Harini aku sangat fokus buat rekaan poskad. Setakat ini dah rekabentuk beberapa poskad. Tapi aku rasa nak perap dulu dalam komputer. Bila segalanya dah selesai nanti aku upload semua poskad-poskad tersebut. Depan dan belakang. Semuanya menggunakan perisian adobe illustrator.
Kurang mood nak berblog. Tangan aku kebas-kebas sebab sejuk sangat. Pakai coat pun rasa sejuk lagi. Nasip baik tidaklah ke tahap gigil. Entah kenapa sejuk pulak opis harini. Selalunya air cond asyik meragam je. Sekejap hidup sekejap mati.
Harini lepas hantar Damia ke rumah pengasuh aku rasa pilu je sebab terdengar Damia menangis dari tempat letak parking kereta. Awal-awal pagi Damia dah bangun. Tidurnya lewat malam. Sibuk ambil kasut dan ketuk-ketuk pintu nak ajak berjalan. Kesian sangat. Tapi pagi-pagi buta dah berjaga. Sudahnya aku mandikan dulu mek Damia barulah bawa ke rumah nanny.
Pagi tadi pun ketika en.hb bawa Damia tapau nasi lemak, Damia dah macam berharap sangat nak ikut ke pejabat. Mungkin Damia bosan rutin hariannya sekitar rumah je. Kalau dapat keluar pun sekejap je. Tu pun ketika nak tapau makan malam. Ops! kantoi... di hari-hari bekerja aku memang tak masak ye puan-puan... Cuma tapau di kedai-kedai makan berhampiran rumah. Kalau TERajin barulah aku masak sikit-sikit, kui3....
Baiklah, aku nak sambung kerja. Tapi disebabkan lapar (belum lunch) dan lesu di kala petang. Idea-idea aku kian kekontangan. Korang ada idea nak buat poskad??? Bagilah kat aku bibit idea. Mana tahu aku boleh masukkan sebagai bahan dalam rekaan poskad aku nanti :)

2 comments:
syoknya pandai design.bila laa aku nak menambah ilmu mendesign ni :P
elis... kdg2 design2 ni main godek2 je, menjadi gak kui3
Post a Comment