkan sakit lekiumia (salah kot aku eja ni). Sakit eczema anak kawan aku ni xsembuh2 sedangkan dari baby sampai dewasa dia cuba berjenis2 ubatan nak bagi sembuh. Bila kandungan steroid terlalu banyak dalam badan korang pk la sendiri apa kesannya buat jangka masa panjang. Pakai steroid ni seolah2 kita menghakis kulit sampai nipis. Doc yang bijak pandai pun tahu hakikat ni. Tapi mungkin doc kenalan aku ni seorang doc gigi atau doc haiwan, maka dia xtahu pun apa yang dimaksudkan. Maka, aku xkisah dengan kata2 doc tersebut. Yang aku kisah dengan kata2 kenalan aku itu. Dia yang tahu kesusahan kami, tapi dia jugaklah yang tanpa rasa prihatin melemparkan kata2 mengguriskan hati ni.

Kami cuba langkah terakhir, bagi aliya makan lingzi. Setakat ni memang nmpak banyak perubahan yang positif. Cuma lambat. Biasalah, kalau penyakit keturunan, melibatkan darah makan masa sembuh sepenuhnya. Sakit anak aku ni bukan cam demam biasa, makan ubat demam n antibiotik 3, 4 kali esoknya boleh sembuh. Ini penyakit keturunan. Faham2lah sikit. kalau kurang ilmu, belajar. Janganlah terus bagi penilaian. Apatah lagi nilai yang buruk2 pasal parent yang berusaha dengan sedaya upaya nak sembuhkan anaknya.

Aku xkisah orang nak kata yang bukan2 pasal aku. Memang aku tau, ada jugak cakap2 busuk yang tuduh aku n hb berjoli sakan sepanjang cuti separuh gaji ni. Kononnya sengaja cari sebab nak amik cuti panjang. Allah... kalaulah diorg2 ni berada ditempat kami..... Tapi apakan daya. Aku pun sehabis mungkin xmau ada lagi ibu bapa yang hadapi susah payah macam kami. Biarlah korang... teruskanlah bagi penilaian yang bukan2....

Korang tahu tak yang kami tertekan sebab kewangan yang makin tipis. Bulan lepas saja kami berhabis ribuan ringgit untuk ubatan aliya. Sedih dan kecewa bila tengok reaksi penyembuhan anak ni makan masa. Perlu ke aku jaja cerita aku ni supaya orang xsalah anggap tentang aku lagi? Perlu? Allah je yang tahu... memang kami berbaur dengan pelbagai perasaan, tapi kami masih bersyukur, sebab Allah kurniakan kami anak perempuan yang bijak dan tabah seperti Aliya Damia ni. Semoga anak aku cepat sembuh... kadang2 xtahan aku dengar2lagi kata2 yang memeritkan hati ni...

Yang pasti aku tahu segalanya ada hikmah... Waktu kita susah inilah baru kita KENAL hati budi kawan2 kita. Mana yang jujur berbuat baik dengan kita dan mana yang......... berlakon baik. Buat kenalan aku itu... terima kasih sebab beri aku ruang melihat sisi gelap dalam diri kamu.

Sunday, April 5, 2009

Masih kami di rumah

Di rumah... masih merawat aliya. Perkembangannya macam makin pulih tapi makan masa untuk pulih sepenuhnya. Kalau kawan opis tengok mesti rasa2 macam aliya makin teruk sebab masa bawa ke opis haritu aliya xmenggaru.

Sekarang ni aliya makin kerap rasa gatal. Mungkin kesan ubat tu nak buang toksin dalam badan. Kami pun dah kurangkan sukatan ubat.

Dalam masa yang sama aku n hb sedang berusaha cari kerja2 freelance. Harapan kami ada jugaklah duit sampingan sebab nak beli ubat ni memang libatkan kos yang tinggi.


Thursday, April 2, 2009

freelance

aku dalam dilema sekarang. Sama ada nak jaga aliya sorang n suh hb kerja atau teruskan cuti bersama. Kalau aku terpaksa jaga aliya seorang. Aku terpaksa berdepan dgn kesukaran jaga si kecik ni. Nama je mudah. Jaga baby. Tapi dalam keadaan aliya yang asyik menggaru n xnak duduk bawah memang beri tekanan untuk aku. Korang bayangkan, nak pergi oilet pun xboleh, nak masak, nak solat, nak wat kerja2 len apatah lagi. Perlu ada dua orang dalam satu2 masa. Menjaga aliya dan buat kerja rumah. Hb memang faham situasi ni. Dia pun kalau boleh nak pergi kerja, tapi dalam masa yang sama dia pun susah hati nak tinggalkan aku seorg jaga aliya.

Pernah terfikir nak balik kampung, pastu hb teruskan kerja. Sekurang2nya gaji hb xkena potong. Dan aku boleh jaga aliya dengan dibantu famili kat kampung. Masalahnya, famili xboleh tgk aliya makan ubat lingzi tu. Serta merta suruh berhenti. Dengan keadaan aku yang kusut ni, berdepan pulak desakan n tekanan macam tu, ke lain pulak masalah aku nanti. Lagipun, ubat lingzi tu kena beli kat KL. Mana aku nak cekau ubat kalau dah habis.

Tekanan terbesar bila kenangkan pendapatan kami yang akan dipotong dua. Aduhai... beban sangat2. Sedangkan dalam keadaan bergaji penuh ni pun xcukup sebab kos ubat yang tinggi. Sekarang ni pun kami terpaksa rendahkan dos ubat aliya sebab xmampu nak beli lebih kerap cam bulan lepas. Nampaknya aku terpaksa lebih banyakkan sabar sebab nak tunggu aliya pulih sepenuhnya memang makan masa. Setiap hari aku doakan aliya cepat sembuh dengan sepenuhnya. Tapi kuasa Allah... Dia masih nak menguji kami. Maka kami terpaksa juga teruskan bersabar.

Sekarang aku n hb cuba2 cari job2 freelance kalau ada. Xkisah la job apa sekalipun. Terpaksa. Xkisahlah asalkan rezky yang halal. Kalau dapat job freelance dapat kurangkan sikit beban perbelanjaan kami ni. Xperlu pulak hb pergi ke opis untuk kerja. Dari rumah dah ok. Untuk pengetahuan korang, walaupun hb di rumah, kerja opis tetap dilakukan dari rumah tau. Pastilah sumer keje tu dihantar guna email je. Kadang2 aku rasa kesian gak kat dia. Kerja jalan, tapi gaji tetap kena potong.

Kalau korang ada nak bagi jon2 freelance, kontek2la aku. Memang kami dalam keadaan terdesak sekarang ni.

ps: xlama lagi taska nak naikkan harga yuran... Tambah satu lg beban kat kami. Apa logiknya naikkan harga yuran kami ni. Sedangkan kalau nak kaut untung naikkan sajalah bagi warga kerja dorg. (memang xpuas hati tp kalau terdesak nk wat camne..) harapan aku jgnlah tinggi sngt.

Monday, March 30, 2009

kenapa PERLU cuti bersama

Harini en.faris datang ke rumah. Macam biasa untuk monitor keadaan semasa aliya. Pada padangan en. faris, aliya dah banyak improve. Kitorg pun setuju jugak cumanya masih ada saki baki sakit yang perlukan rawatan lanjut.

Rasa gatal n kemerahan di kulit buatkan aliya sibuk menggaru. Air bisa sentiasa keluar ditempat2 tertentu badan n kepala aliya. Inilah antara penyebab yang menyukarkan kami jaga aliya sendirian. Mesti ada dua orang dalam satu masa. Seorang uruskan kerja2 rumah dan seorang lagi bolehlah jaga aliya. Pernah kami sama2 tinggalkan aliya tidur seorang. Sambil tu aku n hb sibuk kemas2 rumah. Tak sampai 10minit aku tengok aliya dah sakan menggaru! Lagi teruk, habis berdarah2 kepala n penuh luka. Lepas tu kitorg dah xberani nak tinggalkan aliya sendiri. Biarlah kemana pergi dukung je anak asalkan dia xlukakan diri sendiri.

Kadang2 kami kesiankan aliya. Nak bawa dia berjalan pun aku rasa xsanggup. Mata yang memandang bukan saja mata2 simpati tapi ada jugak yang beri pandangan sinis. Seolah2 kami ni xpandai jaga anak dengan sempurna. Ada juga yang bersimpati n beri macam2 petua. Pelbagai reaksi kalau jumpa masyarakat ni.

Aku xde mood nak bercerita lanjut. Nantilah bila aku dah terbuka hati nak mengarang panjang lebar. Harapan aku xde lagi salah faham tentang aku. Sudah2lah bikin gosip yang xkena. Aku dengan hb bukan bersukaria dok kat rumah. Bukan berjoli enjoy menggila. Sebaliknya bermacam2 lagi masalah yang menyaratkan kepala ni. Harapan aku xde pulaklah kata2 yang menyentakkan hati aku n hb lagi.

Aku penat. Janganlah tambahkan lagi kusut di hati aku...


Saturday, March 21, 2009

Luahan hati

Salam kekawan....
Aku rasa nak meluahkan perasaan. Sebenarnya dah lama sangat aku dok mengarang kat kepala ni tapi disebabkan dulu kat rumah xleh online aku peram je la cerita2 dalam otak sampai rasa nak pecah kepala. Nak2 ketika perasaan yang membuak2 sebab tekanan dulu.

Ingat lagi aku haritu (khamis) aku sempat lawat blog2 kawan2. Pastu create n3 pasal kerisauan aku tinggalkan aliya kat nursery. Xsangka pulak turun je aku tengahari tu kat nursery bagi titik permulaan sakit aliya. Elok beberapa minit nenen, aliya terus gak nangis2. Aku panik bila tiba2 dia muntah banyak kat bilik breastfeed. Mata n tangan bengkak, merah n ada bonjol2 macam ruam kasar. Memang nampak sangat aliya alergik. Tanya kat pengasuh, diorg kata aliya minum susu tepung. Susu tu la punca alergik tu. Aku terus bergegas bawa aliya kuar nursery, ajak hb pergi hospital. Destinasi, HUKM. Malang jugak bagi kami. Dari pukul 1.30ptg sampai 7.30malam barulah dapat jumpa doc. Bayangkan berapa lama aliya terpaksa tanggung sakit. Dari alergik bengkak mata n tgn, terus surut bengkak2. Kitorg tahan lapar sebab xtau bila dapat jumpa doc. Bila dah jumpa n amik ubat.. Frust lagi kitorg sebab ubat yang hosp bagi ubat biasa jugak. Lagi kecewa nak jumpa doc pakar HUKM kena wait sebulan baru leh temujanji. Memang menguji kesabaran...

Lepas tu berselang sakit aliya. Sampai tahap infection dah melarat kat kepala. Kitorg berkampung kat wad kanak2 hosp selayang selama 5 hari. Kat sana pun aku rasa cam didiskriminasi pulak. Kalau mak2 yang terlebih ramah, misi2 layan baeeeek punya. Kalau kes2 cam aliya, diorg wat2 xkisah pulak. Ada plak nurse yang cakap... "dia ni kes dermatologi...kitorg xboleh nak buat apa." Ubat n antibiotik diberi high dos. Malangnya sakit lambat baik side efek plak yang menyusul. Satu hari Aliya garu2 kepala sampai penuh berdarah. Aku bawa aliya jumpa nurse. Diorg xbuat apa2. Sebaliknya just cakap cenggini. "Xtaula nak buat apa.. Bagi sajalah piriton" Ubat tu untuk tahan gatal. Ubat tu sebenarnya xsesuai untuk baby bawah satu tahun. Tapi kenangkan aliya sakit, diorg bagi aliya makan 3x sehari! kadang2 aku culas gak bagi sikit2 je kat aliya. Kesiankan dia.... Berbalik kes malam tu, sudahnya aku basuh je kepala aliya dengan air paip. Sedih sangat masa tu. siankan anak yang sakit n luka2 penuh kepala. Tapi doc2 kat hosp selayang memang baik. Dari doc pelatih sampai doc berjawatan tinggi. Cakap dengan ibu bapa pun baik sangat. Tu je la yang wat aku tahan hati dok kat hosp selain nak bagi aliya dpt rawatan penuh. Tak sembuh sepenuhnya aliya dah dibenarkan keluar.

Kat rumah kami kembali episod mencari ubat2 sesuai dengan aliya. Macam2 pendapat yang diberi dari famili, kawan2 n kenalan2 baru yang kdg2 jumpa kat kedai ke hospital ke. Desakan suruh jumpa bomoh la, ustaz la segala macam orang. tensen sangat masa tu. kalau xturutkan kehendak diorg, mula la kata aku xamik berat kat anak. kata aku dok saja2 kat rumah buang masa. Tensen sangat aku masa tu. Kalau nak diikutkan aku nak je wat senarai diari kami bawa aliya berubat dengan bermacam2 orang. Jumpa doc hemeopati (tol ke aku eja?), jumpa ustaz saleh, jiran anjang aku kat semenyih, doc pakar kanak2, doc pakar kulit, farmasi dan bermacam2 lagi. Kalau jumpa doc pakar ni, jumpa doc je kena bayar rm50++. Lom campur ubat bodo2 yang dorg kasi. Ubat Aqueos yang kalau dibeli kat farmasi dapat bekas besar harga rm16 je. Kat doc pakar tiub kecik rm30++. Alasannya ubat tu campur dos ubat len. Macam la aku ni senang sangat ditipu. Sabo je la... Pelbagai jenis ubat yang terpaksa dibeli. Sehinggakan aku dah boleh nilai kualiti n hafal nama ubat yang mana serasi n xserasi untuk aliya.

Kalau doc biasanya diorg jawap aliya hidap eczema. Penyakit dari genetik. Punca dari aku. sebab masa kecik aku pn ada eczema jugak. Doc cakap penyakit ni lazimnya akan berhenti pas baby injak usia 2tahun! Kalau tidak myb sampai besar. Ada yang berpendapat penyakit ni akan sembuh bila aliya da pandai langkah sendiri longkang. Cam petua orang2 lama la. Dengarkan macam2 pendapat ni memang wat kusut hati. Sanggup ke kita ibu2 ni tengok anak terseksa sakit camni sampai dua tahun? Seminggu pn xtahan pe lagi makan tahun. Itu pun kalau betul2 dua tahun. Kalau lebih?

Emosi aku bercampur baur bermula dari saat aku mula bercuti sebab jaga aliya sakit. Macam2 yang aku n hb hadap sampai pernah kami sampai keadaan yang buntu. Korban masa, wang dan tenaga. Kita sebagai ibu bapa pastilah xberkira dengan anak. Yang penting anak kembali sembuh. Tapi bila sakitnya melarat dan makan masa yang panjang untuk sembuh sepenuhnya mula la perasaan ni dah berbaur2.

Ada ketika aku terlalu bengang sampai rasa nak jerit satu rumah. Ada ketika aku rasa penat sampai rasa malas nak bangun dari tido. Ada masa aku marah bila ada je panggilan2 sms yang xdiingini. Mula la kol xdiangkat, sms xdibalas. Gara2 emosi xstabil, aku tolak jawap kol n sms. Risau bila bercakap aku leh cakap yang bukan2 pulak kat pemanggil. Pernah aku blame sumer perkara, dari kes besar2 sampai yang remeh temeh skali pun. Budak yang gigit hidung aliya sampai berdarah dulu pun aku rasa nak blame n rasa nak bagi pelempang. Begitu sekali marah xterkawal aku masa tu. Pernah jugak aku babap tangan aliya yang asyik menggaru. Kesian kat dia. Sudah la gatal2 seluruh badan, aku pulak marah2. Tapi itulah ketakstabilan yang aku hadapi. Hal2 kecik pun aku rasa nak marah kat hb.

Tapi marah aku xlama. Sekejap je pastu mula la rasa nyesal xsudah. Memikir yang bukan2... babap anak yang sakit. Memang menyesal sampaikan rasa nak tampar muka sendiri. Aku istighfar n berselawat banyak2. Sambil berzikir untuk aliya dalam masa yang sama hati aku mula sejuk n redha.

Permulaan kenapa aku bagi aliya makan ling zhi pun selepas aku solat hajat n baca surah yasin. Tenang sekali hati masa tu. Elok pulak aliya xmeragam macam selalu. Macam faham2 mummynya sedang mengaji. Pas baca yasin, aku terpandang ubat ling zhi yang sekian lama terperuk dalam kotak ubat aliya kat pinggir bilik. Masa tu kuat hati aku dok kata... Alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Sebaiknya aku cuba rawatan suplimen camtu kalau segala usaha kami selama ni xberbuah hasil. Apa guna perabih duit beribu2 pada sesuatu yang xpasti.

Aku mula kumpul balik maklumat pasal lingzhi. Baca semula risalah2 lingzhi yang dulu aku pandang sepi. Baca testimoni yang berjaya sembuh sepenuhnya lepas makan lingzhi. Aku mula percaya kat lingzi. Sedangkan orang yang sakit kronik boleh sembuh apatah lagi kes2 cam aliya. Lagi pulak, memang ramai yang sama kes dengan aliya berjaya sembuh. Pastinya dengan kuasa Allah s.w.t. tapi kita manusia wajib berusaha dahulu barulah doa dan tawakal. Bila aku kenang, mungkin ada rahmat aku percaya detik hati ini. Lagi pulak, baki ubat lingzi yang dibeli dulu banyak lagi. Apa salah aku cuba mana tau berkesan.

Esoknya
selepas en. Faris (kitorgnyer sponsor lingzhi) datang melawat. Kami mulakan rawatan ling zhi kat aliya. Kami disaran bagi high dos sebabnya nak lawan toksin dalam badan aliya. Lagi pulak aliya pernah trima rawatan high dos ubat kat hosp. Alhamdulillah setakat ini banyak perkembangan aliya. Nampak banyak beransur sembuh. Cumanya aku kena sabar lagi n teruskan rawatan. Pasal duit nak beli ubat lingzi memang la kena bersabar banyak. Sebab ubat ni mahal. Yang penting aliya sembuh sepenuhnya.

Aku akan
create satu n3 khas pasal ubat ni. Siap dengan gambar2 aliya mula trima rawatan hingga sembuh. Tapi xdapatlah aku buat sekarang sbb aliya masih daam proses rawatan. Bagi kalian yang nak tengok keberkesanan ubat ni dengan aliya. Nantikanlah n3 tersebut.

Wat masa sekarang... emosi aku dah stabil. Aku pun dah xmoody2 lagi. Myb sebab dah terbiasa dengan keadaan aliya. Doakanlah aliya cepat sembuh.

Thursday, February 5, 2009

perkembangan aliya

Tempoh cuti kali ni memang panjang. Sekembalinya aku ke opis rasa kosong. Pergi sarapan kat restoren mamak tadi pun aku rasa cm makan 'angin' je. Perasaan aku berbaur2. Sama perasaannya semasa mula2 letak aliya 2bulan kat nursery dulu. Rasa risau, sedih, kecewa berkecamuk sampaikan aku rasa selera makan terhenti camtu je.

Kat sini aku nak share perkembangan eczema aliya

23.1.09 (jumaat)... aliya nampak sihat. Ruam2 biasa tu masih ada. Kepala pun still ada kerak kepala. Aku bersabar lagi, myb kesan dari suplimen lingzi. Bila sampai kat kampung, famili pun bising sama tengok keadaan aliya. N salahkan lingzi punca ruam aliya tu.

24.1.09 (sabtu)... famili cadangkan aliya mandi air panas kat Baling, Kedah. Rawat cara kampung pulak. Plan last minit. Memang kitorg gerak cara gamble je ke Baling. Sampai sana dah malam, sempat g soping makanan nak berkelah kat sana. Tapi elok sampai sana dah ramai pengunjung. Kami makan2 dulu pastu baru aku bawa aliya bersiram dalam kolam air panas. Aliya kena je air dah nangis. Mak aku desak jugak bagi aliya mandi air panas tu. Tapi xlama aku bagi aliya mandi, terus salinkan bajunya.

25.1.09 (ahad)... Ruam makin menjadi2. Makin banyak kerak kepala yang timbul. Masa ni perasaan dah kacau bilau. Jenuh aku pk kan apa salahnya sampai aliya jadi camni. Masa ni aku xpk yang lain kecuali lingzi tu. Mak pulak desak aku hentikan bagi aliya makan lingzi. Tapi lama2 pk baru sedar. punca aliya makin naik ruam sebab mandikan aliya kat kolam air panas semalam. Pesakit eczema ni kan xboleh kena panas. Aku rasa bersalah ya amat mandikan aliya kat situ.... Tengahari kami ke kenduri Tok Su kat Kerunai. Jumpa atok ni... (aku lupa namanya). Dia kata aliya kena sekam, kalau orang kampung percaya sekam ni maknanya campak. Ruam halus2. Sempat atok ni buatkan air tawar untuk aliya. Dia pesan jangan bagi aliya pakai apa2 krim pun kat kulit n kepala.

27.1.09 (selasa)... keadaan aliya masih xberubah. Malah nampak makin teruk. Aliya plak asik menggaru2. tambahkan luka kat kulit kepala. Masa ni bertambah2 xkeruan aku rasa. Malam je susah aliya nak tido. Sat2 merengek2 nak susu. Padahal aku tahu dia xlapar. pasti sangat2 dia xselesa. Plan nak balik KL harini cancel. Sudahnya adik aku terpaksa amik bas tambahan balik KL sendri. Sian kat dia. Harap2 adik aku faham situasi aku. Malamnya kami pergi ke rumah tok abas. Atok ni asalnya orang kelantan. Dia lah yang buatkan air tawar untuk aliya. Tapi atok ni mintak kami bawakan ibu kunyit, duri kabu dan jintan apa tah (ada nama len) untuk berubat. Yang lain senang nak bawak kecuali jintan tu.

28.1.09 (rabu)... sekali lagi datang ke rumah tok abas. Tok abas n wife sambut kami dengan mesra. Mcam kenal lama. macam mak abah tu anak2 dia plak. terharu je rasa. Kali ni siap buatkan air tawar n sediakan alat2 berubat yang dia suh abah bawa semalam. Kami nampak juga perubahan sikit kat aliya. Xnampak lagi mukanya yang merah menyala cam udang kena bakar. Kulit kepala pun beransur kurang kering. Alhamdulillah...

29.1.09 (khamis)... wat bacaan yasin kat surau. aku nak pergi tapi siankan aliya. sudahnya hb je pergi ke surau. rasa ralat jugak xbaca sendiri yasin masa tu.

31.1.09 (sabtu)... bawa aliya n sepupu2nya berkelah kat Lata Lawin. Masa kecik2 dulu kat situlah tempat fav aku n adik beradik lain mandi manda. Tempatnya xbanyak berubah. Masih macam dulu. Baru nak mandikan aliya kat sungai aliya dah jerit2 xmau mandi. Sian tengok keadaan aliya kali ni. Ruam naik balik. Aku xfaham kenapa. tapi bila kenang2 baru faham, myb aliya alah dengan santan. Akak aku yang suh aku letakkan santan kat kulit kepala, bagi kerak kepala tu mudah tanggal. Tapi santan tu mcam jadikan alahan yang teruk kat aliya. kaki n tangan nampak kembung n makin banyak ruam datang. Aliya xhabis2 dengan garunya, kecuali waktu tido. sedih aku rasa masa tu.

1.2.09 (ahad)... wat bacaan yasin kat rumah pulak. Sempat jugaklaha ku baca sekali. Aliya hb yang jaga sepanjang masa. kali ni mak masak bubur durian campur kacang untuk hidangan. Siap ada kacang kuda pedas lagi. Sungguhlah menyelerakan. tapi kenangkan aku ni menyusu badan... tahan je hati dari melantak benda2 alah tu. Risau efek kat aliya.

2.2.09 (isnin)... kitorg gerak balik KL. Plannya nk bagi hb je kerja. aku sambung cuti. Nak jaga aliya biar sampai betul2 sembuh. Sampai KL tengok aliya nampak stabil. Bagi makan ubat tahan gatal dia tido sampai susah nak bangun tido. Sian sangat. Last2 kitorg cancel hb kerja esoknya. Plan turun hospital.

3.2.09 (selasa)... kitorg pergi klinik bayi dan kanak2 kat ampang. Klinik ni k.sham (kawan kat nursery) yang cadangkan pergi dulu. Tapi xpernah aku nak pergi sebab jauh. Tapi plan harini sebenarnya nak bawa aliya ke hospital selayang. Last minit aku cakap kat hb... kalau bawa aliya ke hospital, resultnya sama. Dia kata aliya kena ruam biasa. dia bagi ubat itu ini... pastu suh balik. Pastu ruam jadik lagi. Kita xdapat result yang memuaskan. Plan nak turun hospital berubah ke klinik plak. tipun k.sham n tanya arah jalan. brooom ke sana. Doc ni okes la bagi keterangan itu ini tapi cepat sangat. Xpuas nak bertanya. Dia pulak cakap macam kena kejar alien lak. Laju sangat. Lom pon sempat nak tanya pape dia dah tanya ada pape lagi? seolah2 nak cakap... cepatlah , i ada patient lain lagi ni... walhal kitorg tunggu dia lama da.... tapi okes la, dia just bagi krim sapu n suh kitorg datang balik sabtu ni nak tengok keadaan aliya. Doc ni sahkan aliya kena Seborrhoeic eczema.

4.2.09 (rabu)... aliya nampak makin stabil. Kurang garu. lebih aktif, kitorg ragu2 antara nak pergi kerja atau teruskan cuti. Tapi bila kenang2 hb memanglah bz kat opis sekarang, kitorg plan trun gak opis esok. Dengan harapan keadaan aliya makin baik

Harini aku datang opis. Cam aku citer kat awal n3 tadi. Sampai sekarang hati aku masih bergolak. Selalunya pagi2 aku mandikan aliya. tapi pagi ni aku xmandikan dia. Just pesan kat pengasuh mintak mandikan, bagi makan n letak ubat kat bahagian2 tertentu ikut jenis ubat. Aku memang taruh harapan tinggi diorg ni sabar layan karenah aliya. sebab aliya masih dalam tempoh rawatan. Harapan aku Aliya xgaru2 lagi sampai melukakan dirinya.

Semoga anak aku cepat sembuh....


Thursday, January 29, 2009

kami masih di kampung

Sepatutnya waktu ni aku memosting dari opis. Tapi keadaan yang memaksa aku n hb terus bercuti. Amik EL (emergency leave) sebab nak bawa aliya berubat cara tradisional pulak. Kalau sebelum ni aku gunakan produk Lingzi... Wat masa ni kami hentikan sekejap. Cuba dulu kaedah tradisional. Harap2 anakku lebih sihat.

Kalau ikutkan selasa lepas kami balik ke KL dengan adik. Tapi disebabkan kami amik EL, terpaksalah adik aku balik sendiri dengan bas tambahan. Harga tiket plak melambung tinggi. Mentang2 la di musim perayaan, amik kesempatan pulak dorang ni. Hapa la...

Kat kepala dok berlegar dengan kerja2 yang terbengkalai. Aku dapat agakla, kaki2 bz body +kaki bodek kat opis, kalau tgk aku n hb smbg coti cmni sure2 ada yg sosek2 yg bukan2... Lantak kowang la, xkena kat kowang xpe la labu... kalau dah kena, tau la pe perasaan aku. Fikirkan serabut memanglah, tapi malas sungguh aku nak ingat2. Wat tambah serabut je. Masa yang ada ni aku nak fokus jaga aliya sebaik2nya. Risau gak nak letak Aliya kat nursery... Risau makin melarat. Tu pasal kami amik pilihan stay je kat kampung. Apa2 hal leh jugak famili kat kampung ni tengok2kan.

Aku mohon kowang doakan anak aku cepat sembuh... Sedih la tengok keadaan dia camni. Aliya ni memang aktif, seolah2 xsakit pape. Tapi tengok keadaan luarannya memang aku rasa sayu sangat. Anak aku tu betul2 kuat semangat. kalau baby lain demam skit dah merengek2 je sepanjang hari. Tapi anak aku tahan je sakitnya. Kecuali waktu malam waktu dia nak tido, mayb xtahan sakit. Sedih je aku rasa....

Semoga anak aku cepat sembuh....


Monday, January 12, 2009

ubat untuk aliya

Harini aku beli produk kesihatan ni untuk Aliya. Campur 2jenis produk ni + harga keahlian cecah RM450 jugaklah. Aku xkisah dah pasal duit sumer ni. Yang penting aku nak kesihatan Aliya stabil semula. Cukuplah eczema yang Aliya tanggung selama ni. Kesian sangat aku dengan anak aku tu. Harapan aku, dengan cubaan aku n hb kali ni akan membuahkan hasil. Harapan aku Aliya kembali sihat dengan kulit yang sempurna seperti dulu. Insya'allah dengan izin dari-Nya.

Produk ni biarpun pahit, kalau kena dengan cara boleh kot Aliya terima. Aliya dah le xsuka makan ubat. Tengok picagari pun dah nangis pe lagi nak sumbat ubat masuk mulut. Xpe, kali ni nak xnak kena paksa jugak si kecik tu makan ubat... Doakan Aliya kembali sembuh kawan2...

sian anak mummy...

Sekarang ni... aku asik rasa resah gelisah je. Bukanlah sebab aku peknen lagi....huhu.... Nak peknen lagi kena tunggu setahun lebey lagi la... lagi bagus bila Aliya dah besar sket... Wat masa ni nak tumpu kat dia dulu. bagi segala kasih sayang kat dia. Xde la kena bahagi2 dengan adik2... Ewah.. cam merancang nak ramai anak je haku...

Aliya sekarang kalau aku hantar ke nursery memang ada prob sket. Kalau aku just pas dia kat muka pintu nursery, alhamdulillah dia xwat perangai. Tapi kenkadang, kalau terpaksa hantar masuk ke dalam bilik baby, nak melangkah keluar tu yang payah. Kalau dia dah nampak aku nak gerak keluar dari bilik, sah2 dia jerit2 nangis sunguh2... Aliya ni senang je nak jaga. Dia susah nak nangis xtentu pasal. Dalam erti kata tepat, x kememe org kampung aku kata. Kememe ni maknanya manja. Sket2 nak nangis. Aliya ni Alhamdulillah xde wat perangai macam tu. Kalau menangis pasal xmo mandi, nak tido, lapar, sakit tu standart la... Xmenangis langsung wat aku plak huru hara...

Pagi tadi aku hantar aliya masuk dalam bilik baby... Bila nak kuar je.. aliya nangis2 nak ikut. Kesian sungguh aku rasa. Bila aku letak stok susu dalam peti ais kat bilik breastfeed sebelah je bilik baby, masih terdengar2 suara aliya nangis. Kuat plak tu. Lama la pulak. Tu yang wat aku terberhenti. Nak amik ke tak... Kalau aku amik, kerja aku yang banyak kat opis ni sah2 terbengkalai. Kalau aku xamik, aku rasa sayu hati... sedih cam la sekarang. Sudahnya aku keraskan hati... pikirkan niat aku datang opis, nak kerja. Tengahari nanti aku tetap dengan rutin harianku... bagi susu kat Aliya... Sabar ye baby...

Aku bukan nak emo semacam, tapi kenangkan aliya masih belum betul2 sihat dari penyakit eczema tu. Kulit aliya kering sangat. myb kesan ubat makan n sapu yang aku bagi kat aliya. Myb kesan nak baik. Lagi aku kesian kalau dapat tau rambut aliya kena tarik dengan baby kat nursery tu... Aduduuuu.... Nak marah pun xboleh, baby.... Apalah yang baby taw... tapi kesianlah kat aliya cenggitu... Dah la kulit kepalanya sakit2...

Malaslah aku nak kenang2... Rasa luluh je hati bila aku taip2 ni...

Tuesday, December 23, 2008

Mendung berarak lalu

Harini aku datang lambat ke opis. Plan nak masuk kerja dulu. Tapi hb plak nak g bayar kete + pergi urus kerja kat luar, jadik kami terus pergi klinik pakar kulit kat Jalan Ipoh.

Dr. Chew yang periksa kulit Aliya tadi. Alhamdulillah, doc kata ruam Aliya ni x akan terjangkit kat budak2 lain. Nama penuhnya Atopic Eczema. Sejenis ruam kulit. Mudah tersebar sebab Aliya ni alergi pasal makan n habuk. Yang pasti n yang penting, ruam ni xkan sesekali terjangkit kat budak2 lain. Lega hati aku dengarnya. Semoga selepas ni xde lagi kata2 busuk pasal anak aku ni. huhu... Doc bagi ubat makan untuk pagi n malam pastu krim sapu yang ada sedikit steroid. Aku cuak gak nak bagi ALiya pakai krim ni sebab ada steroid. Kalau nak bagi pun sikit2 cukup kot.

Harini
hati aku terasa lapang sangat. Beberapa hari lepas setelah mengalami mendung yang berpanjangan, baru harini nampak langit cerah. Lagi nak dramatik, langit pagi harini betul2 cerah tahap nampak langit2 biru kat atas nun. Tapi yang xtahannya, cuacanya punya la panas. Sian kat Aliya sebab dia tengah demam.

Mai opis tadi aku g nursery dulu. Bagi Aliya makan ubat demam. Sian Kak Mima, pengurus taska yang bantu bagi Aliya makan ubat tadi. Habis bajunya kena ubat2 sebab.... cam biasalah budak tu, kalau makan ubat muntahnya yang lebih, ubatnya belum cecah mulut pun lagi... yang dia ni dah meronta2 nangis! Kecik2 takot makan ubat. Sama macam akuuuu jugak.. ekekkeke...

Pastu
aku naik opis, ingat nak mintak sign my ketua sebab mai opis lambat tapi rupanya dia pun xde kat opis... g meeting kat luar kot. Baru bancuh air minum... (aku blom bekpes lagi) A.Razif panggil lak bagi job baru.. Aku yang banyak kerja dalam tangan berbelah bagi gak nak amik job tu. tapi amik jugaklah sebab job tu xsusah sangat pun. Wat logo "bulan Dakwah" je. Logo2 ni aku xminat nak buat. Tapi kalau buat berbelas2 aku bagi. Tengoklah jap g nak wat brapa banyak. Ni aku tengah surf2 logo2 dakwah kat internet. Kot2 ada yang boleh bagi sumber inspirasi. Sambil2 dok memblog. Kekekkee...

Baiklah, aku nak amik masa wat kerja dulu. Kalau aku ada mood yang baik jap g, aku sambung balik bercerita story2 kiv yang aku peram tu... Adios!

Tuesday, August 19, 2008

ketidakselesaan aliya

aku kusut mengenangkan anakku...dulu penah ruam melata 1 badan..puas aku cari penawarnya..sembuh sendiri..alhamdulillah..semlm aku tgk naik balik..tp xde la satu bdn..kena kat dahi n tangan n beberapa pot lagi..sedih haku..tambah2 aliya dh dapat tangan ni..habis satu bdn dia garu..masa dia xreti guna tangan lagi tau merengek je la..sekarang dgn merengek dgn menggaru sekali..kesian anakku..risau sungguh..
malam semalam paling susah aliya nak lelap..lom cukup 1jam dia merengek2..aku ingtkn nak susu...bangun merengek tu dia garu gila2 kulit kepala smpai luka...gatal la tu..kerak kepala satu hal pulak..mungkin dia rasa miang kat kepala..cam kita la...kalau kena kelumumur gatal wo...aku faham pe anak aku rasa..letak baby oil n minyak zaitun je..reda jap pastu aliya garu2 balik kepala tu...
lama2 sangat dia merengek aku dukung...smbil berdukung tu usap2 blkg badan..nk bg sendawa. sekali dia muntah! lenjun baju aku dgn muntah anak..patutla merengek..perut dah sebu... sebab tu rasa xselesa agaknya..tambah 2kali xselesa... pas muntah tu nyusu jap tido balik.. tu pn waktu subuh...aku nak g kije tadi tukar pampers dlu..marah kemain ganggu dia sedap2 tido... salinkan jugak..pastu bawak turun ke kereta..dlm kete jap je smbg balik tido..sian tgk gayanya..ngantok sngt...elok smpai kat tgn pengasuh trus berjaga..malas aku nk tgk lama2, gerak naik opis..kalau aku berlama2an mmg xsanggup nk tinggal....huhuuu...
Tadi aku ke nursery...cek temp dia turun 35c..myb sejuk dlm air cond..hb aku dh riso2 nak amik half day sbb siankan anak...tapi ni tgu2 hb lom gak dtg2 lagi.. bz agaknya..sian lak kat hb n anakku...xpela..yg pasti balik ni nk bawak aliya g klinik...

Tuesday, July 15, 2008

aliya dgn ruam

aku berkesedihan bebru ni sebab aliya kne ruam2 1 badan...skrg ni dah nyaris2 nak kne bhgn muka lak...mcm2 cara aku wat nk bagi ruam hilang..masalahnya dia ni suka sngt garu bhgn ruam tu tambah2 kat blkg tinga..mmglah gatal...kita yg dewasa ni pn kalau kne ruam sure garuk2 gak..makin garuk makin sedap..tp efek dia...tuhan je tau..sakit taw tmbh2 ble kuar air bisa tu...xsanggup aku nengoknya...pagi tadi aku siap kol akak aku kat kampung...order krim ruam dari kg kat farmasi...harap2 akak aku pos ptg kang leh aku letak akt tmpt ruam aliya...sekarang ni kalau tdo kene bedung sbb xnk kasi dia main garu2 lagi...harap2 anak mama cepat sembuh....
nak tepek gmbr dia kat hosp selayang ada dlm komputer hb aku lak..nanti la aku edit balik pages ni..so korg tgk sndri la ruam2 kat muka aliya ni..yang putih2 tu bekas ubat ala2 lotion yg spital bg..harap2 cepat sembuh....
aliya tgh layan menan kat selayang mall..sempat wat bubble lagi tu....

kat restoren...baik betul aliya harini...langsung xwat pangai nak nangis ke apa ke...tq baby....

No comments: