Friday, November 6, 2009
blog baru on d way
Untuk pengetahuan korang aku dalam proses bina blog baru. Walaupun aku sangat2 sedih nak tinggalkan blog mummy n aliya penuh kenangan ni tapi aku rasa lebih baik aku melangkah ke fasa baru. Dengan nama baru dengan wajah baru. Wajah blog baru maksudku.
Sebabkan aku masih nak lakukan banyak renovation maka aku tangguh dulu publish blog tersebut secara terbuka. Jangan pelik kalau kadang2 wujud blog tersebut kadang2 hilang, sebab aku belum bersedia paparkan secara terbuka. Dalam blog tersebut aku dah nyatakan kenapa aku nak beralih blog. Malas aku nak copy paste di sini.
Sampai masanya nanti aku akan publishkan blog tersebut. Harapan aku kawan2 yang setia dan selalu mengunjungi blog ini dapatlah tukarkan link blog baru aku nanti dalam bloglist korang. Yang pasti sesapa sahaja yang jadi follower dalam blog tersebut secara automatik akan dimasukkan terus dalam bloglist baruku nanti.
Nantikan.....
ps: harini aku tak boleh nak post komen. napa tah. Tapi awal2 tadi dah cek, server conflict. ada kot mana2 staff try amik IP address aku. Tengok2lah petang2 sket kot aku dapat post reply komen dr kawan2 aku.
Photobucket
4 kata bicara
Labels: Kisah aku
Tuesday, October 27, 2009
kemaskini blog
#
Domain name Size Load Time Average Speed per KB
1 mummynaliya.blogspot.com/ 212.65 KB 0.89 seconds 0 seconds
Harini proses kemaskinikan blog. Banyak dah gadget2 tak perlu aku dah delete. Masalahnya size blog aku masih berat. Yang tinggal tu semua kesayangan aku. Lantak la berat sikit pun. Sok2 ada kerajinan aku bersihkan lagi habuk2 tak penting.
Aku tengah tunggu sorang lagi peserta contest berikan alamat. Bercinta aku nak pergi pejabat pos berulang2 kali. Walaupun tak jauh mana pun dari opis, tapi nak bawak satu karung besar beg redah jalan sungguh segan okey. Kalau semua alamat dan sedia ada aku terus nak g hantar gift2 para pemenang. Sekali jalan je takpe la jugak, Kalau dua tiga kali jalan dengan karung besar, malu gak mokcik! hohoho....
Photobucket
4 kata bicara
Labels: Kisah aku
lepakian + design
Semalam blog aku tak boleh bukak. Masalah server gamaknya. Bila dapat bukak kat rumah dia punya lembabs ngekkk ngekkk nak loading pages pun lembabs. Sep bek kat opis leh loading harini. Tapi sangatlah slow dengan posting komen takle nak bukak. Jengah2 blog kawan2 jadi silent reader je la. Aku malas nak berblog sangat. Harini nak fokus design2 lak.
Job masuk, bestnya my boz kasi pk design BEBAS. so aku boleh taruk pe saja design aku suka. Tentulah dengan konsepkan. Tapi bila diberi tugasan bebas ni yang buat aku lebih senang hati. Survey2 dulu design2 terapung aku dulu. Yang dah design tapi belum publish untuk real design. Memang best dapat boz sempoi seperti beliau. huhukkk. takmo tarok nama kang orang kata bias. hohoho....
Memula cadang nak upload design2 lama aku. Sebab dah lama aku peram tak upload2 tapi malas la pulok. Server lembabs okey, nanti2lah bila line lancar.
Photobucket
0 kata bicara
Labels: Kisah aku
Saturday, October 17, 2009
Ipoh dan Gerik
Sekitar jam 4.30petang tadi kami sekeluarga selamat sampai di kampung halamanku di Gerik, Perak. En.hb cuma hantar aku dan damia saja sebab dia terpaksa bergegas semula ke Ipoh untuk selesaikan banyak lagi tugasan beliau disamping persiapan rehearsal untuk sambutan Pameran 1 Malaysia yang akan berlangsung esok hari.
Asalnya kami gerak lewat petang ke Ipoh semalam. En.hb tiba2 dapat kerja urgent. Seperti persiapan kami yang lepas, kali ni pun sambil lewa je sebab rancangan untuk balik ke kampung dari jumaat hingga ahad sahaja. Tak sangka pulak plan berubah. Kami terpaksa menginap di rumah pakcik aku kat Taman Perpaduan. En.hb juz drop aku dan damia, kemudian beliau terus bergegas ke Simpang Pulai bersama2 my pakcik sebagai penunjuk arah.
Harini aku dan Damia balik kampung. Insya'allah esok kami akan kembali ke Ipoh. Nantilah aku sambung story yang lebih panjang dengan gambar.
Pasal contest, aku belum berkesempatan nak semak semua blog peserta dengan lebih lengkap. Jengah2 pastu stop sebab aku sibuk gak. Kununnnn.. Pape aku cuba update n3 para peserta dengan seberapa segera. Nantikan n3 tersebut yep. Aku sendiri berdebar nak pilih pemenangnya, ewah!
Photobucket
2 kata bicara
Labels: Kisah aku
Wednesday, October 14, 2009
boring day at IPOH, Perak
Bukan saja-saja berjalan atau bercuti. Sebaliknya temani en.hb yang bermesyuarat di bangunan kerajaan Perak. Aku lupa lak nama penuhnya. Aku tak boleh nak pergi kerja jugak, sapa nak hantar. Lagipun kami gerak ke Ipoh pun selepas balik dari kerja pada hari isnin sebelumnya. Memang rushing giler... Kesiannya, dek kerana hari isnin en.hb tersangatlah sibuk... damia kami amik pada pukul 8malam. Pertama kali tinggalkan Damia terlalu lama pada nanny. Damia nampak saja en.hb terus nangis. Sedih ditinggalkan lama. Kesian my gurl...
Pas amik Damia dari rumah nanny, kami terus bersiap2, hangkut segala macam baju seadanya pastu, gerak.
Night at Bandar IPOH... sunyi sepi je bandar Ipoh di kala jam 3pagi. Eh, sempat jugak terserempak dengan dua orang budak skolah merempit. kui3...
Baru sampai... pukul 3pagi baru dapat check in. bapak saudara aku ada jemput tidur di rumah beliau, dekat je di Taman Perpaduan. Tapi aku segan pulak nak kacau famili orang pagi2 buta hari. Plan nak singgah waktu siang. Malangnya tak berkesempatan sebab en.hb sangat bz. Tinggallah kami dua beranak melepak2 dalam bilik hotel tak tau nak buat apa. Damia kerjanya tidurrrr je.
Inilah bangunannya... yang bakal menempatkan pameran dari Jabatan Penerangan Malaysia. Jemput2 warga Ipoh memeriahkan majlis. PM kita pun bakal hadir memeriahkan majlis pelancaran.
Me @ window... Layan panorama Ipoh di petang hari. Suatu ketika dahulu aku pernah kerja praktikal di Medan Kid, Ipoh.
Item2 toilet hotel... Benda2 alah ni la jadi mainan Damia. Sep baik tak pandai pulas penutup, kalau tidak mesti berbau syampoo bilik tu.
Pose budak fedap... Duduk je dalam bilik, apa saja depan mata jadi mainan. Melangut tengok TV layan citer tah hapa2 tah.
En.hb... dah balik dari meeting sambung lagi kerja dalam bilik hotel. Kali ni email kerja pulak kat Bahagian. Malangnya server lembab dalam bilik. Terpaksalah en.hb turun ke lobi uruskan kerja-kerja urgentnya.
Pose lagi... Dah siap mandi sekali lagi. Kali ni bersiap nak balik Kl pulak. Sementara tunggu ayah solat, Damia dok diam2 je atas katil layan TV. Baik pulak anak mummy kali ni. Langsung tak sepahkan bilik. Damia kalau tengok aku bertudung, dia faham la yang niat kami nak berjalan tu.
Pose... Damia sangat2 fedap asik kena menunggu je sepanjang hari. Suruh senyum pun tak sudi dah.
Me n my gurl... Dalam lif nak gerak balik ke Kuala Lumpur... Damia excited maybe dia sangka kami nak bawa dia berjalan. Kesian my gurl seharian boring melepak dalam bilik hotel je. Bila seronok2 nak berjalan rupanya kena menepek dalam kereta je 3 jam. huhu...
Singgah di RNR Tapah... solat2, makan2 kat Shalala cafe. Makanannya boleh tahan. Pas siap makan kami terus pulang ke KL. Perjalanan ke KL amik masa 1 setengah jam.
Photobucket
8 kata bicara
Labels: Kisah aku
Rehat kerja jap sambil bercerita
Kejap je masa berlalu, esoknya masuk 15hb. Aku rasa cam cepat sangat masa berlalu. Create contest wansteddy dulu pun atas dasar suka-suka dan tak berharap sangat peserta akan seramai ini. Hingga saat ini aku masih belum periksa sepenuhnya setiap penyertaan yang baru. Yang lama tu aku cek dah sampai detail sebab tak sesibuk sekarang. Kalau ada sebarang pembetulan akan aku hubungi segera para peserta yang belum lengkapkan syarat.
Bagi yang berminat untuk sertai contest ini, ingin aku tegaskan sekali lagi... contest akan berakhir pada esok hari bersamaan 15hb pada pukul 12malam. harap semuanya maklum.
Semalam kami sekeluarga ke Ipoh Perak atas urusan kerja en.hb. Penat terasa hingga kini sebab rasa tak cukup tidur. En. hb lagilah sibuk. Tidurnya dalam beberapa jam je sebab banyak kerja nak kena setelkan segera sempena pameran 1 Malaysia yang bakal diadakan di Ipoh Perak dalam masa terdekat. Bagi warga Ipoh dan Perak yang berdekatan, jemput2lah ke pameran Jabatan Penerangan Malaysia.
Aku tak sertai kumpulan pameran kali ini. Sebabnya aku pun baru masuk kerja selasa minggu lepas. Memang tak boleh terlibat secara langsung pun sebab dah ramai senarai ahli yang bertugas kelak.
Buat masa ni aku tengah memerah otak bina merekabentuk buku diari Jabatan untuk tahun 2010. Harap2 design ni disukai. huhu... Rasa kebas je jari jemari nak mendesign setelah lama memeram idea. kui3...
Photobucket
0 kata bicara
Labels: Kisah aku
Monday, October 12, 2009
item gift my contest + lanjutan bengang semalam.
Salam...
Aku dah jengah2 beberapa blog baru yang sertai my contest. Bila aku tengok para peserta yang kian meningkat rasa bersalah pulak bila pk kan hadiah yang bakal aku bagi kat pemenang tak banyak pun. Maka aku fikir2 adil kalau aku wat tambahan hadiah. Pada mulanya aku juz nak bagi gift dari tempat pertama hingga tempat ketiga saja. Tengok senarai panjang peserta aku wat tambahan lagi tiga hadiah.
Aku masih tetap dengan pendirian bahawasanya gambar pemenang nanti tidak semestinya perlu beraksi dengan teddy bear. Biarlah adil pada peserta yang ikut syarat sebenar. Jadi harapan aku n3 aku ni dapat jelaskan segalanya yep. Jangan nanti ada yang salah faham napa ada pemenang yang tak beraksi dengan teddy bear pun boleh menang. Aku bagi contoh saja. kekeke...
Pening kepala aku tengok gambar2 yang comey2 belaka dengan teddy bear. Tengok aksi peserta dengan teddy bear yang gebu2 pun wat sentap iman je. Teringin daku bermilikkan teddy2 bear gebu itu huhu.... Yang wat tambah pening tak tau dah nak pilih yang mana. Semuanya berkelayakkan penuh sebab memasing ikut syarat dah.
Tarikh tutup tetap pada 15hb oktober. Tepat jam 12 malam contest ni tutup. Takde rayuan takde pindaan. Aku tak nak ada yang tak puas hati maka aku tetap dengan syarat saja. Bila aku umumkan pemenang nantikan dulu n3 khas senarai peserta. pastu barulah aku umumkan pemenang. Semoga berjaya para peserta!
Dengan dukacitanya aku maklumkan... hadiah tempat kedua hingga keenam bukanlah item teddy bear. Maaf ye kawan2. Diharap anda tidak berkecil hati.
Sebelum ni aku ada cakap nak bagi hadiah yang berkaitan dengan teddy bear. Tapi bila aku survey hadiah yang berkenaan takde lak stok berbentuk teddy bear yang aku maksudkan. Disebabkan hadiah pilihan aku ni punya dwifungsi. maka aku beli jugaklah dengan harapan para peserta suka. Aku lupa nak snap pic. Tapi aku terangkan je la pemenda hadiahnya.
Tempat pertama: teddy bear. Saiz... rahsia!
Tempat kedua + ketiga + keempat: bantal+comforter pink turtle
Tempat kelima + keenam: bantal+comforter patrick (watak kartun spongebob)
Aku mintak maaf banyak2 sebab tak dapat nak hadiahkan bantal+comforter berbentuk teddy bear iadamanku. Dah habis stok. Kalaulah aku borong dulu banyak2 dah xde masalah ni. Tapi manalah aku terfikir nak beli dulu kan. huhu...
Aku suka bantal+comforter ni. Kalau nak wat lapik kepala leh jadikan bantal. Kalau nak lapik baring2 leh bukak zip. Selesa dibuat selimut. Damia ada 2 comforter gift dari makciknya. Sebab tu aku memang nekad nak jadikan bantal+comforter sebagai gift para peserta. Supaya mereka pun sama suka hadiah tu seperti aku. Tapi kecewanya bila stok yang aku cari dah takde. Tokey kedai kata nak waiting stok baru... maunya makan berbulan.
..................................... .....................................
Setelah aku menulis dalam n3 bengang semalam, aku rasa bersalah pulak. Tapi sebagai pengguna + pelanggan yang sakit hati dengan sikap buruk casher, aku rasa memang patut aku bikin itu n3. Bagi kesedaran tinggi sikit kat para2 staf kedai, restoren dan walau apa pun profesion korang. Haruslah kita berhemah dalam tingkah laku. Kalau buruk kelaku jadilah cam casher kuang ajar sebelum ni. Tak pasal2 ada blogger bikin cerita khas pasal ko. Yang buruk2 pulak tu. nasip la, sapa suh kuang ajo. Silap pilih orang ko bersikap kuang ajo. Bio aku ajo ko pulak.
Aku dah hubungi tokey kedai ROMANTIKA HOME DECO. Siap bersms lagi. Nampaknya dorang akan amik tindakan. Apa pun tindakannya biarlah bagi pengajaran berguna kat casher bodoh tu. Harapan aku, aku takkan jumpa lagi mangkuk hayun itu. Kalau aku jumpa lagi beliau di dalam kedai yang sama... jaga2lah tokey... aku tetap akan bising2 kat ko. hahahaha.... bengang punya pasal. Aku tak dulik, sapa suh ko gajikan pekerja biadap cenggitu!
Photobucket
8 kata bicara
Labels: Kisah aku
Thursday, October 8, 2009
Mood ilek
Harini buat pertama kali aku breakfast dengan ladies kat opis. En.hb bermesyuarat di Angkasapuri. Tak sempat nak breakfast bersama seperti selalu. Kesian kat dia, harap2 en.hb makan dulu sebelum sambung kerja.
Aku takde mood nak bercerita sangat harini. Kalau rajin aku update n3 baru. Ntah kenapa blog aku ni asik on off je di opis. Maybe masalah server.
Photobucket
0 kata bicara
Labels: Kisah aku
Sunday, October 4, 2009
Macam-macam kisah
Semalam kami diduga oleh jadual perjalanan yang merunsingkan. Sepatutnya kami selamat sampai ke Kuala Lumpur sekitar pukul 5petang. Tapi disebabkan jadual penerbangan ditangguh, kami tiba di KLIA pada pukul 1pagi! Tup tap tup tap sekitar pukul 3pagi barulah sampai ke rumah. Nak sembang banyak sangat story. Aku nak solat dulu, jadi aku bagi citer pendek je. Kalau rajin jap lagi aku sambung balik cerita.
Aliya demam. Baru plan nak hantar dia ke pengasuh sebab aku nak mula kerja. Tapi nampaknya terpaksa sambung cuti lagi. Kesian kat anak nak ditinggalkan waktu sakit2 camni.
Contestku alhamdulillah dapat sambutan yang baik sepanjang cuti ni. Aku dah masuk ke beberapa blog peserta, dah tengok dan baca tapi ada yang tak sempat aku nak bagi komen sebab server lembab waktu ni. Insya'allah aku akan update segera. Harap2 takdelah masalah dengan serer lagi. Terima kasih kepada kawan2 yang sudi menyertai contest anjuranku.
Bersepai cita2ku nak beri hadiah idamanku pada pemenang bertuah. Dalam usahaku nk dapatkan hadiah istimewa tu stok pulak takde. Nak cerita rasa segan pulak sebab tak jadi nak dijadikan hadiah. Maka aku peramkan aje la hadiah misteri tersebut. Memang aku dah target nak belikan untuk pemenang bertuah. Apa kan daya tak jumpa, takde rezky. Takpelah, aku usaha cari yang lain. Diharapkan para peserta sabar menunggu pengumuman hadiah dariku. Masih teruskan pencarian dapatkan hadiah menarik.
Photobucket
2 kata bicara
Labels: Kisah aku
Wednesday, September 23, 2009
bakal offline dalam tempoh yang lama
Salam Lebaran...
Masuk raya ke 4 barulah boleh online. Tah la kenapa line takde pulak sepanjang raya sebelum ni. Mood nak beraya pun jadi slow down sekali sebab tak dapat nak berblog. Tapi bila aku online harini rata2 kawan2 blog belum lagi update story terkini memasing.
Raya kali ini kurang menyeronokkan buatku. Banyak faktornya tak seperti tahun lalu di mana aliya sihat sepenuhnya. Tapi aku tetap bersyukur sebab keadaan aliya tidaklah seteruk dulu. Dalam usia 1tahun 6bulan aliya masih merangkak. Disuruh berdiri dia gayat asik bergantung kat tangan orang je.
Aku takde mood nak bergambar. Memang sikit sungguh gambar raya kali ini. Bila aku susun gambar2 raya dalam file rasa kesal pulak tengok kuantiti gambar yang amatlah sedikitnya. Gambar raya diriku sendiri pun takde, huhu... Sedih sungguh tau. Tapi mood raya masih ada ni, selagi namanya raya masih boleh bergambar lagi kan...
Insya'allah esok kami sekeluarga besar akan ke Pulau Pinang. Famili nak ikut hantar kami sekeluarga ke airport pulau pinang untuk ke KLIA. Sekitar pukul 12.00 tengahari. Sampai di KLIA kami akan teruskan ke destinasi berikutnya iaitu KK (kota kinabalu) pada pukul 3 petang. Kemungkinan akan tiba ke destinasi pukul 5 petang. Jika takde aral melintang, my abang yang akan sambut kami di sana.
Hari sabtu sekitar pukul 6petang kami sekali lagi akan ke destinasi seterusnya iaitu ke Sandakan kampung halaman en.hb. Cuti kami di sana kali ini lama lah juga. Yang menyedihkan sepanjang tempoh bercuti di Sabah ni aku berhadapan dengan kesukaran untuk online. Kemungkinan aku akan menyepi dalam tempoh yang sungguh lammmmmaaaaa... Pada teman2 janganlah bersangka yang aku terus menyepikan diri dari dunia blogging ya. Dapat je internet akan aku online sesegera mungkin. kekeke...
Aku tak sabar nak update tentang my contest. Tak sabar2 aku nak umumkan hadiahnya yang masih dalam buah fikiran. Jika murah rezkyku, harapan aku dapatlah aku tunaikan keinginan aku untuk hadiahkan barangan idaman aku untuk pemenang bertuah. Doakan kemurahan rezeki buatku dan bakal pemenang!
Photobucket
0 kata bicara
Labels: Kisah aku
Friday, September 18, 2009
balik kampung wowowo balik kampung!!
Salam...
Pukul 5pagi aku dan famili sampai di Kampungku di Pulau Belayar, Gerik, Perak. Bagi sesiapa yang mengetahui kampungku ini pasti tahu keindahan kampungku bukanlah kerana terdapatnya lautan serta pulau sepertimana namanya. kekeke....
Mengimbas waktu malam tadi sebelum waktu perjalanan ke kampung. Lepas en.hb selamat pulang dari opis kira2 pukul 5++petang. Aku terus bergegas memasak sekadar menghabiskan baki stok makanan basah dalam peti ais. Nak bawa balik ke kampung maunya berlendir kereta en.hb. Aliya sibuk bermain. En.hb sibuk mengemas sebab kami buat keputusan segera nak balik kampung malam tadi.
Pukul 10malam setelah selesai kerja2 mengemas buat kali terakhir kami bergegas ke Selayang Mall. En.hb nak beli kasut raya dan aku pulak nak beli stok raya. Konon2 nak beli minyak kelapa dara nufera, pampers mamipoko aliya serta bahan2 nak buat kuih raya SAHAJA. Tapi bila dah masuk mall ke lain pulak haluan belianku. Sudahnya bajet lari banyakkkk.... huhu...
Kira2 pukul 12 mlm barulah kami bertolak pulang ke kampung dengan jayanya. Untuk menghindarkan en.hb dari rasa mengantuk dan penat. Berusaha penuh jiwa raga aku turut sama berjaga. Sekarang mataku korang bayangkan seperti sekor panda sedang menaip di pc. Sangat sadis... huhu...
Tengok dari isi rumah faham benar aku yang banyak lagi kerja2 mengemas yang perlu dilakukan. Tepat benar pilihan kami balik kampung lebih awal. Dapatlah membantu sedikit sebanyak. Ada masa aku akan sambung membelek blogku kembali. Masih pening lalat sebab belum tidur. Kantuknyer....
Photobucket
2 kata bicara
Labels: Kisah aku
Thursday, September 17, 2009
mood balik kampung
Persiapan raya dari segi pakaian nampaknya dah setel. Beg pun dah super sendat sebab aku main taruk je segala baju yang ada. Tak agak2 langsung nak pilih sebab aku tak tahu nak bawa yang mana sebenarnya. Nanti last minit baru aku nak pilih2 dua tiga helai baju yang aku rasa tak perlu. Lipat balik masuk almari.
Malam tadi sesi mengemas. Semua sibuk dengan en.hb dan mek aliya keliling bilik ikut sama mengemas. Sungguh rajin anak dara ku itu tau. Rajin punggah balik hasil lipatan aku, huhu... Sep bek ayahmu penyabar nak... boleh la dia senyum2 lagi layan karenahnya.
Aku pilih2 baju2 lama atau baju2 baru yang aku tak gemar nak pakai lagi. Begitu jugak baju2 lama aliya yang dah kecik. Mana kerongsang2 yang jarang2 aku pakai serta segala bedak, syampoo serta losyen aliya yang tak dipakai. Aku simpan dalam satu beg travel besar. Niat nak sedekah kat sesiapa yang sudi menerima. Tapi aku faham benar, mak aku mesti bising2 bila tengok baju2 aliya pun aku nak bagi kat orang. "Macam tak nak beranak lagi!" Cenggitu la kata emakku. kekkeee...
Bukan aku tak nak simpan, tapi rasanya jika baju tu boleh dijadikan sebagai baju salin untuk baby lain, pe salahnya aku memberi. Kalau perap lama2 bau kepam disimpan watpe kan. Tapi baju2 aliya yang betul2 aku sayang tak boleh la aku bagi je. Selalunya aku simpan baju2 yang diberi oleh insan2 teristimewa dalam hidupku seperti my sis, my bro atau kawan2 serta atok opah aliya.Walaupun kainnya tak seberapa aku simpan jugak kerana nilainya yang menimbulkan rasa nostalgia mendalam dalam sanubari. Aku ni jenis hargai pemberian orang.
Rasa nak balik kampung membuak2. Malas dah nak stay kat KL. Mood balik kampung melanda.
Kakak aku sempat tempah waktu di kampung nanti nak buat kuih raya sendiri. Wah2... bagailah terer sangat, kekekke... bagi pakar makan sahaja sepertiku tugas2 membuat kuih raya ni layak pegang jawatan pembantu saja. Nak rekacipta kuih raya serah kat my sis. Memang terer. Hentamlah pe saja asalkan tak mabuk tetamu makan. kekkekeke....
Photobucket
2 kata bicara
Labels: Kisah aku
Wednesday, September 16, 2009
persiapan raya dan kecelaruan my contest
Aku malas nak upload2 gambar barang2 raya. Semalam buat kali ke berapa tah kami ke j.TAR lagi. Kali ni tujuan sebenar nak tukar baju melayu abah dan ely adikku serta dua baju kebaya aliya dan eisya (sepupu aliya). Semuanya besar2 sangat. Hasilnya cuma baju abah dan ely dapat ditukar. Tu pun baju ely kena tambah duit rm25 sebab nak tukar baju dengan kualiti kain yang sama dah takde saiz. Takde saiz atau si penjual tu nak lakukan produk baju mahal dia. Fikir positif je la... kot memang saiznya takde. huhu...
Redah2 lautan orang kat masjid India akhirnya tiba kat kedai baju kebaya anak dara berdua tu. Frust lagi kali ni sebab saiznya takde. Cam pekerja tadi, 3 pekerja perempuan kat gerai tu pun malas nak mencari. Alasan yang muktamad tak bagi tukar. Saiz ss dah takde! huhu... sedih aku tak dapat nak tengok anak dara berdua tu melaram baju kebaya. Udahla harganya mahal! rasa rugi plak membeli. Senang je kata pompuan kat gerai baju tu suruh aku tunggu tahun depan, anak dah besar bolehla pakai. Masalahnya aku beli nak pakaikan tahun ni mokcik! Malas nak panjang lebar aku ubati kekecewaan aku dengan membeli perfume one drop. Memang perangai wanita agaknya, bila frust je nak bersoping. hahhahaa.... Aku tak tahu pe ke nama perfume aku tu, yang penting baunya sedap dan lembut. Ada kat dalam bilik nu ha, malas aku nak berjalan g tengok label. kui3...
Harini dapat berita buruk pulak. Semalam en.hb dah tunjuk tiket kapal terbang ke Sandakan. 24hb tapi bergerak pukul 8pagi! Ado la... Dey minaci, kami ni nak naik kapal terbang dari Pulau Pinang ke KLIA pun pukul 12tengahari. Agak2la waktu perjalanan kitorg. Janganlah main harung je taruk waktu sukati ko, bukan ko yang nak balik kampung! Meluap2 rasa tensen ni. Disebabkan kami plan nak gerak dari P.Pinang sebab kitorg beraya di Perak dulu, maka plan perjalanan dah lari banyak.
En. hb nak ubah waktu perjalan harini. Bila en.hb ke kaunter MAS dorg nak cas penalti cecah rm800! giler ke hapa. dah sah la salah orang lain, kitorg lak nak kena bayar denda. Tensen double2 dah aku dengarnya. Kendian en. hb ke MAS Centre Market (cm). Kat situ cas penalti dalam rm400++. Kenapa ha lain harga?? Tapi kitorg kena transit kat Kota Kinabalu dulu sebab tiket direct ke Sandakan dah penuh waktu petang.
Aku pikir alang2 camtu okey la kot, leh jumpa abang aku sekali. Kebetulan dia tak dapat balik beraya kat kampung tahun ni sebab nak urus banyak kerja kat Sabah. Abang aku baru je berpindah kat KK bulan lepas. Wife dan anak2nya bakal menyusul ke sabah sekitar bulan 11. Sekurang2nya kami ada tempat nak singgah bila tiba di KK nanti, insya'allah...
Cerita tentang contest teddy ku pulak. Aku rasa, aku yang buat salah faham kat n3 aku itu. Justeru ramai yang kurang faham kehendak aku terhadap contest itu. Salahkanlah aku kerana menjadi punca salah faham ini.
Kehendak aku yang hakiki ialah, aku nak para peserta memuat naik (upload) gambar yang paling dorang sukai. Bukan gambar yang semestinya ada teddy. Teddy bear tu syarat sampingan je sebab namaku ada kait2 dengan teddy. Dari tajuk contest je aku dah buat silap, maka timbullah salah faham ni. Disebabkan semua peserta yang dah join my contest siap bergambar dengan teddy bear maka aku xmahu la panjang2kan story lagi. Aku ikutkan je rentaknya sebab aku nak buat seperti yang dirancang dah melencong! kui3...
Plan asal my contest begini... aku nak para peserta sediakan gambar yang paling dorang suka. Sebagai contoh gambar potret perkahwinan dorang ke, potret anak yang paling disukai ke. Ikutlah. Kalau takde potret, apa2 gambar pun takpe beb, asalkan gambar tu gambar yang PALING DISUKAI. gambar yang menimbulkan nostalgia, gambar kenangan atau gambar2 penting dalam hidup dorang. Tak kisah apa saja, asalkan gambar itu merupakan gambar penting dalam hidup korang. Itu le.... begitu banyak sekali pengulangan kui3....
Kenapa aku nak gambar2 demikian? Plan asal, sekiranya aku dah dapatkan senarai pemenang, yang tak menang pun aku nak bagi saguhati. Walaupun tak berharga tapi aku nak ianya bernilai pada setiap peserta. Disebabkan gambar2 yang diberi gambar2 yang penting, maka aku nak perindahkan lagi gambar2 tersebut. Aku nak gubah gambar tu dan dijadikan wallpaper untuk dekstop korang, boleh di cetak untuk simpanan korang dan boleh dijadikan header dalam blog korang.
Strategi aku nampaknya tak menjadi. Maka aku simpan plan ni untuk buat next contest. Cewah! macam bagus je aku nak buat contest lagi kui3... Inilah perancangan aku wat masa ni. Insya'allah aku akan berikan detail bila contest teddy bear ni dah setel. Konsep asal contest ni akan aku peram dulu. Hadiahnya pun akan aku pikirkan kendian.
Hadiah untuk contest teddy bear masih dalam perancangan. Setakat ni dah ada beberapa item ada dalam list nak wat gift. Tengok2 pada keadaannya. Seperti yang kujanjikan... pastinya item2 berkaitan dengan teddy bear!
Photobucket
8 kata bicara
Labels: Kisah aku
Monday, August 3, 2009
Pe nak citer...
Sekarang aku betul2 takde mood nak memblog. Antara faktor kejadian ialah, aku takde masa nak melayari internet, sibuk melayan aliya (konon), line yang sangat lemah (melemahkan lagi semangat aku nak memblog) dan faktor2 MALAS yang berleluasa. Bukan tidak ada cerita nak dikongsikan.
Alhamdulillah baru2 ini aku mendapat khabar gembira dengan memenangi peraduan melukis kartun. Dapat tempat kedua. Syukurlah rezeki bulan ini. Masyukkk rm2000. Bahananya duit gaji awal2 habis ke warehouse. huhu... Sepatutnya aku pergi ambil hadiah. Tapi malang tak berbau, air pulak takde. Sudahnya pukul 1petang baru berangkat ke tempat penyampaian hadiah. Bila dah sampai, semua orang dah beransur balik. Pekerja2 dah siap susun barang nak angkut balik. Sempatlah jugak aku cari2 kartun yang mana menang. Tapi tak jumpa. Pemenang tempat pertama (rakan seopis) dan tempat ketiga ada pulak. Begitu juga dengan peraduan2 lain. Cuma kartun aku yang hilang. Musykil2... Bila aku tanya pada penganjur tak ngaku pulak kartun aku tu hilang. Tak kisahlah hilang ke mana pun sebabnya yang penting cek mesti dapat! Yang ralatnya aku tak tahu kartun yang mana terpilih sebagai kartun kemenangan.
Cerita lain pulak, aktiviti kegilaan aku memborong baju di warehouse. Berbekalkan amanat rakan dah saudara mara, nak tak nak aku terpaksa redah jugak kesesakan segala umat dalam gudang anakku dan hytex (world of cartoon). Tersangatlah penatnya sebab pilihan baju kali ini kurang memuaskan hati. Nak kata tak cantik tidaklah juga. Boleh aja la. Cumanya tak mencapai status kehendak aku. Yang pasti untuk warehouse saja aku dah perabis dekat2 rm600. Giler...
Tu saja nak share. Aku baru balik dari mahsa. Ambil sepupu en.hb yang nak berangkat pulang ke sabah esok. Insya'allah sekali lagi kami akan berulang ke KLIA. huhu...
Photobucket
4 kata bicara
Labels: Kisah aku
Friday, July 17, 2009
Lamanya aku tidak memblog
Salam... dah lama aku tidak memblog... Dalam otak ni berkarung2 karangan dah sendat menanti nak diluahkan. Semuanya gara2 wimax yang 'buat perangai' melembabkan server. Ketika aku menaip ni pun en.hb tengah kol komplen kat wimax. Tension jugak bila internet lembab camni. kadang2 nak surf perkara2 penting pun jadi terbantut. Masalahnya benda ni berbayar ye. Bulanan je berpuluh hinggit habis. Bukan sikit2 (bagi orang wajib berjimat sepertiku wajib berkira!)...
Banyak sangat aku nak share. Antaranya pic sling pouch dari shada yang mantop yakni dari butik online beliau, Big Eyesshop.
Lebih manis aku juga pemenang giveaway dari cik anis yakni dari butik online beliau juga zhaneez-craft. Hadiahnya comey2 belaka seperti yang kuduga. Lucunya aliya siap bawak masuk ke mulut key chain yang berupa biskut oreo tu. Berkerut2 mukanya bila tak dapat gigit. kekkee...
Sayangnya aku belum berkesempatan nak tempek gambar2 hadiah kemenangan. Tapi aku berazam akan tepek jugak! caiyo2!
Photobucket
5 kata bicara
Labels: Kisah aku
Monday, June 29, 2009
Esok apoimen kedua
Sekarang musim buah-buahan di kampungku. Segala jenis buah-buahan ada. Durian, rambutan, manggis, buah macang, buah star (aku tak tahu nama betulnya buah ini, kitorg gelarnya begitu) dan petai! Banyak hinggakan tak lalu nak makan.
Sayangnya aku bukanlah peminat buah-buahan. Kalau orang lain, tentulah ambil sepenuh kesempatan melantak segala jenis buah-buahan ni. Yang aku pulak tak teringin langsung! Tengoklah bila aku dah balik ke KL nanti barulah meleleh2 air liur kempunan tak sempat nak merasa. Salah aku juga sebab tak nikmati peluang yang ada.
Esok kami akan ke apoimen kedua aliya di Hospital Ipoh. Kali ni apoimen dengan bahagian Dermatology. Harapan aku takde masalah. Yang penting, Aliya tak kena tahan lagi! Sebab kulit aliya masih juga seperti dulu. Walaupun tak serius tapi ruam dan mengelupas tu mungkin akan beri pandangan yang kurang memuaskan doktor pakar... Risau sungguh aku ni. Kalian tolonglah doakan anak aku tak kena tahan wad. Lebih2 lagi doakanlah anakanda aku ini segera sembuh.
Selepas ke hospital Ipoh, kemungkinan kami ke Taiping uruskan kerja en.hb dulu. Yang ini belum confirm. Bergantung juga pada masa kami keluar dari hospital. Kalau keluar cepat chance ke Taiping lebih besarlah. Kalau keluar lambat, mungkin kami terus pulang ke Kuala Lumpur.
Sebenarnya aku tak rela hati nak pulang ke rumah sendiri. Rasa pilu pula nak tinggalkan mak abah. Dan adik serta anak-anak saudaraku yang dikasihi. Tapi pikir2 semula, aku dah dua bulan di kampung. Tak boleh jugak bergantung sepenuhnya pada famili. Dan lagi en.hb terpaksa berulang ke kampung setiap minggu. Kalau demikian yang kami kena tempuhi tiap2 bulan, memanglah membebankan dari segi ekonomi kami pula. Cara terbaik dan lebih toleransi, aku dan aliya kembali ke rumah.
Dua bulan. Aku rasa bagai seabad aku tak jejakkan kaki di rumah sendiri. Harapan aku kuranglah segala sawang dan habuk di rumah. Semoga en.hb adalah juga ringan2kan tulang beliau bersihkan rumah. kekeke...
ps: berbelah bahagi nak balik KL. Aku rasa nak stay kampung je...sedey pulak rasanya...
Photobucket
9 kata bicara
Labels: Kisah aku
Monday, June 22, 2009
tulang ikan
Harini masuk 3hari tulang ikan menempek kat tekak aku. Tertekannnnn sungguh aku rasakan. Rasa nak gorok2, korek2 tekuk ni bagi keluar spesis tulang ikan degil ni!
Ikan merah. Memang sejak dari kecik aku benciiiii ikan merah. Sebab ikan merah ni spesis ikan yang mempunyai tulang banyak dah kenyal. Bila tercekik, xmacam tulang ikan kembung, dia liat nak diluah mahupun ditelan. Kalau ikan kembung yang agak kasar tulangnya kalau ditelan bulat2 nasi kosong mau jugak jatuh ke perut.
Jenuh la aku telan2 nasi kosong xjugak jatuh tulang degil ni. Dok jugak melangut dalam tekak ni. Aku korek nak bagi muntah xmuntah pulak. Tensen betul aku rasakan. Nak kena pergi hospital ke ni???? Mencikkk betul aku rasakan.
kalau dapat aku luahkan tulang ikan ni aku potong 8!
2 kata bicara
Labels: Kisah aku
Monday, June 15, 2009
kisah bengkak susu
Teringat pada hutang aku pada k.yong suatu ketika dulu. Aku ada berjanji nak bukak satu n3 menjawab pertanyaan k.yong tentang operation yang aku lalui dulu. Kopipes semula soalan dari k.yong...
Wans, next entri citer sket pasal operation tu... nak tahu bhgn apa yg dibedah @ apa yg dibuang... *busy body sungguh.. tp memang nak sgt tahu..*
Aku mulakan dari permulaan bagaimana terjadinya bengkak susu kat aku suatu ketika dulu. Semuanya gara2 aliya yang gatal gusi sebab baru nak tumbuh gigi. Aliya memang xsuka menyusu sebelah kanan gara2 nipple yang tenggelam. Tapi kalau dia menyusu insya'allah nipple tu akan keluar jugak. Tapi memang dah jadi habit aliya, kalau aku beri yang belah kanan terjerit2 dia ngelak xmahu menyusu.
Suatu hari aku paksa jugak mek aliya ni menyusu. Balasan baiknya, beliau dengan penh sukahatinya gigit sampai melecet dan berdarah. Bila dah melecet satu haru pulak aku nak bagi dia susu belah kanan sebab tiap kali dia menyusu tiap kali itulah nipple tu makin bertambah melecet ditambah dengan habitnya yang suka menggigit tu. Sudahnya bermula masa tu aku xbagi aliya menyusu dah belah kanan. bajet bila dah sembuh lecet tu nanti sambung la semula.
Tapi bila nipple dah sembuh, aliya lagi xnak menyusu belah kanan. Memikirkan sebelum ni aku xpernah kena bengkak susu sebab susu akan surut sendiri walaupun aliya xmenyusu di sebelah kanan ni, aku dengan confidentnya biar je habit aliya tu. Makin lama makin susu aku kian keluar2. Hinggalah dia berhenti sendiri. Aku sangka susu dah xjalan belah kanan, jadi aku abaikan saja. Masalah timbul bila aku dah mula sakit. Masa tu aku masih diamkan je sakit tu. Sangka aku normal. Hari makan minggu akhirnya bengkak susu tu jadi tambah parah.
Aku cari bermacam2 info camne nak atasi masalah bengkak susu ni tapi tetap xkebah. Antaranya tuam payudara dengan air panas, balut dengan kobis, sikat n urut sendiri dan lain-lain. Kalau waktu siang rasa sakitnya bolehlah ditahan2 lagi. Tapi waktu malam ngilunya terasa hingga menyucuk tulang belakang! Kepalang sakitnya.
Seterusnya aku pergi klinik. Doc beri antibiotik n ubat tahan sakit. Bolehlah bertahan sehari dua. Berikutnya bengkak masih belum surut sakitnya terus terasa. Malam2 hari mata aku ni berisi air mata je... huhu.... Hingga suatu hari aku telifon rumah. Mak suruh jugak aku balik kampung kenangkan aku yang sakit n aliya yang masih xsihat.
Dalam seminggu jugak aku di kampung berusaha berubat cara tradisional dengan atok saudara. Aku pergi jugak kat Hospital Gerik. Yang wat aku ralat, doktor yang cek aku asik bertangguh wat keputusan. Pertama kali jumpa doktor tu dia just cek n cakap next dia akan wat surat apoiment untuk aku dengan doktor pakar. Pastu doktor ni siap cakap myb aku kena tunggu lama dalam minggu depannya sebab doktor pakar datang ke hospital daerah ni sekali sebulan. Pastu dia janji nak kol aku kat rumah bila dia dah tetapkan tarikh ang sesuai... Dowh... kena ke aku tunggu dalam keadaan yang terdesak ni? Tertekan jiwa dan raga dengan sakit yang xhabis ni... yang doktor plak bagi keputusan sambil lewa. Sungguh mengecewakan. Lama jugakla aku menunggu, tapi xde kol dari pihak hospital. Kali kedua aku datang lagi ke hospital, kali ni nak rujuk masalah kesihatan aliya sambil2 aku nak jumpa doktor balik sebab keadaan aku pun masih teruk. Bila nampak je aku doktor tu siap cakap benda yang sama. pastu dia kata dia akan wat surat rujukan. Maknanya pertemuan pertama dulu cuma bazir masa aku la sebab doktor tu xamik apa2 tindakan pun pasal aku. Tambah2 bengkek hatiku kat doktor ni.
Esoknya famili n hb wat keputusan bawa kami ke hospital ipoh. Pergi sendiri tanpa surat dari doktor tu. Janji je lebih tapi xde apa2 tindakan pun dari pihak dia. Sudahnya kat sana kitorg kena mulakan semula dari rujuk kes aliya n kes aku sekali. Tapi doktor beri tumpuan lebih pada eczema aliya, sedangkan kami bawa aliya ke hospital sebab bengkak kaki. Proses nak setelkan hal aliya pun amik masa. Doktor suh aku tunggu untuk cek breast yang bengkak tu.
Lebih kurang kol 10mlm barulah doktor cek breast. Doktor sahkan dah bernanah n agak teruk. Dia tanya gak la napa aku lambat datang hospital. Demi menjaga nama baik doktor dari hospital gerik tu aku xbagitau la yang dia ada janji nak rujuk kes aku ni kat hospital ipoh. Cuma aku maklumkan yang aku dah jumpa doktor dari gerik, xde tindakan je. Doktor tu pun bunyinya cam marah jugak kat doktor hosp gerik tu sebab xamik serius kes aku ni.
Tengah malam aku dah rimas sebab seharian ke hulu hilir urus hal kat hosptal ni. badan dah berpeluh n xselesa seluruh badan. Penat n mengantuk membuak2. Sebelum makan malam (akak aku tapaukan nasi gorang ayam), aku pergi mandi dulu. Masuk je dalam bilik air aku salah pilih plak. Xsangka tombol pili air sejuk dah hilang. Yang tinggal tombol pili air panas. Aku dah malas nak salin2 baju hantam je la air panas tu. Panas xpanas sangatla... boleh lagi la nak bawak mandi.
Siap mandi n masa nak pakai baju aku terasa macam susu mengalir dari niple. Dalam hati dok lega rasa sebab aku sangka berubat cara trdisional tu mujarab. Rupa2nya bukan susu sebaliknya nanah! Masa tu la aku dah gelabah bukan kepalang. Lagi aku tunduk lagi laju mengalir. Ibaratkan kita tuang susu cair kat atas kaki... Lebih kurang gitu la rasanya. Dan aku masih terasa lagi rasa panas2 nanah tu atas kaki aku ni. Ngilu dan ngeri.... Nak jerit mintak tolong, nanah keluar xhenti2. nak keluar pergi ke nurse, xpakai baju lagi. Serba salah dibuatnya. Akhirnya aku amik keputusan keluarkan nanah yang masih banyak tu sendiri. Adalah lebih kurang 1/2jam aku terkial2 sorang diri dalam bilik air.
Agak2 dah kurang nanah mengalir, aku terus cari nurse n bagitaw masalah aku. nurse panggil doktor yang jaga wad baby malam tu. aku lupa nama doktor lelaki ni tapi mukanya cam cina. Aku sangka dia cina tapi cakap melayu lancar je. Dia la yang tolong tekan2 keluarkan nanah yang masih berbaki. Agak2 kurang doktor sarankan aku masuk wad surgery perempuan esok. Malam tu mayb doktor surgery xdpt uruskan kes aku sebab kes surgery je dah banyak kat wad 6b. Malam tu nurse mintak aku stat puasa. Aku cuma makan sikit je nasi goreng sebab xberani nak makan ayam pulak tu ada telur dicampur sekali nasi. Terbantut selera aku walaupun sedang keblur waktu tu huhu....
Dalam pukul 4pagi datang doktor dari bhgn surgery. Dia cek2 n mintak aku admit wad pagi2 kol 8. Kat wad aku dapat katil yang paling depan. Sep bek dekat Tv tapi boring sakan la aku kat wad tu. nak2 bila time lawatan terganggu je rasa bila orang ramai keluar masuk dok perati aku yang pucat lesi ni sebab kebulur berpuasa. Aku tengok sorang aci ni tapau agar2 pun aku dah rasa terliur ya amat. rasa dapat jamah sikit pun nikmat senikmat2nya... Hb kadang2 datang bawak aliya untuk diberi susu, sedih aku berpisah jap dgn aliya. Walaupun sama level tapi rasa jauh pulak. Al maklum kalau tidak kemana2 aku dok kilik je aliya. Pastu nurse tegur, xbagi bawak aliya ke dalam wad surery. Risaukan infection dari pesakit2 wad surgery... huhu.. tambah2 sedih aku. Menunggu nak masuk bilik bedah sikit punya lama. Lapar lagi... Rindu kat anak lagi.. risaukan anak lagi... Macam2 dok bergayut kat kepala sampai menangis aku sorang2... Xlama je layan blues tu nurse datang bagitau dah masa aku masuk bilik bedah.
Imagine dari pukul 12.30malam sampai kol 4petang aku dok berlapar... ohoooo..... lapo sesungguhnyaa....Nurse bagi baju untuk ke bilik bedah. Elok aku keluar je nampak kelibat mak n abah keluar dari wad. myb diorg tgk aku xde kat katil so dorg pun gerak g bilik aliya kat wad 6a. Aku plak yang xtahu apa2 ni kejar la mak aku. Siap terjerit2 panggil nak suh amik wallet n handphone aku. Hp xde bateri jadik xboleh kontek dorang. Sampai je kat muka pintu sep bek mak aku dengar n patah balik. Tiba2 nurse datang marah2 sebab aku main keluar je dengan baju bilik bedah tu. Lorr... mana aku taw kalau pakai baju ni xboleh keluar ke mana ikut sukati je. huhu....
Pastu mak abah ikut teman aku ke bilik bius. Mak dah risau2 tengok aku masa di tanya macam2 dengan nurse. pastu mak abah kena wait aku kat luar garisan kuning. maksudnya xboleh ikut masuk dalam bilik bedah. sempat aku pesan kat mak bagitaw kat hb n aliya, aku dah masuk bilik bedah.
Dalam bilik bedah sekali lagi aku ditanya berkali2 oleh nurse n doktor pasal butir2 peribadi aku. Rasa nak marah jugaklah asik dok jawap menda yang sama 3, 4kali. hahaha.... pastu doktor bagitau dorang nak masukkan ubat bius sepenuhnya supaya aku xsedar. Sedang aku dengar suara doktor tu dok bebel2 aku dah xsedarkan diri. Yang pasti pembedahan kali ni sebab nak buang lebihan nanah dari dalam breast. Kalau xdibedah n dicuci dengan baik mungkin akan berlaku jangkitan. Nak xnak pembedaha ni wajib aku lalui...
Sebenarnya aku risau gak kot ubat bius tu xjalan lancar aku rasa sakit. takut sangat2 wooo.. rasa takut nak hadapi pembedahan keluarkan nanah dari breast ni lebih ngeri dari rasa takut masa nak bedah masa sakit bersalin aliya dulu. Tah la kenapa. Myb sebab masa nak bersalinkan aliya dulu aku dah desperate xtahan sakit kot tu pasal aku pasrah je nak kena bedah. kali ni kena bedah masa xrasa sakit sangat... takutnya lain macam sungguh.
Sedar2 aku dah kat luar bilik bedah. nampak ada dua orang nurse borak2. Myb dorg tengah tunggu aku sedar. Aku ngadu rasa sakit kat tempat bedah. Nurse masukkan ubat tahan sakit n bawa aku ke wad 6b. Kali ni tinggal mak je temankan aku. Muka mak memang nampak risau. Sedih n terharu pulak aku masa tu.
Xlama aku kat wad 6b. Sehari je sebab nak habiskan ubat bius tu dulu. Malamnya aku xlena tido sebab ada sorang nenek dok ngamuk kat anak n pengasuhnya taruk dia kat hospital. Siap dia carut2kan nurse n doktor. Fening kami pesakit2 malam tu dok tahan telinga dengar nenek tua mencaci. Buruk benar tengok orang tua mencarut cam budak2 gitu. Malam tu aku pam susu yang dipinjam dari wad untuk aliya. Aku hantar ke wad 6a. Tengok hb tido sambil dukung aliya dengan mak yang tido kat kerusi malas wat aku bertambah sedih. Sian kat dorg tido dengan rasa xselesa... Sian kat aliya yang xcukup menyusu sebab aku terpaksa biarkan bius ni habis dulu.
Esoknya dalam tengahari aku dah dapat keluar. Keluar pun bukan kemana pun, pergi ke wad kanak2 pulak sebab aliya kena tahan 11hari kat sana. Tiap2 hari aku ke wad 6b untuk cuci bahagian luka bedah tu. Memang nampak luka tu yang agak dalam. Ngilunya masa dicuci tu nurse jolok2 gouze ke dalam lubang bedah. Sakit n ngiluuu.... Dapat nurse yang timbang rasa okeylah, siap dia tenangkan aku, susruh aku bertenang, bwk bersembang bagi aku leka... cuci pun xkasar sangat. Dapat nurse yang muka cemberut n malas nak layan, ditonyoh2 sukati cam cuci pinggan je. Agaknya dia xpernah rasa sakit kot tu pasal xpk org ni rasa sakit tak bila dilakukan camtu. Lebih membengangkan bila sorang nurse ni tolak masuk niple ke dalam lubang. Kalau nurse timbang rasa janganlah wat camtu. Menyusahkan aku la pulak. Bila aku cakapkan hal ni kat nurse len nurse tu sep bek ada timbang rasa, dia tolong keluarkan balik niple tu. Sakitnya bukan kepalang. tahan je la sakit n hati yang membara kat nurse pemalas sebelum ni. tau la aku menumpang cuci je kat wad tu. tapi agak2 la... Kalau aku nak g cuci kat klinik kesihatan kena menapak jauh. Alang2 je wad surgery sama level dgn wad anak aku pe salahnya aku amik kesempatan cuci kat wad 6b tu. Tapi xsemuala nurse yang wat pangai camtu. ada gak staff nurse yang lebih timbang rasa. ada jugak pelatih yang jenis berhati2. alhamdulillah....
Balik dari hospital aku sambung cuci kat hospital gerik. Pastu aku alergik dengan salotip plak... Habis bahagian yang dilekat tu penuh dengan bintil2 ruam yang berair. Xla sakit tapi gatalnya kepalang rasanya. Nurse yang cuci kat hospital gerik tu cam serik nak rawat aku. Siap suh aku rawat sendiri kat rumah. myb dia risau aku citer hal dia kat famili aku. sebabnya kakak abah n abang ipar aku memang kenal dia ni.
Tensionnya bukan rasa susah nak cuci sendiri sebaliknya bila tengok niple yang tenggelam n gatal ruam yang susah nak surut tu. xlama pas ruam tu dah surut, aku mintak akak aku keluarkan niple dari lubang tu. Yelah, kalau niple masih di dalam camana bahagian berlubang tu nak tumbuh isi kan. Bila niple dah kat luar barulah aku rasa lebih confident nak cuci sendiri. Sampailah harini aku masih mencuci sendiri. kadang2 kalau rasa xbersih aku mintak kakak tolong cucikan.
Panjang lebar citer kali ni. kekeke...
6 kata bicara
Labels: Kisah aku
Wednesday, June 10, 2009
Ralat
Salam...
aku punyalah berkobar2 nak tukar template baru dari 2 kotak kepada 3 kotak. Bila dah save barulah aku sedar yang aku belum save bloglist kawan2. huhu.... hilang semua bloglist kawan2 aku...
Kalian yang sudah membaca n3 kali ni sudi2lah kiranya tinggalkan link korang. Aku nak cari satu persatu mau picah kepala. Mana yang sempat n ada tersenarai dalam posting myb ada harapan lagi aku simpan. Yang lain2.... Tolong3x la tinggalkan linkblog kowang yep...
Semoga kecuaian aku ni xberlaku kat korang plak.. hhuu...
ps: aku masih xpuas hati dengan layout ni sebab header cam terbantut. Laptop abah ni xde potosop. Nantilah bila hb balik kampung weekend ni, leh install adobe photoshop...
6 kata bicara
Labels: Kisah aku
Tuesday, May 19, 2009
kisah kami di hospital ipoh
Salam...
Aku menaip dari hospital Ipoh. Walaupun di sini ada liputan wireless, tapi nak online kena register dulu. Rumitlah pulak. Sudahlah line asik on off je. Kitorg pun putus asa dah nak cuba online. Plan balik kampung nanti aku post la karangan aku kali ni.
Macam mana kami boleh terdampar kat hospital Ipoh?
Kisahnya bermula bila aku yang masih tertekan dengan bengkak susu dan aliya pulak bengkak kaki. Bila tengok keadaan aliya, aku pun jadi lupa sakit sendiri. Rasa kesian sangat kat dia, sudahlah eczema belum terkawal, datang pulak sakit lain. Kakak aku khuatir aliya ada masalah dengan pundi kencing yang boleh sebabkan kaki bengkak. Pastu famili aku pakat2 bincang bawak kami ke hospital Ipoh. Sambil cuba leraikan masalah kesihatan aliya, mungkin masalah aku pun boleh di atasi jugak.
Jumaat tengahari kami ke Ipoh. Baru rujuk aliya kat seorang kakitangan, terus diorg bawak masuk dalam bilik separa kritikal n diperiksa. Lepas daftar, terus aliya dimasukkan ke Wad 6A. Prosesnya terlalu cepat sampai kami terpinga2. Dibandingkan dengan kebiasaan kami kat mana2 hospital singgahan kami yang wajib menunggu lama. Terus teranglah, ketika nak periksa kesihatan aliya kat hospital selayang n HUKM. Paling2 kurang 3 jam. Paling lama 8 jam! Itu pun menunggu untuk diperiksa doktor, bukan dirawat. Memang berbeza sungguh perkhidmatan dari Kuala Lumpur n Ipoh.
Masuk je wad 6A aliya diperiksa doktor n dijangka bengkak kakinya berpunca dari sumber protein yang terlalu kurang dalam badan. Puncanya sebab selama ni aku cuma bagi aliya makan bubur sayur2an. Xpernah sekali aku suapkan aliya makan makanan berdaging dan ikan. Sebab aku khuatir bila dia makan, alergiknya menerukkan keadaan. Silapnya aku xpernah cuba bagi makan.
Kat hospital bubur yang hospital bekalkan untuk pesakit kanak2 mengandungi ayam dan sayur2an. Mula2 aku cuak jugak nak suapkan kat aliya. Xsangka bila aliya makan xde reaksi alergik. Lebih mengejutkan aliya berselera sungguh! Siap mintak lagi kalau bubur dah habis. Masalah baru bila dia dah berselera ni, tengah2 malam pun oder bubur jugak! Mana aku nak cekau bubur tengah2 malam ni nak oyyy... yang bestnya dok kat hospital ipoh ni, kakitangannya memang sporting. Disebabkan kat hospital jualan bubur terhad, kami terpaksa tebalkan muka mintak extra bubur bekal aliya untuk waktu malam. Kakitangannya xkisah pun siap mintak tupperware dari kami isikan bubur aliya. Terharu... terharu... Pastu sorang nurse ni (beliaw suka melawak) siap bekalkan bubur lebih awal dari waktu serve khas untuk aliya bila dia ngamuk2 mintak makan. Budi baik kalian memang sangat2 kami hargai....
Doktor2 pulak dari yang pakar2 hingga yang pelatih semuanya bersikap mesra dan amik berat. Aliya pun mudah mesra dengan sesetengah doktor. Malah tiap kali doktor datang dia berhenti menyusu n layan doktor. Istilah layan versi aliya, berhenti menyusu n tengok muka doktor lama2. Bukan menyembang yep.. kkekkekek...
Setakat ni aliya diperiksa oleh 3pakar. Pakar kanak2, pakar kulit (dermatology) dan pakar nutrisi. Ketiga2 pakar ni sememangnya beri kerjasama baik pada kami. Setiap persoalan, nak2 kami ni jenis parent suka bertanya, dorg layan baik. Berbanding semasa aliya ditahan di wad hospital selayang, kat sini aliya bagi kerjasama jugak bila nak cek tekanan darah n amik suhu badan. Myb sebab dia dah besar n xtakut2 lagi.
Berbalik pulak pada kisah aku. Malam pertama stay kat wad 6A, lepas famili balik, aku n hb dah mula borak2 kosong n tension dengan keadaan kami masa tu. Sememangnya aku belum bersedia nak masuk wad. Lepas hb makan, aku ke bilik air untuk mandi. Kena pulak bilik air yang aku masuk tu xde air sejuk cuma ada tombol air panas. Malas sungguh aku nak tukar bilik air, aku pun bantai mandi jugaklah air panas tu. Panas xpanas sangatlah... boleh la dibawak mandi lagi. Bila nak siap pakai baju tiba2 rasa susu menitis dari belah kanan yang bengkak teruk tu. Memula aku hepi sebab sangka aku bengkak susu aku dapat diatasi bila susu boleh mengalir keluar.... (bersambung)
Kekkee... kasi saspen sket. Rupa2nya bukan susu sebaliknya nanah! Titisan kedua keluar dari belah kanan niple. Masa tu aku dah terkejut sebab nanah tu pecah tanpa aku sedari. Mulalah aku panik. Nak keluar bilik air untuk mintak tolong, aku belum berpakaian lengkap. Nanah pulak terus menerus mengalir keluar xputus2 malah makin lama makin banyak. Ibaratkan susu tin air korang tonggeng ke bawah. Camtulah rasanya. Lagi gerun bila titisan nanah menitis kat kaki. Terasa panas nanah tu hingga sekarang. Bila aku tunduk nak pakai baju, nanah makin laju keluar. Bila terdengar suara2 pesakit yang masuk dalam toilet,aku dok belah bagi nak mintak tolong. Pikirkan semula, kalau aku mintak tolong nurse atau hb datang, kalau nanah terus jugak mengalir susah jugak aku nak keluar toilet tu. Sudahnya aku terus picit2 keluarkan nanah yang masih banyak tu. Bila picit n siram pada air panas, nanah tu nampak makin kurang mengalir. Breast aku plak susut giler dibandingkan semasa bengkak teruk sebelumnya.
Bila nanah kurang mengalir, aku keluar terus bagitaw kat nurse. Nasip baik ada seorang doktor pelatih yang masih bertugas. Segannya doktor tu lelaki. Segan xsegan terpaksa jugaklah mintak tolong dari dia. Lepas agak2 stabil, doktor tu bagitau akan kontek bahagian surgery untuk bersihkan sebaik2nya breast aku tu. Malamnya xseperti malam2 sebelum tu, buat pertama kalinya aku tido dengan lebih nyenyak sebab xde gangguan ngilu sakit2 sebab bengkak dada. Cumanya seram sejuk kenangkan kata2 doktor, kalau surgery nanti dorang akan drain (cuci dalam) untuk bersihkan dari bahagian dalam pulak. Tengah malam aku dah disuruh puasa untuk pembedahan esok.
Keesokkan harinya aku pulak admit wad surgery perempuan. Nasip baik wad 6b (surgery perempuan) terletak sama level dengan wad kanak2. Aku rasa banyak hikmah n bantuannya di situ. Bayangkan kalau aku ditempatkan kat wad ting 4 ke contohnya, n anak aku kat ting. 6, tentu susah aku nak berjumpa. Lif kat sini lambat. Kalau nak turun naik bangunan jenuhlah rasanya. Bertepatan pulak wad aku bertentangan dengan wad aliya. Senanggg hati. Tapi bila hari menginjak ke petang n aku masih belum dibedah, mulalah rasa tension. Bayangkan dari pukul 12 tengah malam hingga pukul 4petang aku berlapar. Harapkan masuk air je. Tu pun 3kali masuk air sebab aku lajukan alirannya. Siap kena tegur dgn nurse... segan mokcik... Kekkeke.... lagi haru bila staf bawa masuk makanan rutin untuk pesakit... telan2 air liur aku tengok agar2 yang selama ni aku xheran pon. Huhuhuuu.... "mokcik...nak sket..." kataku dlm hati. huhu...
Pastu masuk plak rasa blues untuk aku. Mulalah aku risaukan anak aku akan tido berasingan dgn aku malam tu. Yelah sepanjang dia sakit, aliya suka menyusu sepenuh masa. malam asik mengombeng xmo lepas. apa akan jadi malam nanti bila aliya xdpt menyusu. aku pn lantak nangis sedih. xlama je aku dok layan blues tiba2 kena masuk bilik bedah. aku blur2 mak abah ikut teman sampai bilik bius. sedih je tengok muka mak yang nampak sangat risau n sedih. pastu akuaku ditolak ke bilik bedah. Kata hb, masa mak datang ke bilik aliya, mak nangis. terharu aku dengarnya. rasa sayang pada mak terlebih sudah dari biasanya. Yang wat tambah sedih abah kata aliya terus menerus menangis masa aku dibedah. Abah risaukan aku n dalam masa yg sama risaukan aliya yang xhenti2 menangis. Seolah2 aliya tahu aku dibedah waktu tu.
Malamnya aku tido kat wab 6b. Dan memang seperti yang aku ketahui malam tu xsenang aku duduk sebab sedih kenangkan aliya xdapat menyusu badan. Sebabnya kesan ubat bius masih kuat dalam badan. doc xgalakkan baby menyusu. Malam tu terpaksa aku pam n buang susu yang terkumpul banyak kat belah kiri. myb sebab masuk air n sebab aliya xmenyusu sepanjang hari, maka susu haritu luar biasa banyaknya. tengah2 malam aku pam susu n bekalkan pada aliya.Alhamdulillah ada rezky untuk aliya malam tu. Hb kata aliya menyusu dengan lahapnya. Myb sebab dia rasa susu ibu. b4 dat hb ada suapkan susu tepung, xpulak aliya mahu susunya.
Tengahari esoknya aku dibenarkan keluar. Bermulalah episod berulang alik ke wad a n wad b untuk cuci bahagian bedah haritu. Bagusnya stay kat hospital ipoh, kami diberi bilik khas. bilik ada air cond n siap ada toilet sendiri. Senang hati sket. boleh la dampar tikar n segala barang dari rumah. pendek kata bilik kami no.3 memang dah jadi ala2 rumah dah. Doc bahagian dermatology pun galakkan kami stay kat bilik tu sebab selesakan kami anak beranak.
Kat hospital macam2 ragam manusia sempat kami temui. Pendek kata kisahnya kalau nak citer panjang lebar. Rasanya cukuplah takat ni aku utarakan mana yang patut.
Buat masa sekarang kami masih perlu bercuti sebab banyak temujanji dibuat dengan hospital ipoh. Aliya pun masih dengan eczemanya. Tapi seperti dijangka mood makannya susut sket kat kampung ni. Harapan aku aliya cepat sembuh...
9 kata bicara
Labels: Kisah aku
No comments:
Post a Comment