Nuffnang

Friday, December 25, 2009

Maaf... tak ada masa nak menulis

Banyak sangat cerita yang nak aku kongsikan dalam blog ini. Tapi kesuntukan waktu membataskan ruang aku menulis lebih lanjut. Antara cerita-cerita yang ingin aku masukkan dalam entry akan datang tentang sambutan ulang tahunku yang ke 27. Walaupun cerita dah basi, kerana aku terharu dengan babak-babak kejutan dari en.hb, aku rasa sangatlah rugi aku tak menulis tentangnya.

Cerita terkini, tentang percutian keluarga kakakku ke Kuala Lumpur. Hajat ke KL untuk membeli keperluan persekolahan anak pertama mereka yang akan masuk darjah satu. Wah! Kerana ini pengalaman pertama, kegembiraan dan perasaan terharu tu nampak sungguh di wajah kakak dan abang iparku. (hehe)... Selain tu percutian ni memberi banyak kenangan gembira. Terutamanya pada hari ini. Kami beriadah di Sunway Lagoon. Insya'allah cerita lanjut dan paparan gambar akan ditunjukkan pada entry yang akan datang. Bila masanya akan dipaparkan.... tunggu saja bila aku dah bersedia.

Aku sangat mengantuk gara-gara tak cukup tidur. Bukan kerana sibuk dengan agenda percutian ini. Sebaliknya kerana tabiat tidur Damia yang lari dari rutin manusia kebanyakkan. Kalau orang tidur malam. Dia selesa tidur siang. Agaknya dah terikut waktu tidur Jerman. Fening aku....

2 comments:

QuEeN Of 2 Heroes said...

hepi besday again :)
so sweet...the birthday celebration...saya tumpang hepi jugak... ^_^

wansteddy said...

thanx nad...tersenyum2 sy kenangkan happy memory tu.

btw: happy new year 4 nad n family!