Nuffnang

Followers

Monday, December 21, 2009

Nanny Lama yang sungguh hipokrit!

Kerana diamkan diri aku rasa aku dah dibuli! karangan kali ni panjang dan penuh dengan ketensionan. Kalau tak tahan jangan baca.


Aku rasa ramai yang bersetuju denganku tak suka manusia kategori hipokrit, talam dua muka, jenis suka menyucuk dan seangkatan dengannya. Kalaulah sorang individu ni punya semua pakej keji macam ni dalam hati alangkah ruginya mengenali mereka ini. Mukadimah yang pedih2 ni berpunca dari mood kurang baik aku di awal pagi. Keinginan membuak-buak aku menceritakan rasa penuh kegembiraan sambutan hari jadiku pada sabtu lepas aku ketepikan dulu. Sebab aku rasa bengang dengan kisah di awal pagi ini.

Lepas hantar Damia ke rumah nanny, aku dan en.hb turun ke tapak parking kereta. En. Hb nak mintak plastik pada Ibu, seorang makcik Indonesia pengusaha restoren di bawah rumah kami. Dulu, Ibu la yang tolong promotekan nanny lama (Kak lia) pada kami. Siap bawa ke rumah nanny itu lagi. Sedikit sebanyak kami terhutang budi pada Ibu yang sudi menolong.

Al kisahnya Ibu ceritalah yang Kak Lia ada datang ke restorennya dan menangis-nangis mengatakan yang dia sebenarnya sedih Damia tak dijaga lagi. Kononnya kami marah-marah pada dia. Kononnya dia tak pernah mengasuh anak-anak yang sakit. Kononnya dia dah lama jaga budak. Lebih 20 tahun. Pengalaman Kak lia ni kononnya sangat berguna. Dan kes Damia ni dikiranya perkara baru. Tak pernah terjadi pada beliau. Kononnya dia cuma bagi Damia makan makanan yang kami tapaukan sahaja. Tak ada yang lain.

Hipokrit!!!

Kenapa aku kata makcik ni hipokrit?

1) Penipuan makcik ni bermula sejak awal lagi. Ketika kami jengah rumah makcik ni sebab nak bagitau kami nak letak Damia bawah jagaan dia. Katanya dia jaga 2orang budak je. Ketika kami datang haritu, memang nampak 2orang budak perempuan bawah jagaan dia. Tapi hari pertama kami letakkan Damia aku berasa tertipu bila tengok lebih ramai lagi budak asuhannya. Termasuk Damia dalam anggaran 6 orang sekali jaga! Dan aku nampak muka makcik ni berubah bila aku tanya kenapa ramai pulak budak2 dia mengasuh. Waktu tu jugak dia mengelak dengan bagitahu budak-budak tu dia jaga half day. Lepas budak-budak tu balik dari sekolah pagi. Kat situ je aku dah rasa makcik ni tak jujur. Tapi kenangkan nak letak Damia bawah jagaannya aku diamkan je. Aku fikir asalkan anak aku selesa.

2) Penipuan kedua pada hari pertama letakkan damia bawah jagaan dia. Pagi-pagi aku dan en.hb bergilir kol kak lia tanya padanya damia dah makan belum. Dia mengaku dah bagi damia makan nasi lemak yang kami tapaukan. Kami buat kejutan dengan datang waktu tengahari. Memang kami dah rancang nak wat kejutan macam tu nak tengok damia serasi tak dengan nanny. Lagi pun memang aku ambil half day haritu. Separuh hari letak pada nanny dan separuh hari aku jaga. Kiranya macam orientasi separuh hari la. Ketika kami sampai kak lia ni dah terkejut beruk. Bila kami kata nak ambil damia, dia terus menerus mengelak nak bagi kami ambil damia. Damia tengah tido la. Baru tido la. Kalau terbangun kang susah nak tido balik la. Macam-macamlah. Muka dah lain. Tersengih-sengih keresahan. Rupanya ada sebab kenapa dia resah. Balik je rumah aku tengok nasi lemak damia elok je terletak dalam beg macam mula-mula aku letak pagi tu. Tak terusik. Pampers tak tukar langsung. Dah pukul 1petang ketika tu. Bayangkan berat kandungan pampers damia ketika tu. Lebih sedih, biskut yang kami tapaukan untuk damia pun tak terusik. Tertanya-tanya jugak apa dia bagi damia makan haritu? Adakah paksa tidur je sepanjang hari???

3) Ketika mula-mula nak letak Damia di situ, makcik ni beria-ia katakan dia pernah jaga anak yang hidap eczema lebih teruk dari Damia. Padanya kes Damia kes ringan. Dan dia mampu jaga.

4) Pada ibu dia mengadu... Dia kata dia sedih??? Katanya kami marah-marah. Tolonglah. Aku tak tinggikan suara sikit pun padanya. Semarah-marah aku masih kawal diri. Masih ada harga diri. Masih kenangkan dia orang tua. Baya mak aku je. Takkan aku nak tengking kan. Apa??? Dia fitnah aku ni takde adab sopan lah! Kalaulah panggilan tu boleh dirakam aku nak upload suara makcik tu kat sini. Antara yang dia kata....

“saya bagi makan apa yang awak bagi tu lah! Kalau sakit pasal makanan awak bagi tulah!, Kalau camtu esok tak payah bawa Damia dah. Saya tak nak jaga Damia dah.”

5) Aku tak marah-marah langsung. Sebaliknya ku Cuma tanya apa dia bagi makan pada damia hari itu. Aku tanya bukan bermaksud nak cari salah dia. Sebab dia jaga ramai budak lain. Ada kemungkinan budak-budak lain terbagi makanan yang Damia tak boleh makan. Logik lahkan seorang ibu nak prihatin dan bertanya. Kebimbangan aku pun berasas sebab damia bukan alergik je tapi cirit-birit. Kalau aku tahu jenis makaanan yang damia alah takkan aku nak bagi damia makan lagi kan. Itulah maksud aku bertanya. Dan aku ada sebut pun pada kak lia ketika aku kol dia haritu. Tapi makcik ni nampaknya dah puta belitkan fakta. Dan untuk menunjukkan betapa hatinya suci bersih dia tuduh aku marah-marah tak tentu pasal. Hantu ko! Hambik... geram betol aku tau! Sementelah menulis di kala hati tengah panas memang ayat –ayat aku punnnnn.... faham-faham je la.

6) Kalau benar dia kata dia bagi damia makan makanan yang kami tapaukan. Dia bagi makanan yang kami tapau dari kedai makan ibu, dan memang kerap kami tapau dari kedai ibu. Dan kata-kata makcik ni menunjukkan betapa kedai ibu ni kotor. Makanan dari kedai ibu tak bersih. Ini saja menunjukkan kejahilan makcik ni dalam nak salahkan orang. Sekarang yang jadi mangsa tuduhan bukana aku dan en.hb saja. Termasuk ibu dan pekerja-pekerjanya sekali dituduh yang bukan-bukan!

7) Dan perlu diingatkan. Bukan aku yang nak mintak berhenti khidmat makcik penipu ni. Dia yang tegas tolak nak jaga Damia. Hari ahad pulak tu! Esoknya kitorg nak kerja macam mana? Kes ni buatkan kami terpaksa bawa Damia ke tempat kerja selama 3minggu sebab tak jumpa nanny baru yang sesuai. Tindakan membuta tuli dia buang Damia dari khidmat mengasuh dia bukan saja susahkan pihak aku malah pihak en.hb dan rakan sekerja. Lebih haru bila makcik ni letak terus telifon. En.hb kol berulang kali dia off henset tak nak kami hubungi dia lagi.

8) Dan kerana dialah Damia masuk semula ke hospital kerana terlantar alergik pelik dan cirit-birit berterusan selama 4hari! Tak termasuk 3hari sebelumnya (jumaat, sabtu dan ahad) yang kami gunakan cara sendiri merawat Damia tapi tak juga sembuh.

9) Kali terakhir kami hubungi makcik ni sampailah damia masuk hospital dia langsung tak hubungi kami. Tanya perkembangan damia. Masih sakit atau dah sihat. Sebaliknya dia buruk-burukkan pulak nama aku dan en.hb. aku sangat bengang dengan sikap tidak wajar makcik ini. Sangat keji!

Selama ini aku dan en.hb bersabar je. Kami tak ceritakan perkara buruk dia pada Ibu. Kami tak pergi restoren ibu dan dedahkan perbuatan kak lia ni. Kami tak ceritakan sebab tak letak Damia bawah jagaan dia lagi. Tapi dia pulak yang dedahkan aib sendiri. Dia yang berlakon menangis-nangis depan Ibu seumpama kami ni pasangan kejam yang buli dia. Keji sungguh!

Aku tak tahulah berapa karung garam makcik ni makan sepanjang hidup dia. Mungkin pengalaman yang buatkan makcik yang terlebih makan garam dari kami yang masih muda ni yang memberi impak lakonan mantap. Dan ibu percaya katanya.

Aku tak boleh bersabar tadi ketika teruskan bualan dengan Ibu. Aku tersinggung sangat. Seolah-olah aku ni jahat je pada pandangan kak lia. Kalau aku jahat dah lama aku war-warkan keburukan kak lia bukan saja pada ibu tapi pada ibu-ibu yang letakkan anak-anak bawah asuhan kak lia ni. Dan aku boleh busuk-busukkan nama kak lia pada jiran tetangga yang aku kenal. Weh, kejiranan aku bukannya besar sangat pun. Pusing-pusing jumpa jiran-jiran jugak. Kalau aku ceritakan hal kak lia ni pada sorang je perkara ni boleh heboh suatu kejiranan. Nama kak lia jugak yang busuk. Lagi nak haru. Suami kak lia ni pembantu am kat blok perumahan dia. Semua orang kenal.

Tapi aku masih kenangkan dia orang tua. Dan aku sebagai warga yang lebih muda wajib hormati dia walaupun memang dia bersalah. Aku takde niat sikit pun nak cemarkan nama baiknya. Tapi hari ini aku tak nak lepaskan satu ayat pun tentang sikap sebenar dia. Memang keji! Berlakon! Hipokrit! Ambil kesempatan! Raih simpati! Dan buka pekung sendiri!

Aku rasa nak bersemuka je dengan makcik ni. Tapi hati aku masih rasakan.... Kalau aku layan rasa hati marah ni.... bila-bila masa je hal yang kecik boleh jadi besar. Sebaiknya aku bersabar (walau rasa tak tertanggung nak sepak pasu bunga depan muka mkcik ni!) dah tua ganyut perangai HUDUH!

6 comments:

Bukan Bidadari said...

huhuhuhu..... ade gak makcik yg pandai drama mcm ni... ok la tu dia tak jaga damia lagi... Damia berhak dapat nanny yg lagi bagus...

onniey84 said...

meremang sri baca kisah ni ted..
sanggup dia buat mcm tu..
kita yg mak pun tak gamak nak buat kat anak sndri, dia pulak buat..
bab tk kasi mkn dgn tak tukar pampers kui 1 tu yg sri tk leh terima..

mmh lahabau betul makcik tu

Unknown said...

ted..susahla manusia mulut longkang ni..tapi yg tak best tukang bawak mulut jaja ke sana kemari. kalau bersemuka karang lagi tambah dia burukkan kejahatan ko..ko sabar jek la..sejak berbisnessni..aku rasa ramai rupanya manusia mulut jahat ni.mmg sukar nak kawal...

Wansteddy Tales said...

makcik2 pn manusia gak ema. terlebih makan garam kot, tu psl pandai berlakon! kalau join drama air mata layak masuk festival filem murah ni...

tolonglah hamburkan sekali oniey... penat mehana sakit hati ni...

aku xpenah canang buruk orang hada. aku simpan je walaupn aku marah sungguh kat dia. yg mokcik pengelat ni pandai2 pulak raih simpati dgn drama air mata. sungguh keji!

Qastalani® said...

sakit hatinya. i rasa baik masuk nursery jelah. Dorang ada modul untuk jaga budak. makcik tak bertauliah ni yg susah nih

Wansteddy Tales said...

karipap sayur... dari 2bulan smpai sethn lebih damia duduk kat nursery. kt situ la puncanya knp damia naik eczema. penjagaan yg xbersih wlaupun taska tu ada nama. saya serik nk letak kat taska sbb kalau berkumpul ramai2 lg susah nk kontrol bab pemakanan.

kat area rumah ni pn ada beberapa taska tp blm tergerak hati nak hantar ke taska.

saya suka nanny baru damia. tp terpksa berhenti guna khidmat dia smlm sbb dia dah dekat2 sngt nak bersalin. smlm pn saya half day sbb nanny dia trun darah.

pening kepala nk mlkan semula cari nanny baru...