Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Thursday, January 7, 2010

Anak ko memang takde rupa ko langsung!

Bila anak lahir seronoknya bukan kepalang. Kalau dibawa berjalan-jalan ada kemungkinan tak boleh lari dari pandangan orang-orang. Kalau jenis tak sudi nak pandang lain ceritalah. Tapi yang jenis rajin menegur tu sudilah juga bagi komen-komen. Tapi yang tak bestnya bila cakap persamaan anak dengan ibu bapa. Kalau nampak ayahnya encem sikit, anak mesti dikaitkan dengan ayahnya. Kalau maknya selebet atau memang tak lawa sepertiku, mesti nak elak-elak nak hubungkaitkan rupa anak aku dengan aku. Pernah tak korang diasak dengan kata-kata sebegini...
"Nasip baik anak ko ikut muka laki ko..."
atau... Kalau nak kata anak ikut muka aku, diputarnya ke ayat begini...
"Owh... memang ada rupa nenek dia. Mata kecik... macam anak cina blabla..."
Kenyataan-kenyataan ni dah lama aku terima sejak Damia masih baru lahir. Seolah-olah kalau anak ni comey ikutlah muka siapa2 saja asal takde kena mengena dengan muka aku. Kalau ada cela sana-sini sebagai contoh kalau eczema Damia menjadi-jadi terus tanya direct kat aku...
"Mesti turun sakit ni dari mak dia ni..."
Sebenarnya aku dah lali. Kalau kadang-kadang terasa hati tu aku layan kata-kata begitu dengan senyum je. Apa nak dikata? Pandangan orang kan. Takkan aku nak cakap...
"Kata je la anak aku ni ada rupa aku."
Macam nak memaksa pulak. Lagipun kalau mereka-mereka suka kaitkan Damia dengan ayahnya lagilah bagus. Dah memang anak ayah. Rapat.
Yang sedihnya kalau yang komen tu dikalangan keluarga la. Tak kisahlah belah aku ke belah en.hb ke. Kalau komen-komen tu menusuk-nusuk je ke hati. Takde dah nak jaga adab berbahasa. Kalau agak-agak nampak muka aku dah lain (sebab terasa tu) memang takde inisiatif langsung nak cover balik kata-kata tak best tu.
Pada aku tak kisahlah apa tanggapan dorang. Aku pun dah lali sangat dengar kata-kata tak seronok didengar ni. Iye2 pun Damia anak aku juga...

13 comments:

tHrEE oF us said...

huu.. senasib laa kita.. kt umah, kt opis, kt kdai mkn, hatta tepi jalan pon org kata mcm tu.. terasa mak neh.. nyampah! huhu! tp x ambik port pon sbb dia pon anak aku jugak.. hehe!

onniey84 said...

pedulikan cakap2 org...mulut org tk daya kita nak tutup ted..

wansteddy said...

Betul3
Benar3
kalau ikut terasa, nak je tarik muka tp kenangkn yg dikata tu ank sndri diam je la. pndgn org lain2 kan. huhu

♥♥syahadah♥♥ said...

ted...ada kwn laki aku kan silap ckp gini..dia cina..."nasib baik anak awak semua ikut muka wak..kalau ikut muka raffi tak kawen oo" siot jek kann.tp yg pling aku mencik klu bab lain..klu jahat jek sure kat kita...ted..damia ada muka ko sikitla..mata sepet!!excema nabila tu sah2 bapak dia..

wansteddy said...

thanx oniey... sokongan moral kalangan kwn2 bnyk membantu. lg pn dah lali. dh lama nk storykan dlm blog rs cm buang masa. harini baru terbuka hati nak borak2 isu ni huhu

hada... kalau lagi keji sanggup sebut. betul ke ni anak ko? mcm ank org len je.gamak gitu. tp aku pk positif je la anggap bergurau. (tp muka dia tak nampak muka bergurau ok). apa dia sangka aku ni amah ke hapa huhu

i z z a said...

biasa la org2 mcm tu..x kena pd dia leh la ckp mcm tu..kita bt xtau jer..mmg hati terasa klau org ckp mcm tu tp nk bt mcm mn mulut org xbleh nk tutup kn..sabar la

nza said...

biarlh wan apa org nk kata. Gitulh manusia mmg ada je yg xpuas hati.. wan sweet apa...his, mulut xde insuran betul.

wansteddy said...

thanx izza...
sedihnya bila yg mengata tu famili sndri. uuu... nak luahkan rs marah kang jd berbalah antara famili pulak. last2 ambik tindakan simpan je dlm hati. sedih tu mmg sedih tp dah biasa sngt dah. langsung tak luak kat hati skrg.

wansteddy said...

owh k.nza... yg wan tulis ni apa yg ditapis2 je. kalau wan tulis apa yg dikata2 direct ke telinga ni buat panas hati sepanjang hari. spoil mood je. sbb tu wan amik tindakan senyum je ble dgr2 kata2 tak best ni.

koman2 dgn harapan si pengata ni malu sndri.

ps: myb dorg rs wan xsepadan dgn en.hb.

cob acong said...

abg ada ckp cmtu kat ko tak?rasanya takdekan..klu ada lutlupe diri latu hehehe..tp tu la hakikatnya bukan sume mulut org bole bahagiakan kt..abg pun besa kn gak ckp muka anak2 ikut nenek dia la.. padahal pya la ensem bapak dia org ni huhuhu

wansteddy said...

alamakkkk bukan adik beradik la bro... ko fhm2 la sapa kan makcik2 mulut celupar sket dlm fmli kita, huu.... eh, selalu2 update blog. bleh tgk perkembangan mek gebu azra! rindu kat korang. rasa cam dah lama sangat tak jumpa.

wantzknight said...

haaaa,aku taw sape tu..hak3..aku xde ckp cmtu kan,kan3?pe blog abg eh?

wansteddy said...

ten tgk linkblog sebe;ah ada blog title BABAH NEMI ~ my abang. nk link ini dia: http://cobacong.blogspot.com/