Nuffnang

Followers

Monday, November 9, 2009

segalanya my contest

Monday, November 2, 2009

hadiah contest wansteddy on d way

Salam... aku lupa nak bagitaw tadi yang hadiah para pemenang sudah dalam perjalanan (kot). Sebab pagi2 tadi aku dan en.hb kelambatan masuk opis uruskan hadiah pemenang di pejabat pos. Aku lupa bungkus hadiahnyer awal2 maka para pemenang... korang jangan terkejut gaban tengok hasil bungkusan aku yang serba serabai!

Harap2 hadiahnya takde cacat cela cukuplah. Kerisauan jugak diriku. Al maklum bungkusannya sangat teruk disebabkan tergesa2 membalutnya disamping material balutan yang tak stabil. Duhai... harap2 hadiah2 mereka selamat sampai ke tangan pemenang dengan selamat.

Maaf ye para pemenang, lambat aku pos hadiah untuk korang sebab aku tunggu semua alamat sampai. Alhamdulillah sabtu lepas semua alamat peserta dah dikumpul dengan jayanya. Kalau bungkusan dah sampai atau tak sampai bagitahulah aku yep.

Sekali lagi, terima kasih kerana sudi memeriahkan contest anjuranku :-)

Photobucket

Friday, October 30, 2009

''2009 Year End Contest''

Contest ini dianjurkan oleh Yann dari kedai onlinenya lovelyhandmadecards. Menariknya design2 dalam blog ini semuanya handmade! uu... comel sungguh, tak caya tengok gift yang bakal diberikan kepada pemenang bertuah seperti ini;

Cara mudah untuk menang, kira 'love-love' dalam gambar di bawah.
Jawapanku: 23!

~klik sini untuk join diz contest~

Photobucket

Tuesday, October 27, 2009

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST

Contest ini dianjurkan oleh elizahadi sempena meraikan 5th Anniversary. Damia tak banyak baju kaler biru sep bek gaun dari pak longnya jenis jeans biru. Valid kot nak join diz contest kui3... contest bermula dari 24 October 2009 hingga 17 November 2009.


Nama baby: Aliya Damia
DOB: 24.3.2008

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST
klik sini untuk join diz contest :-)

Photobucket

Jundeco Stickers Contest

Contest ini anjuran bersama mombloggersplanet dan Jundeco Stickers. Suka tengok wall deco ala2 english cam dalam blog Jundeco Stickers.

Kalau tepek sticker pada dinding boleh menyerikan lagi rumah. Tak perlu beli wallpaper yang lebih mahal untuk cantikkan ruang rumah. Cukup sekadar sticker di spot2 tertentu rumah. Pasti menyerikan kediaman anda! wah, kempen aku. Aku suka dengan design ini.

Code : KR-0026 (Transparent)
Price : RM59.00
Measurement : 50cm x70cm


Contest ini dianjurkan oleh:
Jundeco Stickers

jundeco-stickers-contest


Photobucket

Friday, October 23, 2009

Gift wansteddy contest

Baru aku sedar yang aku belum update gambar hadiah pemenang. kui3... sungguh leka.

Sebenarnya aku nak beli teddy bear besar untuk pemenang pertama. Tapi kenangkan susahnya nak wat kiriman. Jadi aku pilih pooh bear yang sama nilai je dengan teddy bear besar tu. Bagusnya pooh bear ni mempunyai kualiti kain yang lebih baik berbanding kualiti bulu2 teddy bear idamanan aku itu.

Bagi pemenang kedua hingga keenam menerima bantal + comforter. Sebenarnya harga bantal pink tu beza rm2 je murah dari bantal patrick. Tapi disebabkan puan penganjur ni suka gile kaler pink maka hadiah untuk no. 2 hingga no.4 adalah bantal pink. Ikut sukatiku je nak bagi hohoho.... Diharapkan pemenang semua berpuas hati dengan hadiah yang diberi.

Sekali lagi, ucapan terima kasih penuh penghargaan kepada semua peserta yang sudi menyertai kontes anjuranku. Korang memang BESH!

Pooh bear

Hadiah no.1




Bantal + comforter PINK TURTLE
Hadiah no.2, 3 dan 4


Bantal + comforter PATRICK SPONGEBOB
Hadiah no.5 dan 6




Photobucket

Thursday, October 22, 2009

Pemenang Wansteddy Contest

Setelah menanti dengan penuh debaran. Masanya untuk aku umumkan nama pemenang bertuah. Pemenang pertama adalah pemenang pilihan aku sendiri. Pemenang kedua hingga keenam dipilih secara cabutan bertuah. 45 peserta telah bertanding, dengan gaya dan jayanya maka cabutan dilakukan untuk memilih pemenang secara adil lagi saksama.


Proses pemilihan pemenang secara cabutan bertuah.
Aku semak 3kali untuk pastikan semua nama ada.
Sah dan soheh cabutan pemenang ini telus dan mulus...

Dan pemenangnya adalah.......

tempat pertama

Ms.Notti

Kenapa aku sendiri pilih no.1? Sebab aku rasa aku patut pilih sendiri pemenang contestku. Apa punya jawapan da... Secara jujurnya sebab aku nak pilih pemenang sendiri dalam masa yang sama aku rasa bersalah kalau aku pilih pemenang dan yang lainnya tak terpilih. rasa kecewa pasti ada. Maka aku rasa adil untuk hadiah kedua dan berikutnya diadili secara cabutan bertuah. Gambar pilihanku ini sangatlah menyentuh qalbu! Dan aku rasa ms notti pun rasakan demikian tengok aksi anaknya dengan teddy bear ini.


tempat kedua

liana


tempat ketiga

Eyna Shariff



tempat keempat

farah syeefa


tempat kelima

k.nza


tempat keenam

KP

Tahniah kepada semua para pemenang.
Sila emailkan nama serta alamat anda ke;
washifalo@yahoo.com.
Nantikan kiriman hadiah dari wansteddy!

Terima kasih kepada semua peserta yang yang sudi menyertai contest anjuranku. Segala susah payah korang aku amat2 hargainya. Terima kasih kerana sudi addlink n jadi follower aku. Tiada paksaan dah. Kalau nak off pun aku tak kisah. Tanpa keizinan korang, aku nak addlink blog korang dalam blog aku yep. hohoho.... (wat kontes ada makna)
Pastinya seronok dapat kenal2 para peserta my contest!

Kepada peserta yang lain yang
tidak terpilih jangan sedih dan kecewa.
Cuba lagi di lain contest anjuranku yep!

Jangan putus asa menyertai sebarang contest
anjuran blogger dan rakan2 yang lain,
tingkat azam untuk capai kemenangan!
Teruskan merempit sertai
contest/giveaway
sepertiku!
hohoho....


Photobucket

Wednesday, October 21, 2009

jenis2 contest/giveaway yang aku kurang minat sertai

Contest dan giveaway. Kalau ada je sebarang n3 yang berkaitan dengan dua perkara tersebut aku pun jadi gegar iman terus nak tinggal job. Jelajah jap blog sang pemilik blog. Jenguk2 jenis contest/giveaway. Kenangkan mampu atau tidak aku join contest/giveaway tersebut.

Tapi aku ada beberapa jenis contest/giveaway yang aku tak berminat nak sertai. Aku luahkan pandangan ini secara jujur. Telus dari hatiku dan mungkin perasaanku ini berkongsi sedikit sebanyak dengan rakan2 lain. Mengambil kira contest di luar blog juga seperti anjuran Kotex ke Mamypoko ke blablabla... Sebab aku suka gak join contest. Dengan harapan besar supaya aku beroleh kemenangan besar. huhu....

Berbalik pada tajuk. Antara jenis2 contest/giveaway yang aku kurang minat sertai:

1) banyak sangat syarat-myarat. Kalau setakat syarat basic suh adlink blog jadi follower aku tak kisah, lagi aku suka sebab leh tambah kawan. tapi kalau syarat dah menjela2 dengan dengan hal yang remeh temeh mula la aku mai sindrom M (malasss) terlebih sudah tu. Pastu contest/giveaway tu mesti aku sipi2 je nak join, samada nak join atau tidak nak2 kalau tengah bz. Lagi la xde mood nak join kui3...

2) Contest jenis kena taruk komen banyak2. Aku ni jenis silent reader beb, jengah2 baca kalau rajin aku boh komen. Tapi kalau kena wojib bg komen aku cukup malas. Sebab aku selalu tak dapat nak berebut dengan orang yg rajin bagi komen. Maaf la kalau contest/giveaway camni aku terpaksa tolak awal2. Tahu dah mesti tak menang. kata negatifku huhu... Bukan takmo join tapi masa peruntukan aku sangatlah terhad. Kecuali mai lak sindrom GILA CONTEST. dgn segala kekusyukkan aku tarok barang 100komen kalau rajin. Tapi contest cmni aku tak nah menang. Betul... huhu....

3) Contest wojib slogan. aku benci bagi slogan sebab aku tak kreatif karang ayat mantops. Pastu kena lak slogan BI lagi aku rasa kering otak nak pk kan slogan tersebut. benci tol lah!

4) Contest nak kena sertakan resit. Nak2 jenis kedai yang gunapakai lagi mesin kira tak beresit. Dah rugi haku... Dan ada gak jenis kedai yang bila tau ada contest perlukan bukti resit dorang tak kasi resit tau. Slalu kalau takde contest barang rm0.50 pun nak bagi resit gak. Nih kalau contest yang perlukan resit leh lak disimpan resitnya. Cez!

5) Contest perlukan tandatangan kreatif. Nih pun contest yang aku tak gemor! Tensen aku nak melukis2 tandatangan kreatif. Alangkan tandatanganku sendiri pun burok! huhu.... Harapan sangat tipis untuk menang.

6) bukti pembelian berupa tin kosong. Waduh2... kok pk senang banget aku mau kemikkan tin pastuh taruk dalam envelope pastuh dikirimin? contest jenis ni pun aku pk serabut! penganjur2 jgn la wat contest cenggini seksa.... tabahkan la hati ini untuk tawaduk sertai contest sedemikian. huhu

7) Contest yang wojib beli dua atau lebih botol air sebagai bukti pembelian. Satu2 dah la. Kalau wajibkan satu bukti pembelian pun dah banyak untung dan pihak penganjur. Kalau sorang beli 5botol sekurang2nya untuk join dat contest. Bayangkan kalau 500orang len pun beli dalam kuantiti yang sama. Tak ke untung dah tu? Belum ambik kira yang borong banyak2 lagi terlebih untung. Kadang2 aku pk pihak camni cam nak kaut untung je. Memang pun taktik nak kaut untung pun saja aku nak sebut ulang kali kui3...

8) Contest pakai juri... Nak2 juri kalangan kawan2. Ado... aku dengan rasa rendah diri percaya peluang kemenangan langsung takde la kalau nak join contest camni. Tu pasal sebagai berlaku adil, aku jadi juri sendiri untuk contest anjuran sendiri. Kecuali kalau aku nak wat contest secara cabutan bertuah. Mungkin aku guna khidmat pembantu untuk cabut undi. Yang adil lagi saksama tak lain tak bukan my pingcess aku sendiri. Sah2 dia tak reti nak pilih kasih. Sah2 takde orang ngata kat aku kalau yang termenang tu kawan aku sendiri. kui3...

9) Contest nak kena raih undi. Pertama sebab aku tahu aku tak glamer. Kedua aku segan nak raih2 undi walaupun niat nak menang tu tinggi melangit. Rasa cam perlu meminta2 pulak. So aku harap penganjur2 contest pk2kanlah tentang syarat raih undi ni. Terseksa para peserta nak kena cari undi khususnya peserta sepertiku yang sungguh tak glamer. huhu...

10) Contest yang perlukan gambar pelik2. Kalau ada dalam koleksi boleh la nak join. tapi kalau takde dalam koleksi bencinta aku nak join contest2 cenggini. Kalau takat candid, insya'allah... sebab aku suka amik gambar famili. Candid2 pun banyak!

Setakat ini yang dapat aku senaraikan. Sebenarnya aku pk banyak lagi, tapi disebabkan aku nak paparkan n3 ni aku view je la post kali ni. Kalau esok2 terlintas difikiran nak tambah intipatinya aku akan buat n3 tambahan jenis2 contest/giveaway yang aku kurang minat sertai part 2 dan selanjutnya.

Harap2 janganlah ada yang berkecil hati dengan n3 aku kali ni. Khususnya dari blogger dan kawan2 yang pernah buat contest/giveaway dan sedang buat contest/giveaway. Bukan niat nak mengkritik tapi aku rasa senarai panjang yang aku beri tu agak releven dan dibuktikan kelecehannya oleh rakan2 teman lain.

Aku sendiri dah rancang kalau nak buat contest lagi (wah berangan) nak bikin yang senang2kan peserta je. Contest aku yang sebelum ni pun menyeksakan para peserta. Sebab aku belum umum result kui3!

ps: pasni mesti ada wat tambahan... jenis2 contest/giveaway yang aku kurang minat sertai jenis lambat umum result cam wansteddy! (mak faham...kui3)




Photobucket


Tuesday, October 20, 2009

Anakku Ceria Contest

Contest ini dianjurkan oleh ibu Irfan. Kelayakan hanya satu penyertaan untuk 1blog. Upload gambar anak atau anak2 saudara di bawah usia 24bulan. Maka my gurl layak menyertai diz contest, wah2!

Nama baby: Aliya Damia
Umur: 1tahun 6bulan






Lengkapkan syarat2 penyertaan beserta gambar ceria anak untuk merebut hadiah istimewa seperti di bawah... klik sini untuk sertai diz contest












Photobucket

BABY IN GOWN CONTEST

Contest ini dianjurkan oleh mama alieya (owh, sikit lg nama blogku kui3). Khas untuk gurl2 saja sebab contest ni perlukan pic baby wit gaun. Damia banyak gaun tapi aku je yang jarang sangat nak amik gambar beliau dengan gaunnya. Apa yang ada je boleh dimasukkan di dalam contest ni. Harap2 menepati syarat puan penganjur :)

Nama baby: Aliya Damia
Umur: 1tahun 6bulan




Klik sini untuk join diz contest

Photobucket

ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL

Contest ini dianjurkan oleh smileykidz photography . Syarat2nya sangat mudah untuk melengkapkan penyertaan dalam contest ini. (Aku dah pastikan semua syarat disempurnakan). Upload pic baby dengan senyuman sweet. Aku pertaruhkan gambar Damia yang ini...

Nama baby: Aliya Damia
Umur: 1tahun 6bulan



Klik sini untuk join diz contest


Photobucket

cutest baby in walker contest

Contest ini dianjurkan oleh Orked sempena ulang tahun kedua anakanda beliau Nur Aqilah Insyirah pada 23 oktober ini.


Nama Baby: Aliya Damia
Umur: 1tahun 6bulan

Damia mula bermain di dalam walker ketika berusia 6bulan. Dek kerana suka melihat kaletahnya di dalam walker, aku dan en.hb berpendapat sudah masanya belikan Damia sebuah walker menarik untuk permainannya. Sebelum membeli walker, kami cuba membaca info sebanyak mungkin tentang walker, kebaikan dan keburukannya. Sememangnya walker tidak digalakkan untuk kegunaan baby. namun dalam masa yang sama walker juga penting untuk melatih baby lebih berkeyakinan untuk berdiri dan cuba berjalan.

Kelebihan walker damia:
Walker pilihanku jenis 2in1 jenama my dear. Sekali pandang fungsinya sangat menarik. Walker ini disertakan dengan permainan serta alat muzik sebagai hiburan. Walker ini juga sangat selesa dengan ruang tempat duduk yang disertakan dengan kain yang selesa untuk diduduki. Untuk melatih baby kita berjalan sendiri, walker ini boleh dibuka dan dijadikan alat sokongan untuk dipegang sambil melatih baby kita berjalan.

Keburukan walker damia:
Bagaimanapun fungsinya agak sukar dipandu kerana hanya mempunyai 4 roda sebagai sokongan. Cadangan aku, sekiranya ibu bapa ingin membeli walker, carilah walker yang mempunyai lebih tayar supaya boleh memberi lebih kebebasan bergerak kepada baby anda. 4 roda tayar saja beri ruang terhad untuk bergerak apa lagi kiranya ruang berjalan sempit.




Klik sini untuk join diz contest



Akhir kata,
Selamat Ulang Tahun pada baby Nur Aqilah Insyirah
.
Semoga membesar menjadi anak yang pintar, cantik dan solehah,
amin...


Photobucket






CONTEST "BESDAY GURL BAIK HATI"

Ahah! inilah masanya untuk aku kembali rempit mengontesttt... Contest ini dianjurkan oleh norida ramli dari ayuni collection.

Dek kerana inilah kali pertama aku jelajahi blog beliau yang sarat dengan warna warni koleksi tudung serta shawl yang indah2... tak banyak yang dapat aku komen selain memuji koleksi beliau sememangnya cantik dan menarik! Harga produknya juga berpatutan dan mampu dimiliki. Jangan jemu lawati blog beliau yang bermottokan "GAYA ITU MILIKMU.. ".

Contoh produk ayuni collection...
sangat sweet!

Menyediakan demo memakai shawl...
blog yang sangat praktikal
tahniah!

jom join diz contest, klik sini!


Photobucket

para peserta wansteddy contest

Salam...
Sekian lama menanti barulah aku dengan penuh debarannya mempersembahkan gambar2 yang dipertandingankan dalam wansteddy contest. Seramai 45 peserta telah mengambil bahagian. Seperti yang telah aku janjikan, hadiah akan diberikan kepada 6peserta bertuah.

Penilaian aku berdasarkan gambar yang paling menarik perhatianku. Aku tak gunakan juri umum dalaman mahupun luaran untuk hadiah pertama. Bagi tempat kedua hingga keenam bergantung pada rambang mataku. Fening dah sekarang sebab aku sungguh teruja dengan semua gambar. Pada aku, semua layak menang. Tak kiralah bergambar dengan teddy bear atau tidak. Kalau korang suka gambar pilihan korang tu, maknanya gambar tu tentu gambar istimewa. Maka keputusan aku untuk pemenang akan bergantung pada terujanya aku pada gambar pilihan korang atau jawapan korang... "kenapa korang suka gambar tu".

Jadi.. nantikan keputusan pemenang yang akan aku umumkan dalam masa terdekat. Bila tu takmo kasitau lagi. surprise.... Jadi kawan2... meh cuci mata tengok gambar2 peserta.





Photobucket

Saturday, October 17, 2009

MANGSA BULI CONTEST

Contest ini dianjurkan oleh Mommy Qastalani. Simple n basic syarat untuk sertai contest ini ialah: jadi follower, addlink blog beliau dalam bloglist kita, copy paste banner kat sidebar blog kita beserta gambo kekejaman dari kita. Senang mak enon. Harap2 penyertaan aku kali ni bertepatan dengan kehendak puan penganjur. Kalau ada salah silap gitau yep mommy Qastalani!


Nama mangsa: Muhammad Afiq
Umur mangsa: 4tahun

Kejadian buli ini berlaku disebuah pasaraya terkemuka di Selayang. Ewah! Kalau sebut sah korang tahu mana nak tuju. Nak jadi story, sedang sibuk kami para ibu (aku dan my sis) membelek2 baju baby untuk anak2... si afiq (anak my sis) datang menyakat. Kena pulak time dia menyakat tu kami terjumpa sehelai baju yang amat...... kelako! Merelip2 merewang2 warna serta coraknya. Sebabkan kami nak membalas sikap nakalnya menyakat kami terdahulu, kami kenakan baju tu kat afiq. Tak cukup dengan tu kami amik gambar sekali! Si Afiq punyalah malu sampai sanggup jerit2 "tak nak! tak nak!!" sambil sorok muka nak masuk dalam timbunan baju seperti gambo yang tertera di atas. Korang imagine sendiri la kejadian tersebut. Memang kelako dan aku rasa kejadian buli inilah yang paling berjaya setakat ni mampu mendiamkan si afiq buat seketika dari terus menerus menyakat orang lain. Selalu sangat sakat orang, kali ni dia lak kena sakat. Afiq... afiq...



Nak join diz contest? klik sini.
Photobucket

Friday, October 16, 2009

Mummy 2 Haqq Header Contest

Contest ini dianjurkan oleh mummy Haqq. Nama anak2 beliau sangat unikkan. Aku dah design 4 header. Banyak gambar yang boleh dijadikan pengisian design. Tapi aku sangat suka gambar2 yang aku paparkan dalam rekaanku.

Harap2 mummy Haqq suka dengan design aku. Last minit buat sesambil wat kerja2 rekabentuk diari jabatan 2010. ngahaha....


design 1


design 2


design 3


design 4

klik sini untuk join diz contest!
Photobucket

Thursday, September 17, 2009

terima kasih my-giveaway


klik gambar untuk ke blog my-giveaway

Terima kasih banyak kepada pengurusan my-giveaway yang membuat liputan tentang contest anjuranku. Lama sudah aku nak menulis disini tapi bila mula menaip ke lain pulak story aku.

Maka dengan ini secara rasminya aku ucapkan berbanyak terima kasih kepada my-giveaway. Terima kasih kerana sudi mengiklankan secara percuma tentang my contest. Semoga blog ini terus sukses!

Photobucket

Monday, September 14, 2009

contest by kojah



Harap2 belum terlambat aku join contest anjuran Kojah ni... Pendekkan cerita, inilah header yang aku design untuk menyertai contest ini. Harap2 penganjur berpuas hati.

Photobucket

Thursday, September 10, 2009

"HAPPY FAMILY CONTEST"

Contest ini dianjurkan oleh Ieda dari Blog iedaLUVsham. Contest bermula dari 11 OGOS - 12 SEPTEMBER 2009. Sebagai peserta kita perlu memenuhi syarat ke 5 iaitu link kepada iedaLUVsham & HAPPY FAMILY CONTEST (no link back will be disqualified)


Gambar keluargaku ini diambil ketika bercuti di Colmar. Tempat yang sangat indah untuk beristirehat, membawa keluarga beriadah dan sebagainya. Percutian di sini mengamit kenangan terindah dalam hidup kami.

Untuk menyertai contest ini sila klik banner.

Photobucket

Cute Baby In Stroller/Pram Contest

Cute Baby In Stroller/Pram Contest dianjurkan oleh Nuroll melalui blognya mummyameer. Contest bermula dari 8 September 09 hingga 15 September 09.


Gambar aliya dengan strollernya di Taman tasik Titiwangsa. Ketika ini aliya berusia 5bulan. Ketika ni aliya masih boleh lagi kalau nak di bawa berjalan naik stroller atau buggynya. Sekarang langsung tak mahu. Stroller dan buggy aliya sekarang dok bersawang dalam bilik kedua. Kadang-kadang rasa sayang je simpan tak digunakan. Kalau dipaksa naik jugak, sepanjang jalan la dia melalak nak turun dari stroller. Anakku.. anakku....


Klik gambar ini untuk menyertai contest.

Photobucket

Wednesday, September 9, 2009

"CUTE SLEEPING BABY CONTEST"

Contest ini anjuran Puan Baiti dari blog Love My New Life. Lawati blog beliau untuk menyertai contest menarik ini yep. Contest ini bermula dari 03 Sept 2009 hingga 18 Sept 2009.


Gambar ini diambil ketika Aliya berusia 4bulan. Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur sebab kami bercuti di kampungku Perak. Aliya semasa newborn hingga berusia 1tahun suka tidur dalam kereta. Masuk je kereta, main2 jap tidur... Banyak foto Aliya semasa tidur dalam koleksiku tapi aku pilih gambar ni sebab penat dah godek2 gambar aliya yang disimpan dalam DVD.

NAMA BABY: aliya damia azmi
BIRTH DATE: 24 mac 2008
PLACE OF BIRTH: Hospital Selayang
NAMA IBU: wans

Syarat no. 7: Nyatakan skali aper yang special tentang blog Love My New Life

Specialnya blog ini kerana empunya blog yakni Puan Baiti sangat mesra pengunjung. Walaupun baru kenal dari contest yang dianjurkan oleh beliau, rasa seperti telah lama kenal. Kisah-kisah dalam blog Baiti banyak mengisarkan tentang kisah dirinya, baby gurlnya Baby Iris, keluarga, teman-teman dan ilmu pengetahuan. Satu persamaan blogku dengan blog Baiti ialah, kami sama2 seorang ibu kepada baby gurl.

Klik gambar untuk join diz contest
Photobucket

No comments: